COPYRIGHT 2013 © MIZI SEMPOI. Dikuasakan oleh Blogger.

MIZI SEMPOI

KEHIDUPAN TANPA PAKSAAN


Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi. Saing2 pun lupa kita.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!
Peringatan utk diri sendiri😢
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Tarmizi Mizi, [17.08.15 20:51]
KECOH!!! DEBAT AWEK BERTUDUNG VS AWEK TIDAK BERTUDUNG JADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL
Seorang awek tak bertudung yang bernama Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial facebook... status yang ditulis adalah seperti berikut..."Semua yang tutup aurat tu dah kompom masuk syurga ke?" lalu mendapat banyak komen dan like dari kawan-kawan yang sebijik macam dia...Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut...
Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka...
Lia: Ala...tudung labuh pun macam baik sangat... buat dosa jugak mengumpat orang sana sini...
Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu...katanya "Kenapa pulak aku kena sujud sedangkan aku lebih baik dan mulia daripada Adam..." Samalah dengan tudung, tudung juga yang dipersalahkan"
Lia: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, entah-entah kau dulu lagi jahat...
Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan baru masuk Islam pun boleh untuk pergi berdakwah kepada saudaranya... Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan... Selagi awak Islam dakwah itu wajib... At least, orang yang kita dakwah itu insaf dan bertaubat...
Lia: Weh pompuan... Kau ingat aku jahil sangat ke??? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik...
Suri: Adakah awak mendakwa diri awak tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat???
Lia: Pakai ketat ke, jarang ke itu hak aku... Kau tak suka tak payah tengok ok...
Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu???
Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun... Terpulanglah pada orang yang melihat...so what..???
Suri: Seksi atau tidak hukumnya tetap haram walaupun menayangkan sehelai rambut...
Lia: Ala...tak bertudung pun aku solat dan puasa macam kau jugak...
Suri: Awak yakin ibadat tu diterima??? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga???
Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun... Aku tak susahkan hidup orang lain pun...
Suri: Awak sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami awak kerana menarik mereka sama-sama ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik awak...
Lia: Apa yang aku pakai ni antara aku dengan Tuhan...
Suri: Dalam dunia berani cakap... Berani ke kat depan Allah nanti cakap macam tu??? Lawan perintah Allah neraka tempatnya...
Lia: Bukan aku tak nak tutup aurat... cuma masih belum sampai seru lagi...
Suri: Mati tak kenal usia... tak takut ke mati usia muda??? Nanti tak sempat nak bertaubat...
Lia: Relax la... Perubahan bukan boleh buat terus... kena slow-slow la...
Suri: Boleh ke awak cakap dengan Malaikat Izrail suruh tunggu sekejap??? Lepak la dulu... jangan ambil nyawa aku lagi... Boleh???
Lia: Tutup aurat tu bagus tapi aku tak nak la hipokrit sebab bila buat tak ikhlas...
Suri: Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas untuk beragama Islam... Copy dari fb Haji Surur
Share
Tweet
Pin
Share
31 comments











Terima kasih pada astana era mewah yang cukup memberikan suasana yang sungguh menarik. Perjalanan kereta berhiasa. Makan pun sedap puas hati. Harga pun berpatutan. Bagi yang ingin melansungkan hari perkahwinan saya sarankan astana era mewah paya jaras sg buloh adalah tempat terbaik pilihan anda. Boleh terus pm ke facebook beliau. 

https://www.facebook.com/astanaeramewah

http://www.broframestone.com/tag/tarmizi-mizi/
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments


Selamat pengantin baru untuk pasangan blogger mizi dan iffah telah selamat di ijabkabulkan di surau saujana impian pada 4.4.2015. Perkenalan dalam alam maya dunia blogger merupakan titik percintaan pasangan ini yang akhirnya berjaya mendalami cinta di hati masing-masing.

Dengan sekali lafaz mizi sah menjadi suami kepada iffah. Ciuman dahi isteri tanda kasih dan sayang di sambut 7 berbalas 9 dulang hantaran. Gelang dan cincin sebagai ikatan yang mereka sah menjadi suami isteri.

