COPYRIGHT 2013 © MIZI SEMPOI. Dikuasakan oleh Blogger.

MIZI SEMPOI

KEHIDUPAN TANPA PAKSAAN



 
Jika seseorang membencimu atau menghinamu, kerana melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kebatilan, biarkan sahaja mereka itu.

Apapun yang dilakukan terhadap kamu, jangan biarkan sesiapapun menjatuhkan komitmen dan peganganmu terhadap kebenaran dan kebaikan. 

Sesungguhnya penilaian di mata Allah itu jauh lebih penting daripada penilaian di mata manusia. 
Jangan Berfikir Untuk  Sempurna Tetapi Berfikirlah Untuk Berguna


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 



Seperti yang diketahui, ujian swab perlu dilakukan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dengan sampel dapat diambil melalui calitan di dalam hidung dan tekak.


Namun berbeza pula ceritanya di Beijing, China apabila ujian calitan itu dilakukan di bahagian dubur, pakar mendakwa bahawa ia lebih tepat dan mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi untuk mengesan virus.

Menurut Daily Mail, swab perlu dimasukkan sekitar tiga hingga lima sentimeter (1.2 hingga 2 inci) ke dalam rektum dan dipusingkan beberapa kali untuk mengumpul sampel ujian.

Keseluruhan prosedur itu dikatakan memakan masa sekitar 10 saat.

Timbalan pengarah di Hospital You’an, Li Tongzeng, berkata bahawa virus bertahan lebih lama di dalam dubur dan najis daripada saluran badan bahagian atas, lapor Taiwan News.

Pun begitu, dia mengakui bahawa cara tersebut tidak semudah yang dilakukan pada bahagian tekak, dia menyarankan agar cara calitan tersebut hanya diterapkan kepada kelompok berisiko yang berada di pusat kuarantin.

China telah menguatkuasakan syarat yang lebih ketat bagi kedatangan pelancong antrabangsa dalam usaha untuk memastikan jangkitan tempatan kekal sifar.

Negara itu juga telah mengetatkan sekatan di dalam negeri dengan Beijing mengumumkan bahawa orang-orang dari kawasan berisiko sederhana atau tinggi dilarang memasuki bandar itu sejak Khamis lalu untuk mengurangkan risiko penularan virus.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments








Ryan Kaji adalah merupakan youtuber paling kaya di dunia pada tahun 2020. Beliau telah mempunyai 30 juta subscriber dan ada video yang mencapai view 1 billion. Pendapatan beliau setahun ialah rm119 juta. Umur beliau baru 9 tahun. Beliau telah berjaya mengalahkan ramai youtuber. Beliau pemegang rekod 3 tahun berturut-turut. Dari video beliau kebanyakan adalah review tentang produk mainan.




Jika anda ingin menjadi youtuber mungkin anda boleh fikir untuk anak anda. Kejayaan Ryan Kaji adalah di sebabkan cara penyampaian beliau yang petah bercakap. Emak beliau juga seorang youtuber dan mempunyai 9 akaun yang berbeza. Bagi pendapat peribadi aku Ryan Kaji macam duduk dalam akurium setiap apa yang dia buat menjadi perhatian orang. Sekarang dengar cerita ada syarikat tv yang nak ambil Ryan Kaji untuk sebuah program tv.


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
 

Lawak pun ada jugak bila baca. Sedih kenapa hal kecil perlu di besarkan. Pasal berebut remote tv pun ada tu. Tak boleh ke gilir-gilir tengok tv takkan la tv lagi best dari orang yang kau sayang. Mungkin minat sangat kot. Jangan terlalu cemburu. Pastu tanyalah apa yang suami dan isteri yang tak suka pastu jangan buat carilah jalan penyelesaian terbaik.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Bagi yang belum pernah mencuba anda perlu rasakan sendiri keseronokkkannya. Bawalah teman atau keluarga rasakan sendiri bagaimana anak Malaysia kita mampu buat grafik 3d. Saya sendiri telah rasakannya dan cukup kagum. Ia berdekatan dengan pasar  seni kl. Anda boleh layari terus laman web di bawah.
http://www.illusion3d-artmuseum.com/











Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Memang seronok boleh buat duit dari blog. Percaya tak anda akan di bayar setiap kali anda tulis artikel pada blog ia bergantung cerita yang ingin anda sampaikan. Bayangkan kalau 1 artikel anda dah boleh bawa pulang rm100 itu dah cukup memadai bukan. Dalam kos sara hidup yang tinggi pasti anda perlukan duit tambahan klik iklan di bawah dan berusahalah untuk menjana pendapatan anda.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA

1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang
Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
❤CikKumbang ❤Azhafizah ❤SyiraLokman ❤DayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor

3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments


Imejnya yang lasak seakan-akan tidak kena dengan lagu popularnya Andai Hatiku Bersuara yang berkonsep balada.

