swap test di bahagian dubur

by - Januari 27, 2021

 



Seperti yang diketahui, ujian swab perlu dilakukan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dengan sampel dapat diambil melalui calitan di dalam hidung dan tekak.


Namun berbeza pula ceritanya di Beijing, China apabila ujian calitan itu dilakukan di bahagian dubur, pakar mendakwa bahawa ia lebih tepat dan mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi untuk mengesan virus.

Menurut Daily Mail, swab perlu dimasukkan sekitar tiga hingga lima sentimeter (1.2 hingga 2 inci) ke dalam rektum dan dipusingkan beberapa kali untuk mengumpul sampel ujian.

Keseluruhan prosedur itu dikatakan memakan masa sekitar 10 saat.

Timbalan pengarah di Hospital You’an, Li Tongzeng, berkata bahawa virus bertahan lebih lama di dalam dubur dan najis daripada saluran badan bahagian atas, lapor Taiwan News.

Pun begitu, dia mengakui bahawa cara tersebut tidak semudah yang dilakukan pada bahagian tekak, dia menyarankan agar cara calitan tersebut hanya diterapkan kepada kelompok berisiko yang berada di pusat kuarantin.

China telah menguatkuasakan syarat yang lebih ketat bagi kedatangan pelancong antrabangsa dalam usaha untuk memastikan jangkitan tempatan kekal sifar.

Negara itu juga telah mengetatkan sekatan di dalam negeri dengan Beijing mengumumkan bahawa orang-orang dari kawasan berisiko sederhana atau tinggi dilarang memasuki bandar itu sejak Khamis lalu untuk mengurangkan risiko penularan virus.

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0