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan2 yang banyak membantu menjayakan program ini. Terutama rakan-rakan blogger, bff yang banyak beri dorongan dan tunjuk ajar sepanjang perjalanan memikat hati. Kini buku pencuri hati telah berjaya siap.
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Mahsyar ini punya lama sampai kita hari ini xmampu fikir berapa lama kite berada di alam mahsyar...Para sahabat Rasulullah s.a.w tanya...mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah s.a.w mahsyar ini di bumi ini sendiri dimana di bumi ini dihamparkan...Tiada pokok,tiada sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian...Ini terjadi apabila malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali...Kali kedua malaikat Israfil tiup,semua manusia akan bangkit dalam kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2..Lalu manusia bertanya sesama sendiri,dimanakah kita?Lalu datang api dari laut meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar...Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam a.s sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar...

Rujuk surah Yassin 52-54 ditambah dengan binatang lagi,jadi xdapat dipastikan jumlah makhluk pada hari itu...Saidatina Aisyah Ra pernah bertanya Rasulullah s.a.w,tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita..Lalu dijawab Nabi s.a.w dengan memetik ayat Al-Quran,pada hari itu manusia sibuk dengan urusan diri sendiri..Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37)...Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,Ada yang pergi dengan mukanya,ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat Munkar dan Nakir...Bila sampai di mahsyar,perbicaraan xberjalan lagi..kene tungguh entah berapa lama..Lalu keseluruh umat Manusia tadi pergi kepada Nabi Adam as yg hanya unutk meminta Syafaat untuk Allah s.w.t percepatkan hisab...Jawab Nabi Adam as...dia tidak boleh bagi Syafaat kerana dia pernah melakukan dosa...

Pergilah seluruh Umat Manusia kepada seluruh Rasul ulul Azmi, bermula Nabi Nuh as,Musa as,Isa as dan Ibrahim As tetapi Nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2..Lalu semue manusia pergi ke Nabi Muhammad SAW,lalu bagina berdoa kepada Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab..Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah minta pada Allah swt awl2 agar disegerakan masuk ke neraka kerana tidak tahan lamanya berdiri di padang mahsyar...Bayangkan ruang yang ada hanya meletakkan tapak kaki jew kerana padatnya manusia pd hari itu...Sebelum hisab bermula,kitab2 amalan kita akan turun dari Arash...Masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu...kalaupon tangan kanan kita yang sambut kitab kita,masih xmenjamin ke Syurga...Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab..Sebelum Allah swt mula hisab,Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita dan disaksikan seluruh manusia...Tiada satupon yang tertinggal...Lepas habis baca...Allah swt akan tanya 3 soalan...

1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak tercatat oleh malaikat Raqib dan Atid

2)tak ingat

3)apakah alasan kamu ats dosa yang kamu lakukan

Setelah ditimbang di Al-Mizan,didapati pahala kita melebihi dosa kita..Seolah-olah skit lagi kte ke Syurga,tetapi Final cek Allah swt lakukan...Allah swt tanya kepada semue orang...Siapa yang kenal kite sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka..Antara mula2 yang bangun adalah anak,isteri,keluarga,jiran2,kawan2 dan lain2..Jika ade hak mereka tidak ditunaikan,pahala kita tadi terpaksa bagi kepada mereka..jika pahala kita sudah abis..maka dosa mereka akan kite tanggung(ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa si isteri dan anak2)

Kita yang perempuan jagalah diri kita...sebab apa yang kita buat...effect kepada orang yang kite sayang...Ayah kite,abg,adek lelaki kita,suami kita...kalau syg mereka...lindungilah mereka...jangan jadi penarik mereka ke neraka...Hari mahsyar hari yang sangat dasyat..

Wallahualam..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Hebat google bukan sahaja boleh tunjuk jalan paling menarik kini google juga boleh nampak rumah anda. Kalau anda letak alamat rumah anda dalam carian google dan anda bernasib baik rumah anda akan kelihatan dalam carian google. Kalau dulu mungkin susah nak cari tempat sekarang semua senang dengan internet. 

http://www.instantstreetview.com/



Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Karya Mahirah , Kak Jari Manis , Roziah , Siti Zawiah , 
Yun Sing , Irrayyan , Dr.Nurashikin , Amy J , Rara Farhana , Mind Meld(Irene) , Dik An's, Nurizan , Suhaida(Izzeyda) , Scha Nazri , Mommy Lina , Mimi Azirah , @henshinyourstyle
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

klik duit kalau nak join..

Seorang Pemenang utama = Cash RM20
Tiga Pemenang saguhati = Cash RM10

Tarikh-tarikh penting:

Tarikh mula: 4 Jun 2014
Tarikh tamat: 23 Julai 2014
Tarikh keputusan: InsyaAllah 25 Julai 2014

Sahabat-sahabat sekalian.. sila lah sertai ramai-ramai ye untuk memeriahkan suasana :)
Sekian, wassalam..

