COPYRIGHT 2013 © MIZI SEMPOI. Dikuasakan oleh Blogger.

MIZI SEMPOI

KEHIDUPAN TANPA PAKSAAN


Rasullullah s.a.w. : (Mangkok, madu, dan sehelai rambut) Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, dan Utsman dtg bertamu ke rumah Ali. Di sana mrk di jamu oleh Fathimah, putri Rasulullah sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib.

Fathimah menghidangkan utk mrk semangkuk madu.

Ketika mangkuk itu di letakkan, sehelai rambut jatuh melayang dekat mrk.

Rasulullah segera meminta para sahabatnya utk membuat perbandingan terhadap ke-3 benda tersebut, iaitu mangkuk yg cantik, madu, dan sehelai rambut.

- Abu Bakar yg mendapat giliran pertama segera berkata, “Iman itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Org yg beriman itu lebih manis dr madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dr meniti sehelai rambut.”

Rasulullah tersenyum, lalu beliau menyuruh Umar utk mengungkapkan kata2nya.

- Umar segera berkata, “Kerajaan itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Rajanya lebih manis dr madu, dan memerintah dgn adil itu lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”

Rasulullah kembali tersenyum, lalu berpaling kpd Utsman seraya mempersilakannya utk membuat perbandingan 3 benda di hadapan mrk.

- Utsman berkata, “Ilmu itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Org yg menuntut ilmu itu lebih manis dr madu, dan beramal dgn ilmu yg di miliki itu lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”

Saperti semula, Rasulullah kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yg di sebutkan para sahabatnya.

Beliau pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib utk mengungkapkan kata2nya.

- Ali berkata, “Tamu itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dr madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”

Rasulullah segera mempersilakan Fathimah utk membuat perbandingan 3 benda di hadapan mrk.

- Fathimah berkata, “Seorg wanita itu lebih cantik dr sebuahmangkuk yg cantik. Wanita yg mengenakan purdah itu lebih manis dr madu, dan mendapatkan seorg wanita yg tak pernah di lihat org lain kecuali muhrimnya lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, '

- Rasulullah s.a.w. segera berkata, “Seorg yg mendapat taufiq utk beramal lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini. Beramal dgn perbuatan baik itu lebih manis dr madu, dan berbuat amal dgn ikhlas, lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”

- Malaikat Jibril yang hadir bersama mrk, turut membuat perumpamaan, Menegakkan pilar2 agama itu lebih cantik dr sebuah mangkuk yg cantik. Menyerahkan diri, harta, dan waktu utk agama lebih manis dr madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”

- Allah Ta'ala, pun membuat perumpamaan dgn firman-Nya dlm hadits Qudsi, “Syurga-Ku itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik itu. Nikmat syurga-Ku itu lebih manis dr madu, dan jln menuju syurga-Ku lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”

Subhanallah...

Semoga bermanfaat...
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Fakta menarik tentang “VAPE" yang kita tidak tahu.
------------------------------------------------------------------------------
1.Vaper pertama dicipta pada tahun 1960-an:
Pada tahun 1963, Herbert A. Gilbert menghasilkan sebuah alat yang mampu memanaskan cecair nikotin dan menghasilkan wap.Beliau kemudian didatangi oleh berberapa ahli perniagaan yang berminat untuk mengilangkan produk tersebut,tetapi tidak berjaya;dan kemudian rokok elektronik pertama ini hilang dari catatan sejarah pada tahun 1967.
2. Wap vapor tidak merbahayakan orang sekeliling:
Kajian terbaru daripada saintis Perancis menunjukkan bahawa wap yang terhasil daripada Vape mampu lesap dalam masa 11 saat,ini menunjukkan bahawa pendedahan wap “second-hand” Vape tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling.
3.Kadar purata pembelanjaan Vape lebih murah daripada rokok:
Kadar perbelanjaan purata tahunan untuk perkokok yang membeli sekotak-rokok-sehari dianggarkan RM4745 (RM13/sekotak x 365 hari setahun = RM4745 setahun), manakala anggaran perbelanjaan untuk starter kit dan flavor Vape untuk setahun dianggarkan RM2200 (Rm40/30ml flavor x 4 botol sebulan x 12 bulan + RM300 starter kit = RM2200++ setahun). Kadar perbelanjaan Vape mungkin akan meningkat jika pengguna berbelanja lebih untuk manambah atau mengubah-suai aksesori Vape.
4. Penggunaan nikotin di dalam rokok adalah 10 kali lebih tinggi berbanding Vape:
“Kajian terbaru yang diterbitkan di dalam Oxford Journals ‘Nicotine and Tobacco Research Journal’ menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua jenis rokok dan Vape ini mengandungi nikotin,penggunaan nikotin didalam rokok adalah 10 kali lebih tiggi berbanding Vape.Kajian tersebut menunjukkan bahawa Vape tidak mengandungi toksin yang banyak terkandung didalam rokok,” oleh Clarence Wurley.
5. Bahan kandungan perisa Vape tidak misteri:
Bahan kandungan yang terdapat didalam perisa Vape diterangkan dan dibincangkan secara terbuka.Info dan penerangan bahan-bahan yg digunakan boleh didapati secara online yang dikongsi oleh penjual dan pengilang Vape.kebanyakan produk e-liquids mengandungi empat jenis bahan iaitu -Air,nikotin(3,6,9,12 mg), perisa makanan dan campuran VG(vegetable glycerin)/PG(propylene glycol).Manakala rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia termasuk Tar yang menyebabkan kanser smile emoticon .
6. Vape telah menjalani pelbagai jenis kajian:
Sesetengah orang mengatakan “kita belum cukup data mengenai vape lagi.”salah sama sekali.Vape telah menjalani kajian secara meluas oleh saintis,pakar universiti dan kumpulan pengguna sejak berberapa tahun lalu dan terdapat banyak info mengenai Vape boleh didapati pada hari ini.
7. Ye betul,syarikat-syarikat tembakau sangat takut dengan kemunculan trend ‪#‎VapeOn‬:
Dengan fakta dan kelebihan Vape diatas,kemunculan trend Vape ini sangat membimbangkan syarikat-syarikat tembakau yang telah lama menapak didalam industri rokok tempatan.Mereka akan berusaha untuk mengharamkan penggunaan Vape.Kebanyakan pengguna rokok telah bertukar kepada Vape dan menyebabkan penjualan rokok jatuh sangat teruk smile emoticon .
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments



Anak panah tu maksud dia begitu sakit terkena panah hingga tidak terasa sesuatu kepedihan begitu cinta allah yg membuat manusia terasa gila dan rasa sakit itu berubah menjadi kenikmatan.

Bagaimana sesuatu cinta ditafsirkan dan cinta memotivasikan diri manusia yang dipenuhi warna kehidupan terpulang diri sendiri untuk mencorakkan. Cinta pada allah sebagai contoh manusia yang berjihat dan beribadat pada ketaatan allah dan cinta ibu kepada anaknya pula melihatkan kesungguhan ibu dalam kasih sayang kecintaan pada anaknya.

bersambung...
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Memang menjadi lumrah manusia hidup mesti berpasangan tak kisahlah apa yang berlaku tetapi hidup perlu di teruskan. 30 tahun aku mencari cinta tetapi kali ini cinta yang datang betul2 kuat dalam hati. Terima kasih kerana kau sudi terima kekurangan diri ini.

Aku sedar aku bukanlah lelaki yang terbaik untuk kau tetapi berilah aku peluang untuk buktikan cintaku yang suci ini. Sejujurnya aku hanya cinta kau seorang aku tak pernah berpaling tadah tolong jangan tinggalkan aku. Aku tak mampu untuk menangis lagi sekian kali.

Aku harap kita akan bersama suatu hari nanti. Kita akan bersama bina mahligai bersama. Aku tak mahu istana yang kita bina rapuh di pertengahan jalan. Andai kau jodohku aku sedia menerimamu. Aku sudah berjanji akan setia padamu hingga hayatku dan aku harap kau juga begitu.

Sekian..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

12 peserta telah ditempatkan dia atas pentas. Zizan dan Jihan selaku pengacara. Akan di tayangkan di saluran astro ria bermula september ini. Semua muka jambu2 cantik2 lawa2 hehe. Pastikan anda sediakan tisu. Rialitinya bermula di sini..

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.af.com.my
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments


blogger dulu
tak tau apa itu seo

blogger sekarang
dah tau apa itu seo kejar tafik bagai2

blogger dulu
hanya kenal media sosial je

blogger sekarang
dan hebat siap ada page kat facebook like beribu

blogger dulu
buat entri suka2 je

blogger sekarang
kejar pupulariti masuk tv dan radio siap belakun pulak

blogger dulu
muka tak hansem jadi blogger

blogger sekarang
budak2 tak cukup umur jadi blogger muka semua kacak2 lawa2

blogger dulu
kenal blogspot je

blogger sekarang
semua benda tau wordpress, embed kot letak iklan nuffnang bagai semua tau

blogger dulu
buat blog tak fikir pasal duit

blogger sekarang
jangan kata buat duit siap buat seminar letop2 siap ada anugerah lagi


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Topup RM5 x 5 by Shad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina

Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.


Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.


Share
Tweet
Pin
Share
26 comments
Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments


http://gadissirama-rama.blogspot.com/

CLICK BANNER FOR JOIN!

Segmen ini dianjurkan oleh Aienn Nasir hanya untuk meningkatkan trafic blog & meningkatkan earning.. Tolong jujur dalam memenuhi syarat-syarat segmen. TQ.

Earning anda?
SINI SINI SINI SINI SINI SINI SINI


Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Saya merupakan peminat samsung mengapa saya minat Samsung sebab dia adalah frendly user pada saya kebanyakkan peralatan saya di rumah hampir separuh menggunakan perkhidmatan produk Samsung. Ramai blogger juga akui Samsung terbaik contohnya blogger http://shakiddo.com/i-love-samsung/ dan http://www.benashaari.com/ yang membeli galaxy tab 8.0 samsung bagaimana dengan anda.

air corn jenama samsung

tv jenama samsung

peti sejuk jenama samsung

handphone jenama samsung

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

Jumpa ayat ini kat facebook pastu copy paste kat blog aku haha. Dulu kalau bengang dengan sesuatu aku akan tengok ikan emas atau ikan puyu berenang dalam akuarium tetapi sekarang tak payah sebab boleh lepas geram dekat facebook. Yang bestnyer tengok wallpaper gambar ikan gerak-gerak kat youtube pun dah ok dah.
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments


Kita bukan nak membantah aspek kerajaan tetapi apa yang cuba yang kita nak sampaikan adalah perjuangan anak bangsa kita di masa hadapan. Dalam era kemajuan ekonomi masa kini pelajaran tidak boleh dipolitikkan.

Kenapa ilmu perlu dibayar negara lain dapat memperjuangkan ilmu secara percuma. Adakah anda berjaya masuk IPTA dan adakah anda bangga menjadi pelajar IPTA. Ketahuilah hanya 70% IPTA adalah bumiputera dan 95% IPTS adalah bukan bumiputera. Masa depan Malaysia akan semakin gelap. 

Video kat bawah ini menerangkan lebih terperinci bagaimana perancangan kerajaan 2020 dan situasi di mana masa depan anak melayu di Malaysia. Student power telah buka mata saya dah lihat sendiri era 2020 korang boleh nilai sendiri baik atau buruk.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Hebatkan kalau boleh baca komik bergerak maklumlah dunia dah maju. Dulu semua benda kena pakai buku. Semua benda kena beli majalah sekarang dalam internet semua ada e-book, e-paper yang best siap boleh gerak-gerak. Kalau buku mana boleh gerak.













Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu. .Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. Andainya mereka tahu…
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja…. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga …….. Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya…. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu…. 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar KEPERLUANmu… Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang…. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunaka lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA…. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milikorang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL… JANGAN TERLALU MENCARI  KESEMPURNAAN

**************
Kita hanya manusia biasa yang tidak sempurna ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments



Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Jika dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekali menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments



Surat Seorang Pelajar Tawau Kepada Seorang Guru Kerana Tak Hadir Ke Sekolah.
Walaupun pencerobohan Sulu hanya berlaku di beberapa daerah tetapi daerah lain di Sabah juga kena berhati-hati.

Seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Tawau juga tidak hadir ke sekolah kerana
takut dan dia telah menghantar sepucuk surat kepada gurunya. Mari baca apa sebabnya. Kretif budak ini alasan malas nak sekolah la ini.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Ini adalah salah satu contoh manusia akhir zaham yang bodoh komen kat status facebook macam haram dah takde kerja apa nak jadi dengan manusia sekarang ini ke nak perhatian lebih. Malulah sikit.




Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Cerita ini mengisahkan perjuangan seorang lelaki di mana mencintai dua wanita. Ini merupakan kisah benar yang di tulis semula dalam situasi kejadian seorang wanita. Banyak pengajaran dapat di ambil dan gaya penulisan cerita juga cukup menarik hati setiap pembaca. Semoga anda terhibur.


Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

JANGAN MENUNGGU duhai sahabat...

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah...
maka kamu akan bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah... 
maka kamu semakin kaya

Jangan menunggu motivasi baru bergerak, tapi bergeraklah...
maka kamu akan bermotivasi

Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang yang lain...
maka kamu akan dipedulikan

Jangan menunggu makan ubat bila sakit. tapi makanlah ubat
maka kamu tidak akan sakit

Jangan menunggu inspirasi baru menulis, tapi menulislah...
maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah...
maka projek akan menunggumu

Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai... 
maka kamu akan dicintai

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang...
percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah...
maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu rajin baru buat kerja, tapi lakukanlah...
maka kamu akan rajin melakukan kerja

Jangan menunggu masa untuk melakukan, tapi lakukanlah sekarang...
maka masa itu pasti kamu boleh lakukan
Share
Tweet
Pin
Share
164 comments
Older Posts



Pengikut

Senarai Blog Saya

  • Diana Rashid
    WARUNG SEPAHTU EPISOD 7
  • Aerill.com™ | Lifestyle
    Makan di Restoran Kai Tod Decha, Hatyai, Thailand
  • Tiara Saphire
    Drama Pujaan Hati Kanda (2018)
  • Mia Liana
    Zipping into More Chocolate and Better Wafer with Cadbury
  • MIZI SEMPOI
    PASTIKAN HIDUP LEBIH SEMPURNA
  • EMAS PUTIH
    Adakah Kitsui Bahaya?

Cari Blog Ini

About me

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sebarang pertanyaan tentang iklan boleh wasap saya http://mizisempoi.wasap.my

NEWSLETTER

Categories

  • anak abah
  • artis
  • Bercuti
  • BERITA
  • bloglist
  • business online
  • cerita
  • gosip
  • IKLAN
  • islam
  • jutawan
  • lawak
  • movie
  • PELIK
  • Sahabatku
  • sedih
  • sukan
  • teknologi

Blog Archive

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes