COPYRIGHT 2013 © MIZI SEMPOI. Dikuasakan oleh Blogger.

MIZI SEMPOI

KEHIDUPAN TANPA PAKSAAN

“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”

“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”

Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!

Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.

Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.

Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.

Jangan anggap bayi atau anak selamat apabila merokok di luar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa rokok masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan melekat walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.

Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi

Kesan Sisa Asap Basi

1️⃣ Potensi Mati Mengejut

The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.

Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.

2️⃣ Masalah Salur Pernafasan

Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, “Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50.

“Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih banyak sisa asap basi daripada orang dewasa,”

3️⃣ Serangan lelah

Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.

4️⃣ Merencatkan perkembangan otak

Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan sisa asap basi ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar.

Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.

5️⃣ Jangkitan paru-paru

Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bantu saya untuk #share info penting ini betapa bahaya kesan sisa asap basi pada kesihatan anak-anak.

Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 https://t.me/drsamhan

Dr. Ahmad Samhan


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 


Pls Share.. 🙏🙏🙏


1 Tahun 4Bulan...


Assalamualaikum.w.b.t....

Ya allah, aku memohon padamu, selamatkan lah anakku Zahir.

Walaupun dimana jua. Walau pun telah aku Ikthiar berbagai cara, aku tetap memohon pada mu ya allah . Selamatkan lah zahir dari segala mala pertaka. Aku memohon padamu ya allah, kembalikanlah zahir pada kami yang amat merinduinya.


Ikthiar sebelum ini , aku dapat rasakan zahir makin dekat. Aku sekeluarga makin kerap bermimpi, Zahir balik kerumah. Kadang-kadang seperti kelibat zahir berada dirumah. Ya allah......

kembalikanlah Zahir ke dunia yang nyata.


Sekarang ini , aku berhenti sementara mencari zahir, kerana keadaan aku sakit semula dan kewangan yang berkurangan.

Aku akan mencari semula apabila aku sihat semula....

Ya allah , aku redha ketentuan mu ya allah. Tidak bergerak sebesar zarah dgn izin mu..... Aku tahu , ini adalah ujian ku daripada mu ya allah... Ya allah, izinkan lah zahir kembali kepada kami. Kerinduan ini tidak tertahan rasanya.......


Facebook Ayah:

https://www.facebook.com/tafg737



Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Para ayah tahu ke tak?. Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah..
.
Para ayah tahu ke tak?. Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya. Inilah hakikat. Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya. Maka...
.
+ Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan.. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.
.
+ Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.
.
Semoga bermanfaat 😊
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

KUALA LUMPUR: seorang suami terkejut apabila melihat ular berlingkar di atas katil. Suami beliau yang baru balik dari kerja pada waktu malam tidak menyangka yang fikirkan ular rupanya adalah kaki milik isterinya. Suami beliau mengambil kayu dan mengetuknya sampai berdarah. Isteri yang sedang enak tidur terkejut dan menjerit. 

Selepas menyedari suami tersebut membawa isterinya ke hospital. Isterinya hanya beritahu ini fesyen terbaru yang di beli di lazada. Suami beliau hanya mampu tergelak sambil menangis. Rupanya kaki isterinya saling tak tumpah seperti ular. 



Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Begitulah lumrah kehidupan sebagai manusia tidak lari dengan kecaman. Nur Sajjad menafikan sekali lagi yang beliau adalah lelaki. Beliau siap upload video family lagi. Kenapa rakyat Malaysia masih susah nak percaya nama beliau Nur Sajat bukan Muhammad Sajjad bin Kamarulzaman. Terpulanglah nitizen anda boleh menilai sendiri.





Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Terkejut aku betul ke gaji pemanjat pokok kelapa RM6500 sebulan. Kalau gaji RM6500 sebulan banyak itu. Aku rasa bukan susah pun nak panjat pokok kelapa. Patutlah ramai orang berhenti kerja ambik kontrak panjat pokok kelapa. Lepas ini monyet takde joblah. Orang perempuan pun nak kerja panjat pokok kepala juga ke.



Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Tia : Kenapa awak sanggup tunggu saya shah
Shah :  Sebab hati awak dalam hati saya. nak buat macam mana ini namakan kehidupan kita terimalah hakikatnya.
Tia  : Saya tau awak ikhlas. Tetapi saya masih cintakan Faizal
Shah : Awak boleh ubah hari-hari akan datang itu hak awak.

Sedih aku tengok Shah dia masih menanti kekasih lama dia. Dia sanggup tunggu kekasih dia untuk kembali kepadanya tetapi kenapa Shah sanggup buat macam itu. Shah bukanlah tak hansem banyak awek suka pada dia. Kenapa Shah masih cinta pada Tia walaupun dia tau Tia tak cintakan dia. dunia ini memang kejam...




Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

Lawak betul kereta BMW model terbaru ini. Comel ada sesiapa nak beli tak. Agaknyer berapa jauh dia boleh pergikan. Yang bestnyer korang tak payah risau harga minyak naik sebab kereta ini tak pakai minyak.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
9966699999966699999966699966669996699999996699666996699 9966999999996999999996666996699666699666996699666996699 9966699999999999999966666699996666699666996699666996699 9966666999999999999666666669966666699666996699666996699 9966666669999999966666666669966666699666996699666996699 9966666666699996666666666669966666699666996699666996666 9966666666669966666666666669966666699999996699999996699

Ada sesiapa yang nak tengok magik tak haha korang ikut langkah kat bawah korang akan terkejut

1) select semua nombor dekat atas
2) Press Ctrl + F
3) Press 99 dan tengok apa yang berlaku haha

Apa yang korang nampak. Jangan cakap kuat-kuat malu saya :P




Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Selalu manusia yang isap susu lembu tetapi ini terbalik lembu yang isap susu manusia haha. Perkara ini berlaku kat India. Tengok gambar kat bawah ini kesian anak dia mak sibuk main game anak nak nenen pun susah haha jangan marah sekadar hiburan.






Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Manusia sekarang perangai pelik-pelik. Ini lagi satu perempuan konon perasan nak lawa sangat ada ke patut buat pembedahan panjangkan kaki. Kos pembedahan anggaran lebih kurang RM30,000. Kononnya dengan kaki yang panjang nampak lebih seksi la katakan.  Tetapi perempuan ini warga Jepun harap kat Malaysia janganlah ikut perangai dia ye.

 



Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Tahukah anda anggaran jumlah keseluruhan spesies serangga termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. -sumber wikipedia

Kebayakan serangga suka tinggal di rumah macam manusia dan serangga suka pada lampu. Tertarik bila tengok daun ada kaki. Rupanya ia serangga. Siap ada macam-macam warna. Macam manusia juga ada melayu cina dengan india tetapi tak tahulah mereka hidup berpuak juga ke hehe.



Share
Tweet
Pin
Share
81 comments

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku- bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab  kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments


Tembakan menakjubkan dari seorang kanak-kanak (Titus) antara 18 dan 24 bulan. Beliau mula bermain bola keranjang sejurus selepas belajar berjalan, kami memulakan penggambaran beberapa, dan kemudian mendapat benar-benar terbawa-bawa.

Budak ini memang sempoi semua balingan dia masuk jaring dan yakin suatu hari nanti beliau boleh manjadi pemain profesional. Jom layan video dia.



Share
Tweet
Pin
Share
26 comments




Seorang pereka berusia 41 tahun, Sean Miles telah menghasilkan hasil rekaan terbarunya dengan mengabungkan telefon lama dengan kasut. Telefon kasut ini dijual pada harga RM10,000 sepasang.Jadi  selain daripada telefon dalam poket anda, anda juga mempunyai telefon di tapak kasut anda.










Share
Tweet
Pin
Share
19 comments



TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.

Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel
.
Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan. Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke- yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.Doktor gigi mengenakan bayaran AS $390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.

Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke- yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka. Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. - Agensi

P/S - Macam2 dunia sekarang kat Malaysia ada sorang artis gigi taring sape lagi kalau bukan Wawa Semput
Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

Gadis Syria ini menunjuk perasaan dengan membantah hukum tuhan dengan tidak berpakaian di khalayak ramai sebelum ini beliau juga pernah berbogel di facebook. Tujuan beliau ingin memberitahu tentang hukum di laksanakan oleh tuhan adalah hukum perhambaan dan tidak releven.





everydayrebellion.com presents: Aliaa Elmahdy & Femen protesting against Egyptian constitution by Mursi from Everyday Rebellion on Vimeo.
Share
Tweet
Pin
Share
43 comments
Sekarang ini memang hujan lebat nak keluar pun susah. Paling tak best balik kerja hujan. Nasib baik kat Malaysia takde salji hujan je maklumlah sekarang musim hujan nak crismas la katakan lepas hujan mulalah banjir.














TONTON PUNTIANAK VS ORANG MINYAK

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Tiara Saphire
    Drama Bulan Di Kota Langit (TV2)
  • MIZI SEMPOI
    KES BULI MAKTAB MRSM
  • Aerill.com™ | Lifestyle
    The Lord Musang King : Filem Pertama Gabungan Malaysia & Korea Selatan
  • EMAS PUTIH
    Mainan Online Kanak-Kanak Yang Menyeronokkan !
  • Mia Liana
    Quote Of The Day (928)
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE

Cari Blog Ini

About me

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sebarang pertanyaan tentang iklan boleh wasap saya http://mizisempoi.wasap.my

Categories

  • anak abah
  • artis
  • Bercuti
  • BERITA
  • bloglist
  • business online
  • cerita
  • gosip
  • IKLAN
  • islam
  • jutawan
  • lawak
  • movie
  • PELIK
  • Sahabatku
  • sedih
  • sukan
  • teknologi

Blog Archive

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes