HINANYA KERJA CUSTOMER SERVICE

by - Januari 24, 2016

Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Zhana Zulkifli yang telah bekerja selama 2 tahun di bahagian khidmat pelanggan sebuah syarikat penyiaran terkenal di Malaysia. 


Setelah hampir 2 tahun berkhidmat dengan syarikat penyiaran terulung ni, rasa tergerak hati nak bagi tahu behind the scene customer service call centre ni. Berikut adalah situasi yang sering dialami customer juga pekerja.

Situasi 1

Customer: Hello ni customer service eh. Adoi lamanya nak angkat. Semua tidur ke? Tak buat kerja ke?
Situasi sebenar: Ketahuilah anda kami yang berkerja ni tidak dibenarkan tidak menjawab panggilan lebih dari seminit. Seawal pukul 8 pagi kami menerima panggilan tanpa henti hingga cecah 200panggilan/minit hingga 12 pagi. Waktu rehat hanyalah 1 jam untuk makan dan 30 minit shortbreaks.

Situasi 2

Customer: Kenapa dah potong akaun saya? Tak ada dapat panggilan dan sms pun bagitahu nak potong akaun.
Situasi sebenar: Penghantaran bill sudah dibuat. Semua details jumlah bayaran bulanan, jumlah tertunggak dan due date, billing period dah dinyatakan dalam bil. Tanggungjawab pelanggan adalah MEMBACA.
Sistem layan diri juga boleh guna iaitu SMS, AMSS dan website. Boleh semak sendiri tak perlu tunggu tarikh tamat baru terhegeh-hegeh. Dan pemotongan akaun dilakukan automatik oleh sistem, bukan manusia.

Situasi 3

Customer:  3 hari lepas saya cakap dengan Bedah bt Samad, boleh tak nak cakap dengan dia lagi hari ni. Saya malas nak terang balik.
Situasi sebenar: Dalam sebuah call centre ada beratus-ratus orang. Ada yang nama sama dan kebanyakannya kami tak kenal satu sama lain. Jadi kalau nak minta bercakap dengan orang sama, allow us to send report and get that person to call you back in certain time. 

Sumber : http://thevocket.com/di-balik-tabir-bahagian-customer-service/

You May Also Like

2 comments

  1. Apa pun, customer service memang teruk..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak baik tau ckp mcm tu...husband sy keje CS ni..so sy tahu mcm mn susahnya depa nak handle karenah mcm2 cust..kdg2 dpt cust jenis x phm...CS ni cuma tlg amik report dan gtau kat org berwjib je bukan tlg pegi setelkan masalah tu like pegi buat wiring ke technician ke...so jgn lah maki2 CS ni ye..depa dh jlnkan tgjwb depa...kalo tech yg x buat keje depa x leh buat apa..

      Padam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0