Justeru, tidak hairan apabila Noorzafirah Mohd Faizal atau Chomel, 22, sering menerima cercaan daripada beberapa pihak yang tidak senang dengan penampilan yang kelihatan seperti ‘tomboy’. 

Chomel mengakui tertekan dengan perkara ini, namun meminta semua pihak memberinya peluang untuk berubah secara perlahan-lahan.

“Pada awal kemunculan, imej saya ranggi habis kerana cuba buat imej tersendiri. Bagaimanapun, saya sudah mula buat perubahan sedikit demi sedikit di mana saya sudah berambut panjang.

“Perubahan yang berlaku pun di atas kesedaran sendiri bukan paksaan daripada sesiapa. Saya sedar penampilan saya jadi percakapan orang kerana tak kena dengan lagu yang berkonsep mendayu,” katanya.

Mendapat nama daripada panggilan diberikan kakak saudaranya, Chomel berkata, ada peminat menghinanya kerana menganggap dia cuba merosakkan masyarakat.

“Sangat pedih apabila ada yang tergamak kata imej saya macam lelaki. Saya memang nak berubah tapi kena ambil masa,” katanya.

Nama Chomel mula menjadi sebutan apabila lagu Andai Hatiku Bersuara yang dimuat naik di YouTube mendapat tontotan hampir 1.2 juta. Bermula dari situ, dia terus mencipta populariti sehingga ditawarkan merakamkan semula lagu itu.

“Ketika berusia 16 tahun, saya hanya bermain gitar di bawah blok kediaman
di Singapura. Tujuannya ha­nya untuk suka-suka. Saya menyanyikan lagu Andai Hatiku Bersuara ciptaan Rya Rahman.

“Tanpa disangka se­orang kawan masukkan lagu ini dalam YouTube dan menerima respons yang sangat baik daripada pendengar. Mereka kata saya ada aura dan penghayatan tersendiri apabila menyanyikan lagu ini.

“Kebetulan pula lirik­nya memang mendalam dengan orang yang mendengar secara tak langsung mereka meminati lagu ini.

“Asalnya lagu ini diminati remaja, tapi sekarang semua golongan suka mendengarnya,” katanya.

Chomel berkata, dia terkejut apabila dirinya popular mendadak kerana mengakui tidak tahu medium YouTube.

“Saya memang tak ambil tahu mengenai teknologi Internet dan hanya tahu main gitar dan menyanyi. Tak sangka hasil nyanyian saya diterima baik pendengar.

“Dari situ saya terus giat cipta lagu seperti Rahsia Cinta, Sandaran Di Hati, Adakah Kerna Dia dan banyak lagi yang dimuatkan di YouTube.

“Selepas itu saya tubuhkan fanpage di Facebook yang diikuti oleh 165,000 peminat.

“Memang awal-awal lagi orang dah cakap macam-macam mengenai saya, tapi itu membakar semangat untuk terus berjaya,” katanya yang menerima gelaran Artis Singapura Paling Popular di YouTube.

Chomel turut gembira kerana single keduanya Adakah Kerna Dia kini mencatat tontonan lebih 400,000 peminat di YouTube.

“Alhamdulillah dengan apa yang dikecapi sekarang. Tawaran untuk buat persembahan pun banyak saya dapat. Lagu Andai Hatiku Bersuara pula kekal diminati dan masih bertahan menduduki tempat ketiga carta radio Ria Singapura,” katanya.
— feeling happy.


Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Nama aku mizi korang boleh panggil aku mizi.. Mula berjinak dalam dunia blog sekitar 30 mac 2012. memang mula-mula buat blog kekok tak reti benda nak post video atau gambar pun tak reti mujur ada google 2 minggu juga belajar kawan-kawan yang banyak membantu.

Blog aku tak ada apa kelebihan langsung banyak kekurangan je dari kelebihan. tetapi pernah menang banyak giveaway dari blog popular macam mialiana.com dan denaihati.com hehe. Bizy sangat dengan kerja tak sempat nak update blog jangan marah ye.

Impian saya bila ada blog memang teringin nak masuk muka dalam surat khabar masuk tv ke. Teringin nak jadi artis macam encik ben. Bukan mudah nak harungi dunia blog asam garam kehidupan jadi anak seni hehe..

Tarikh tutup 11/9/2014 jam 8.00 malam
http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Siapa tak kenal dengan lelaki kacak bergaya ini Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Seorang usahawan berjaya pengasan produk D'Herbs Helty Sdn Bhd. Sikap gediknya yang ala-ala pondan menimbulkan kontrovesi di kalangan masyarakat. Hinaan dan cacian tetapi produknya kini sudah terlajak laris.

Datuk perasan tak orang tak suka cara datuk?
Saya amat perasan. Perasaan saya amat gembira sekurang-kurangnya ada orang sedar. Saya tau banyak website kutuk saya kata saya gedik muncul di tv. Realiti kehidupan saya biasa-biasa sahaja untuk mempromosikan produk saya itu sahaja.

Ada yang kutuk Datuk iklan kurus badan hina kaum wanita. Wanita gemuk suami tak nak pegang tangan, tapi bila kurus terus buka tudung pakai skirt pendek apa komen Datuk?
Iklan itu kisah benar seorang pengguna. Masa jumpa saya dia menangis penampilanya buruk tapi lepas guna produk saya alhamdullilah. Orang Malaysia ini sensitif sikit. Nak buka tudung bukan paksaan saya wanita itu yang nak buka tudung. Wanita itu yang nak seksi saya takde masalah.

Datuk  tau tak orang benci iklan Datuk?
Gosip yang banyak berpuluh-puluh kat fb ngan blog itu saya tau. Yang kutuk saya saya ucapkan terima kasih. Alhamdullilah saya ambil sebagai pengajaran.

Ada yang cakap iklan D'Herb ini bukan betul pun, menipu?
Iklan ini bukan menipu. Saya jual produk yang berkesan. Macam Mariani itu memang guna produk saya dan saya bawa ke tv. Cuma kebetulan waktu itu emosi terlebih sikit.

Ada yang cakap Datuk ini macam pondan?
Saya nak bagi tau pembenci saya. Saya ini bapuk ke pondan ke saya tak boleh tutup mulut kamu. Kalau saya cakap lambat macam tak de kesan pada penonton. Saya bayar rm30ribu hanya 6 minit dalam iklan sebelum ini saya maskulin boleh tengok iklan saya di youtube.

Ada juga yang cakap Datuk gila glamer?
Gila glamer itu tidak.Takde pulak gila glamer pose atas katil saya cuma pose produk saya sahaja. Saya kenal banyak wartawan itu yang orang nampak saya gila glamer kot.

Ada dakwaan D'Herbs produk kampung. Nak komen apa lagi?
Saya akui memang produk kampung. Untuk pasar malam kedai jamu. Tapi ingat ada golongan VIP guna pruduk saya. Hak milik saya 100peratus saya bermula dari bawah pinjaman bank. Siapa nak kutuk saya tak kisah malah saya lebih bersemangat ke hadapan.

Apa pesanan Datuk mereka yang bersangka buruk pada Datuk?
Saya biasa sahaja ada spa ada 12 cawangan ada kilang sendiri. Bagi saya untuk menjadi ushawan berjaya kena sikap positif dan tolak tepi segala penghinaan. Tak payah fikir orang kutuk hina kita. Pasti kita akan berjaya nanti.



Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

Salah satu cara yang mudah untuk pastikan supaya anda hanya menggunakan remote astro sahaja mengawal suara menggunakan remote astro dan tutup tv  menggunakan remote astro. Ikuti langkah-langkah di bawah dengan terperinci.

1. Tekan butang tv sebelah kiri atas sekali dan tekan butang ok serentak sehingga remote astro anda blink 2 kali.
2. Gunakan remote astro anda 4 digit yang anda boleh lihat di kotak bawah ini.
3. Kemudian masukkan 4 digit tersebut anda akan lihat remote anda berkelip lampu 2 kali selepas anda masukkannya.
4. pastikan kod tv yang anda masukkan sama dengan jenama tv anda. Jika tidak cuba kod yang lain.

Nota: Tidak semua tv dapat di gunakan dengan kod yang di beri mungkin ada sesetengah tv tidak boleh dikawal guna remote astro. Selamat mencuba


Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

Mungkin anda sedang berkifir apakah yang dapat di berikan untuk windows 9 kepada kita mungkin ramai yang kata Windows 8 dah cukup baik. Selain grafik yang cantik perbezaannya yang paling ketara yang saya  rasa ingin dikongsi bersama dengan anda.

Jangan terlalu berfikiran negatif jika anda belum mencubanya. Windows telah memperkenalkan 2 dekstop dimana 1 dekstop biasa yang boleh di kawal oleh pc komputer anda dan lagi satu desktop adalah perisian internet yang bermaksud anda tidak perlu kapasiti yang besar dalam pc untuk install software anda hanya perlu log in masukkan e-mail dan password anda boleh pergi ke peranti lain . Ini bermakna jika anda menggunakan pc kawan anda anda tetap boleh log in ke pc anda cuma log in masukkan e-mail dan password sahaja bukankah itu hebat.

Windows memberi 10GB perisian percuma kepada sesiapa yang membeli peranti beliau jadi 10GB itu adalah peranti software dalam internet. Jika komputer rakan anda tidak ada microsoft word misalnya. Anda hanya perlu klik create new  account dan anda boleh terus akses seperti pc anda sendiri tanpa perlu install microsoft word pada pc rakan anda yang penting rakan anda hanya perlu ada perisan internet. saya harap anda faham.

Windows 9 masih dalam perbincangan untuk di edarkan ke pasaran dunia. Apa yang masalah di sini kotak search masih kurang dari segi pencarian. Ini bermakna pengguna perlu ambil masa yang agak lama jika klik pada kotak search untuk mencari maklumat dalam pc. Selain itu, perisian security juga masih lemah jika anda lupa e-mail atau password anda dan jika orang lain dapat tahu e-mail atau password anda pasti anda akan bermasalah.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Nama saya Ahmad Hafizul Kamaluzaman dari Banting, Selangor
Berekerja dengan bisnes online sejak 2006 sebagai webmaster di Webpintar.Com serta tenaga pengajar di KursusWebsite.Com
Kepakaran saya adalah dalam pembinaan laman web, design, printing, motivasi serta jana wang pasif dari rumah.

fulltime sebagai seorang guru. Berjinak-jinak dengan bidang perniagaan sejak di universiti. Terlibat

Facebook :https://www.facebook.com/ahmadhafizul.kamaluzaman


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Blog aku bukan rasis. Blog aku boleh di kunjungi semua golongan melayu, cina, india, kadazan, sumatra jawa, jawa barat, minangkabau dan lain-lain. Kenapa perlu ada unsur rasis dulu tak timbul pulak isu ini. Inilah salah satu kelemahan orang melayu selalu tuduh memkhinzir buta je. Aku tak boleh gunakan perkataan babi sebab jakim tak luluskan penggunaan dalam blog. Tetapi kalau guna perkataan babi sebagai contoh ok kot.

Ada juga rupanya blog yang mengamalkan rasis. Aku terjumpa malas nak bagi tau korang googlelah sendiri. Itupun encik hasrulhassan bagi tau. Orang melayu suka menjatuhkan orang lain di atas kesempitan orang dan orang cina pula suka ambil kesempatan dan oleh itu orang melayu semakin di perkotak-katikkan. Harap isu rasis ini tidak di perbesarkan pada pihak atasan.



Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Sedih juga bila dapat tahu Piala Dunia yang julung-julung kali tidak dapat di siarkan oleh Hypptv. Mana tidaknya Astro dah ambik alih tugas penyiaran secara rasmi. Walau bagaimanapun siaran tv tetap menjanjikan filem-filem hebat melayu di Hypptv. 

Jangan salahkan Unifi kalau handphone anda lembab dari segi kelajuan internet. Bergantung pada kaji cuaca mungkin memaksa anda menukar telefon lebih baik. Bagi sesiapa yang belum melanggan unifi boleh berbuat demikian ke kaunter berdekatan. Bagi yang nak tengok World Cup boleh langgan astro atau cari stremix online dekat internet terima kasih kesulitan amatlah dikesali..

JADUAL WORLD CUP
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Bertuah betul sultan brunei hidup yang terlalu mewah dah kaya. Beliau mempunya 10 telifon bimbit perbagai jenama dan menukar telifon bimbit setiap kali 200 saat. Walaupun hanya dikurniakan 3 anak kekayaan beliau di jangka 34 Juta Euro dalam hanya satu saat.

Nama beliau Sultan Halzanah Bokiah. Mempunyai sebuah istana yang bertatahkan emas dan berlian. 1788 bilik. 257 bilik mandi. dan 110 tempat parking kereta. 











Paling hebat mempunyai pesawat boeing 747 milik beliau sendiri yang berharga ratusan juta dollar amerika.

Antara kereta termahal milik beliau Porche keluaraan syarikat Rolls Royce company di beli di Landon.

Sebuah kereta yang di beli di Britain

Sebuah kereta Lambogini di hadiahkan pada anak beliau sempena perkahwinan anggaran kos 5 juta dollar amerika.