Nota: Jika penyertaan amat meriah dan memberangsangkan, mungkin hadiah akan bertambah :)
Sila semak senarai peserta di sini.
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
brazil 3-croatia 1, mexico 1-cameroon 0, brazil 0-mexico 0, 
cameroon 0-croatia 4, cameroon 1-brazil 4,croatia 1-mexico 3

spain 1-netherlands 4, chile 3-australia 1, australia 2-netherlands 3, 
spain 0-chile 2, australia 0-spain 3, netherlands 2-chile 0

colombia 3-greece 0, ivory coast 2-japan 1, colombia 2-ivory coast 1,
japan 0-greece 0, greece 2-ivory coast 1, japan 1-colombia 4

uruguay 1-costa rica 3, england 1-italy 2, uruguay 2 -englamd 1,
italy 0-costa rica 1, costa rica 0-england 0, italy 0-uruguay 1

switzerland 2-ecuador 1, france 3-honduras 1, switzerland 2 -france 5,
honduras 1-ecuador 2,  ecuador 0-france 0, honduras 0-switzerland 3

argentina 2-bosnia 1, iran 0-nigeria 0, argentina 1-iran 0,
negeria 1-bosnia 0, bosnia 3-iran 1, negeria 2-argentina 3

germany 4-portugal 0, ghana 1-usa 2, germany 2-ghana 2,
usa 2-portugal 2, portugal 2-ghana 1, usa 0-germany 1

belgium 2-algeria 1, russia 1-korea 1, belgium 1-russia 0,
korea 2-algeria 4, algeria 1-russia 1, korea 0-belgium 1

16 terbaik
brazil (3)1-chile 1(2), colombia 2-uruguay 0, 
netherlands 2-mexico 1, costa rica (5)1-greece 1(3),
france 2-nigeria 0, germany 2-algeria 1,
argentina 1-switzerlamd 0,  belgium 2-usa 1

suku akhir
france 0-germany 1, brazil 2-colombia 1
argentina 1-belgium 0, netherlands (4)0-costa rica 0(3)

separuh akhir
germany 7-brazil 1
argentina 0(4)-netherlands 0(2)

tempat ke3
bazil 0-netherlands3

akhir
germany 1-argentina 0





Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Mungkin ramai dah aku tengok budak-budak sekarang dah ada blog. Siap nama blog pelik2 pun ada kaki itik blogspot la. Ayam comel blogspot la haha suka hati korang la nak letak apa domain blog korang ada aku kisah. Jadilah penulis yang berhemah ye. Jangan sebab anda semua blogger dapat nama buruk. Gua terpandang gambar kat atas ini kretif dia gunakan no tel sebagai domain blog dia kretif bukan. Jarang ada company buat macam ini. Yang pakai url blogspot tu tukar la pakai domain berbayar bukan mahal pun. Buat ga habis puluh ringgit boleh takkan nak beli domain pun kedekut. Terpulanglah tengok aku dah naik pagerank 2 dah. Jangan lupa ucap tahniah ucap takziah pun aku terima gak.





Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

Macam biasa Ga la takkan tak tau. Jangan tanya kenapa aku join Ga ni sebab aku sendiri pun tak tau kenapa. Lepas 2 hari cabel unifi aku kena gigit ngan monyet aku tak dapat berblog bodoh punya monyet cabel unifi aku pun ko nak gigit nasib abang unifi dah repair. Sape buat ga lagi aku nak join leh..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang.Kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dengan dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah
antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi.

Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pada saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yang tidak ada pada orang
kafir.Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".

Sementara itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata, sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan sejadah. Semoga Allah merahmati perjuangan Morsi. Amin..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Dengan ini maka termaktublah di bawah akta blogger 2013 aku dengan rasminya telah menjadi rakan kelab blogger ben ashaari siapa tak kenal ben memang pendek umur ini baju yang baru aku terima dari pos laju. Ben jangan lupa letak url saya dalam bloglist awk ye hehe..


pandangan depan
pandangan belakang



url blog aku


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Jerebu sekarang dah nak berkurangan sebab gua dah nampak pemandangan KL Tower bila gua rempit pergi kerja. Walaupun nampak best sebab macam duduk atas gunung awan putih tetapi habuk jerebu memang tak best sebab boleh bawa penyakit. Ini contoh topeng jerebu yang korang boleh pakai untuk elak jerebu.








Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Kenal tak siapa Sherin Amiri aku pun tak kenal siapa dia puas search kat pakcik google tak jumpa juga. Artis baru kot. Tak salah kalau nak lelaki kuat agama nak kuat apa lagi yang nak pun boleh tak siapa marah.

Sebelum aku keluarkan artikel aku tengok rangking dulu ok selamat belum ada lagi orang keluar tajuk "sherin amiri mahu lelaki kuat agama". Korang macam mana nak lelaki kuat agama jugak ke? Baguslah ada pasang niat macam itu.


jangan marah ye abg mizi gurau je...

Atas tidak menghampakan peminat semua jom tengok cerita superman kat bawah


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments


Mungkin ramai yang tidak tahu. Tetapi hakikatnya AC Mizal telah mengejutkan segenap lapisan masyarakat Malaysia merupakan artis pertama yang mampu beli pesawat. Lepas dapat gelaran dato pada 3 sept 2010 dari sultan Pahang rezeki beliau semakin bertambah. Beliau juga banyak jadi bidang pengacaraan contohnya maharajalawak, juri raja lawak, 1 juta money drop, betul ke bohong dan yang terbaru anugerah blok buster.

Dato Ac Mizal dulu juga merupakan penyanyi 4U2C yang popular dengan lagu Fiona gantung CD kat leher. Sekarang ini pun beliau masih giat menyanyi dengan Fida lagu Apa Konoi Jang versi rap. Pernah satu ketika dulu kontroversi kononya beliau bankrap sebab jualan gelangnya tidak mendapat sambutan kerana tak ada lesan. Tetapi korang kena ingat walaupun beliau artis beliau juga hebat dalam industri perniagaan dan salah satunya http://www.mface.me/DatoACMizal

Peace Yall semoga karier bidang yang di ceburi Dato Ac Mizal akan berjaya hendaknya. Bedulikan cakap orang Dato. Korang kalau nak berjaya macam Dato kenalah usaha sikit.


Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

"awak kena faham..
kenapa saya cemburu tengok awak bahagia bila dengan orang lain, sebab saya sayangkan awak, orang kata cemburu itu tandanya sayang kan..?"

"awak kena faham..
kenapa kadang-kadang saya merajuk, sebab saya nakkan perhatian dari awak."

"awak kena faham..
kenapa saya selalu call dan SMS awak , sebab masa tu saya terlalu rindukan awk."

"awak kena faham..
kenapa saya kadang-kadang marahkan awak, sebab saya nak yang terbaik untuk awak."

"awak kena faham..
kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak, sebab saya nak hidup selamanya dengan awak."

"awak kena faham..
kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan awak, sebab awak kan tulang belakang saya?"

"awak kena faham..
kenapa saya selalu ucap terima kasih pada awak, sebab saya nak awak tahu betapa saya menghargai awak."

"awak kena faham..
kenapa selalu lambat bersiap, sebab saya mahu menambat hati awak, bukan org lain, dan mahu menjadi terbaik untuk awak."

"awak kena faham..
kenapa saya selalu mengadu dengan awak, sebab awak segalanya untuk saya."

"awak kena faham..
kenapa saya rahsiakan sesuatu dari awak, sebab saya tak nak awak risau."

"awak kena faham..
kenapa saya pergi tanpa beritahu awak, sebab itu mungkin bukan jodoh kita."

sekarang awak faham kan...
Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

Perkauman biasanya ditakrifkan sebagai pandangan, amalan dan tindakan yang mencerminkan kepercayaan bahawa manusia terbahagi kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza dipanggil biologi kaum dan bahawa ahli-ahli kaum tertentu berkongsi ciri-ciri tertentu yang membuat kumpulan yang secara keseluruhannya kurang wajar, lebih wajar, lebih rendah atau lebih tinggi. Takrifan sebenar perkauman adalah kontroversi kedua-duanya kerana terdapat sedikit perjanjian ilmiah tentang maksud konsep "bangsa", dan kerana terdapat juga sedikit persetujuan mengenai apa yang tidak dan tidak mengandungi diskriminasi. 


Pengkritik berhujah bahawa istilah yang digunakan secara berbeza, dengan tumpuan kepada prasangka itu oleh orang kulit putih, dan menentukan pemerhatian semata-mata perbezaan kaum sebagai perkauman. Beberapa definisi menerangkan bahawa apa-apa andaian bahawa tingkah laku seseorang akan dipengaruhi oleh pengkategorian kaum bersifat perkauman, tidak kira sama ada tindakan itu sengaja berbahaya atau penindasannya. 

Definisi lain hanya termasuk bentuk sedar malignan diskriminasi. Di antara soalan-soalan tentang bagaimana untuk menentukan perkauman adalah persoalan sama ada untuk memasukkan bentuk diskriminasi yang tidak disengajakan, seperti membuat andaian mengenai keutamaan atau kebolehan orang lain berdasarkan stereotaip perkauman, sama ada untuk memasukkan bentuk simbolik atau diinstitusikan diskriminasi seperti peredaran stereotaip etnik melalui media, dan sama ada untuk memasukkan dinamik sosio-politik stratifikasi sosial yang kadang-kadang mempunyai komponen kaum. 

Beberapa definisi perkauman juga merangkumi tingkah laku diskriminasi dan kepercayaan berdasarkan stereotaip budaya, bangsa, etnik, kasta, atau agama. Perkauman dan diskriminasi kaum sering digunakan untuk menggambarkan diskriminasi atas dasar etnik atau budaya, bebas sama ada perbezaan ini digambarkan sebagai kaum. 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa konvensyen Syarikat, tidak ada perbezaan antara istilah diskriminasi kaum dan diskriminasi etnik, dan keunggulan berdasarkan perbezaan kaum adalah saintifik palsu, keji dari segi moral, sosial yang tidak adil dan berbahaya, dan bahawa tidak ada justifikasi untuk diskriminasi kaum, dalam teori atau dalam amalan, di mana sahaja. Dalam sejarah, perkauman telah menjadi sebahagian utama menjadi asas politik dan ideologi genocides seperti Holocaust, tetapi juga dalam konteks kolonial seperti booms getah di Amerika Selatan dan Congo, dan dalam penaklukan Eropah Amerika dan penjajahan Afrika, Asia dan Australia. 

Istilah "diskriminasi perkauman" bermaksud apa-apa perbezaan, pengecualian, sekatan, atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna kulit, keturunan atau asal-usul kebangsaan atau etnik yang mempunyai tujuan atau kesan membatalkan atau merosakkan keseronokan pengiktirafan, atau menjalankan, pada yang sama kedudukan, hak-hak dan kebebasan asasi manusia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya atau mana-mana lain dalam kehidupan awam.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Walau macam mana hidup perlu diteruskan. Kesian mamat ini baru kena lepas tinggal dengan awek. Yang sedihnya terpaksa makan dengan teddy bear haha. Wah besar betul ujian yang kau berikan kalau ini takdirnya aku terima.

Bukan mudah untuk kita mengimpikan kesempurnaan kadang-kadang tidak semua yang kita impikan dapat dimiliki. Hidup umpama lukisan corak menentukan sesebuah perjalanan..


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Tahniah la kat Najwa Latif dapat 4A hebat la . Percubaan dapat 5A target 6A dapat 4A. Di samping lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Agama Islam. Najwa Latif berhasrat untuk menyambung pelajarannya di dalam jurusan Bahasa Inggeris namun masih belum memilih mana-mana kolej atau universiti.

Najwa Latif juga masih nak teruskan bidang nyanyian. Maklumlah lagu kosong tak dapat masuk muzik-muzik lagu cinta muka buku je lepas. Apapun tahniah la hehe kbye
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Tiara Saphire
    Drama Bulan Di Kota Langit (TV2)
  • MIZI SEMPOI
    KES BULI MAKTAB MRSM
  • Aerill.com™ | Lifestyle
    The Lord Musang King : Filem Pertama Gabungan Malaysia & Korea Selatan
  • EMAS PUTIH
    Mainan Online Kanak-Kanak Yang Menyeronokkan !
  • Mia Liana
    Quote Of The Day (928)
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE

Cari Blog Ini

About me

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sebarang pertanyaan tentang iklan boleh wasap saya http://mizisempoi.wasap.my

Categories

  • anak abah
  • artis
  • Bercuti
  • BERITA
  • bloglist
  • business online
  • cerita
  • gosip
  • IKLAN
  • islam
  • jutawan
  • lawak
  • movie
  • PELIK
  • Sahabatku
  • sedih
  • sukan
  • teknologi

Blog Archive

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes