datuk perasan tak orang tak suka datuk

by - Julai 05, 2014


Siapa tak kenal dengan lelaki kacak bergaya ini Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Seorang usahawan berjaya pengasan produk D'Herbs Helty Sdn Bhd. Sikap gediknya yang ala-ala pondan menimbulkan kontrovesi di kalangan masyarakat. Hinaan dan cacian tetapi produknya kini sudah terlajak laris.

Datuk perasan tak orang tak suka cara datuk?
Saya amat perasan. Perasaan saya amat gembira sekurang-kurangnya ada orang sedar. Saya tau banyak website kutuk saya kata saya gedik muncul di tv. Realiti kehidupan saya biasa-biasa sahaja untuk mempromosikan produk saya itu sahaja.

Ada yang kutuk Datuk iklan kurus badan hina kaum wanita. Wanita gemuk suami tak nak pegang tangan, tapi bila kurus terus buka tudung pakai skirt pendek apa komen Datuk?
Iklan itu kisah benar seorang pengguna. Masa jumpa saya dia menangis penampilanya buruk tapi lepas guna produk saya alhamdullilah. Orang Malaysia ini sensitif sikit. Nak buka tudung bukan paksaan saya wanita itu yang nak buka tudung. Wanita itu yang nak seksi saya takde masalah.

Datuk  tau tak orang benci iklan Datuk?
Gosip yang banyak berpuluh-puluh kat fb ngan blog itu saya tau. Yang kutuk saya saya ucapkan terima kasih. Alhamdullilah saya ambil sebagai pengajaran.

Ada yang cakap iklan D'Herb ini bukan betul pun, menipu?
Iklan ini bukan menipu. Saya jual produk yang berkesan. Macam Mariani itu memang guna produk saya dan saya bawa ke tv. Cuma kebetulan waktu itu emosi terlebih sikit.

Ada yang cakap Datuk ini macam pondan?
Saya nak bagi tau pembenci saya. Saya ini bapuk ke pondan ke saya tak boleh tutup mulut kamu. Kalau saya cakap lambat macam tak de kesan pada penonton. Saya bayar rm30ribu hanya 6 minit dalam iklan sebelum ini saya maskulin boleh tengok iklan saya di youtube.

Ada juga yang cakap Datuk gila glamer?
Gila glamer itu tidak.Takde pulak gila glamer pose atas katil saya cuma pose produk saya sahaja. Saya kenal banyak wartawan itu yang orang nampak saya gila glamer kot.

Ada dakwaan D'Herbs produk kampung. Nak komen apa lagi?
Saya akui memang produk kampung. Untuk pasar malam kedai jamu. Tapi ingat ada golongan VIP guna pruduk saya. Hak milik saya 100peratus saya bermula dari bawah pinjaman bank. Siapa nak kutuk saya tak kisah malah saya lebih bersemangat ke hadapan.

Apa pesanan Datuk mereka yang bersangka buruk pada Datuk?
Saya biasa sahaja ada spa ada 12 cawangan ada kilang sendiri. Bagi saya untuk menjadi ushawan berjaya kena sikap positif dan tolak tepi segala penghinaan. Tak payah fikir orang kutuk hina kita. Pasti kita akan berjaya nanti.



You May Also Like

20 comments

  1. Hurmm biasalah tu, ada je orang mendengki. Hurmmm

    BalasPadam
  2. Ehh, saya minat datuk ni. Sebab dia bersemangat.

    BalasPadam
  3. Ala dia lembut dalam iklan je. Terhibur jugak tgk iklan dia. Haah

    BalasPadam
  4. aritu dia masuk primadona, isteri dia mengaku dia tolong isteri dia basuh baju masak semua .. mana nak cari laki mcm tu zaman skarang~

    BalasPadam
  5. org bising2 tapi dia yang kaya dan berjaya.. yg bising dapat apa ? sakit tekak. hehe

    BalasPadam
  6. bising2 pon dia ke depan...org yg ckp buruk tu xkemana pon kan,,

    BalasPadam
  7. biasalah manusia, ada je nak cari kesalahan orang lain.. Dato' ni usaha dan dah berjaya sekarang.. tak kira lah orang nak cakap ape pu, beliau dah jadi usahawan :)

    BalasPadam
  8. Ros follow sini. Salam kenal :)

    BalasPadam
  9. manusia mn yg x de dengki
    TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW.. I'' FOLLOW YOU BACK ;-)

    BalasPadam
  10. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari perserta Segmen Nak URL Blog #6 by Mialiana.com..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita

    BalasPadam
  11. dia lembut dlm.iklan je..realitinya x kan...bile dh bjaya memg de org dgki...

    BalasPadam
  12. sis tak kenal pun dia ni sape ... dok tgk channel korea jer punya pasal ... heh heh

    BalasPadam
  13. biasa lah dha femes psti ada haters..sbr ja la n dont give up

    BalasPadam
  14. Saya puji Datuk sebab Datuk tak cepat melatah dengan tohmahan orang ramai. Orang yang berjaya biasanya mempunyai sikap yang positive. Walaubagaimanapun, saya berharap Datuk tonjolkan lebih sifat kelelakian kerana Datuk memang dah hensem..cuma kelembutan Datuk tu saya nampak lebih. Saya doakan yang baik-baik untuk Datuk. Insyaallah.
    #Dalam setiap perkara yang kita lakukan..satu yang kita tak boleh kita lupakan..iaitu mencari redha Allah. Insyaallah berjaya dunia & akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pesanan ini untuk diri saya juga.
      http://drshikinzainal.blogspot.com

      Padam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0