Sebuah kereta khas untuk program perarakan yang bertatahkan emas. Sumber wikipedia 531 mercedes benz, 367 ferari, 362 Bently, 185 BMW, 177 Jaguar, 160 Porches, 130 rolls- royces dan 20 lambogini semua sekali 1932 kereta milik beliau


Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

Kisah ini bermula masa saya tengok ceramah politik najib dekat tv3. Lepas itu mak saya ajak teman dia pergi pasar. Mulanya saya tak nak sebab malas nak layan sin chan kat tv. Mak saya cucuk perut saya dengan garpu beberapa kali akhirnya saya pun pergi. Masa kami pergi perjalanan ambik 180km sampai 170km ada lori langgar mak saya dari belakang mak saya pun marah. Mak saya kejar lori itu. Lori itu terus pecut dengan laju giler. Mak saya pecut lagi laju dan akhirnya dapat tangkap lori itu. Mak saya amat marah pada pemandu lori itu. Sebab geram mak saya gigit tayar lori itu sampai kempes kemudian mak saya campak lori itu dalam laut. Kebetulan kat laut itu ada kapal. Lalu kapal itu pecah habis semua orang dalam kapal itu mati terbelah 2. Pemandu kapal marah bertukar jadi ultraman. Pemandu lori pulak tekan sesuatu kat lori dia tetiba bertukar jadi transformer. Meraka berlawan pemandu lori menang. Mak saya kata jom pergi pasar. Mak saya cerita kat penjual daging. Penjual daging mati sebab terkejut. Mak saya report polis. Polis pun semua mati terkejut. Kami berlari dengan mak balik rumah lalu kami pun mati sebab penat. Begitulah cerita saya sebelum mati.
Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

Karpal Singh Maut Kemalangan Jalan Raya | Bekas President DAP dan peguam maut pagi tadi (17/4/2014) kira-kira jam 1.10 minit pagi kerana terlibat dalam satukemalangan jalan raya dekat Tapah. Kemalangan berlaku di kilometer 306 (KM 306) Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara (Gua Tempurung).

Aku pun agak konfius disini karpal ke karam yang mati nama korang dekat sama aku ingatkan dia orang adik beradik lain mak lain bapak haha. Bagi yang masih tak kenal siapa kapal ini aku bagi tau dia ini peguam Anuar Ibrahim. Kalau Anuar Ibrahim pun tak kenal susahlah nak bagi tau. Karam pulak selalu main kat tv3 hebat berpantun contoh ibarat melepaskan kentut di tepi tangga lebih kurang macam itu la.



Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Pernah terbaca katanya mendarat di Australia ada kata di india. Rakyat new Zealand pun ada ternampak. Tapi sampai sekarang masih belum jumpa. Kalau masuk dalam air memang susah nak jumpa. Kalau masuk dalam tanah lagi susah nak jumpa. Zaman sekarang inilah manusia nak buat duit. Nak kejar trafik blog. Siap jual baju mh370 bagai. Siap buat lagu khas mh370. Tak salah apa yang dia orang buat. Maklumlah tapi cara tu macam kurang bijak kalau ia pun nak cari follower bagai. Ye dak. Kecik2 dulu gua teringin gak nak jadi tok bomoh macam best je kerja dia berubat orang. Jadi polis susah nak tangkap orang. Kerja kerajaan payah gak nak susun fail. Baik jadi tok bomoh baca satu dua tiga ayat merapu satu malam boleh dapat seratus. Kayo pakcik haha..
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Older Posts



Pengikut

Senarai Blog Saya

  • Mia Liana
    Rezeki Dapat 3 Buah Buku Ilmiah Ustaz Ebit Lew
  • Tiara Saphire
    Drama | Miss Match (WeTV)
  • MIZI SEMPOI
    KOMITMEN TERHADAP KEBAIKAN
  • Aerill.com™ | Lifestyle
    Boustead Properties dan The Curve Sebarkan Keceriaan Kepada Golongan Yang Memerlukan
  • Diana Rashid
    WARUNG SEPAHTU EPISOD 7
  • EMAS PUTIH
    Adakah Kitsui Bahaya?

Cari Blog Ini

About me

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sebarang pertanyaan tentang iklan boleh wasap saya http://mizisempoi.wasap.my

NEWSLETTER

Categories

  • anak abah
  • artis
  • Bercuti
  • BERITA
  • bloglist
  • business online
  • cerita
  • gosip
  • IKLAN
  • islam
  • jutawan
  • lawak
  • movie
  • PELIK
  • Sahabatku
  • sedih
  • sukan
  • teknologi

Blog Archive

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes