MENUNGGU ISTERI BERSALIN

by - Januari 18, 2016

Oh tuhan inilah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan pengalaman pertama yang aku ingat sampai sekarang. Seorang suami yang tabah menunggu isteri bersalin. Akhirnya penantian ini memberikan satu erti yang cukup bermakna walaupun di hantui pelbagai rintangan dan cubaan.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Perasaan cemas menyeluri diriku. Aku menatap wajahnya yang tidak bermaya itu. Wajahnya cukup lemah. Aku pegang tangannya erat-erat aku basahkan bibirnya dengan air. Semoga sayang terus tabah abang akan tunggu sayang.

Jam menunjukkan 10pagi bukaan seluas 4cm isteriku dimasukkan ke labor room Setahu aku bukaan yang sesuai untuk lahirkan anak 10cm. Aku masih sabar menunggu. Parasaan dalam benak fikiranku cukup bercelaru. Aku ditemani dengan senior guard disitu. Lama juga kami berbual adalah juga kawan yang temani aku.

Berbekalkan surah yasin aku baca perlahan-lahan. Aku mahukan isteri dan anak ku selamat. Dah la aku tak tau apa keputusan dari tadi hanya berbalas sms je. Bosan juga duduk keseorangan lama juga aku menunggu.

Dari pukul 10pagi tadi dah sampai 4 petang aku tunggu. Bukaannya hanya 6cm. Bukaan rahim masih belum benarkan rahim keluar. Air mata yang aku tahan tiba-tiba mengalir seolah tidak dapat di bendung. Doktor putuskan isteriku perlu dibedah. Aku hanya menganguk tanda faham. Aku jumpa isteriku dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Para doktor tinggalkan aku dan isteri untuk bersama adakah ini kali terakhir aku akan melihat wajah isteriku.

Aku terbayang tiada lagi hari esok untuk kami berdua. Aku tidak mampu bersuara walaupun sepatah dua kata. Isteriku mempunyai kekuatan yang luar biasa dia masih gagah walaupun berpuasa. Masih mampu tersenyum untuk pulihkan semangat aku yang sudah luntur.

"Abang seandainya abang buat pilihan siapakan yang akan abang selamatkan sayang atau anak kita. Abang tolong jawab.. Selamatkan anak kita ye berilah anak kita peluang untuk merasakan dia hidup bahagia walaupun tanpa ibunya di sisi.."

Aku tak mampu jawab soalan isteriku. Aku mahukan isteri dan anakku. Aku mahukan kedua-dua di sisi aku. Aku sayangkan keduanya mustahil aku perlu buat pilihan. Tamat sesi bersama aku dan isteri. Isteri aku di bawa ke bilik bedah. Aku masih berdoa semua selamat.

1 jam sudah berlalu aku masih menunggu di bilik bedah. Aku segera ambil wuduk dan solat semoga Allah ampunkan dosa aku. Mungkin inilah balasan aku ketika masa dahulu. Aku berdoa ya Allah selamatkanlah nyawa isteri dan anakku. Aku sanggup kalau nyawa aku sendiri ditukar ganti.

Seorang bayi keluar muka macam anak cina. Suami Zulaikha aku terdiam eh lupa aku suami Zulaikha mungkin otak bercelaru sampai nama isteri pun lupa huhu. "Ya nurse saya suami Zulaikha" "Tahniah encik dapat baby girl ini anak encik" ya allah comelnya anak aku ingat anak cina sape tadi huhu. "Sekarang encik boleh azan dan iqamat anak encik" "terima kasih nurse macam mana isteri saya" "dia masih di dalam sedang dijahit"

Alhamdulillah semuanya selamat syukur ya allah. Isteri aku dah berjaya keluar dari bilik bedah. Respek dengan isteri aku tak nampak langsung setitis air mata pun keluar dari kelopak matanya. Aku kucup dahinya ucap terima kasih. Terima kasih sayang sebab sanggup berkorban nyawa demi lahirkan zuriat abang.

You May Also Like

4 comments

  1. Setiap kali bersalin sebenarnya sama seperti pengalaman pertama, sentiasa merimaskan' hati dan perasaan..

    BalasPadam
  2. Tahniahhhh.. Ena tak sabar nak tunggu detik2 macam tu tapi kahwin pun dop lagi.. Hahaha mampu melihat membaca pengalaman org lain jela

    BalasPadam
  3. terharu dengar ayat isteri tu.. :)
    memang jiwa seorang ibu mesti nak selamatkan anak walau diri sendiri terpaksa "dijemput" pergi..

    BalasPadam
  4. Hehe sampai terlupa yer suami zulaika.. Apa2 pon stiap anak pasti berdebar.. Tahniahh..

    >>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0