Kenapa anda perlu cuba Bro Char Kuey Teow memeng sedap, Saya siap dari kl datang ke Tanjung Malim untuk rasakan sendiri. Tak rugi kalau nak cuba. Char Kuey Teow ketam RM10 boleh cuba. waktu operasi 6ptg hingga 11mlm.
Terujanya tatkala ingin menimang cahaya mata. Namun disebalik kegembiraan jangan terlepas peluang untuk meraih pahala daripada perkara-perkara sunnah dan spiritual, sehunggalah perkara yang menjamin pertumbuhan emosi, fizikaldan mental anak-anak. Mari kita raikan kehadiran khalifah. Semoga permulaan yang baik ini memandu ke arah tumbesaran yang baik juga. Jom kita semak.
1 Hari
1. Azan dan iqamat
- mengazankan bayi di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.
2. Mentahnik
- Memasukkan sedikit benda manis kebiasaannya kurma ke mulut bayi waktu terbaik adalah sebaik sahaja bayi dilahirkan.
3. Menanam uri dengan segera.
- Sebelum menanam basuh uri dengan air yang mengalir mulakan dengan bismillah, surah al-fatihah dan selawat,
4. Wajib bayar zakat sekiranya bayi lahir sebelum syawal.
5. Menyusukan.
- Sama ada bersalin secara normal atau pembedahan. susu ibu tetap perlu di berikan pada bayi. Semakin cepat bayi menuyusu semakin cepat ibu diransang.
- Islam amat menganjurkan ibu untuk menyusukan anak sehingga dua tahun. Allah berfirman "ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyempurnakan, penyusuan itu..." (Surah al--Baqarah ayat 223)
7 Hari
6. Akikah
- Akikah pada hari ketujuh kelahiran bayi bukanlah harus tetapi satu anjuran. Apabila belum berkemampuan masa akikah boleh dianjakkan.
- Berkenaan dengan jumlah binatang korban. Rasullulah bersabda 'Untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan seekor sahaja." (Riwayat Ahmad) 7. Memberi nama baik
8. Bercukur rambut atau bersedekah emas atau perak
- Mencukur keseluruhan rambut bayi dan bersedekah kepada fakir miskin.
- Rasullulah membuat akikah dengan menyembelih kambing untuk Hassan. Baginda bersabda. "Wahai Fatimah cukurlah kepalanya dan bersedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya. "Riwayat al-Tirmizi)
40 Hari
9. Bekhatan
- Mengkhatankan anak-anak sebelum baligh. Namun ada juga hadis yang mengutamakan supaya khatan dibuat pada awal-awal kelahiran.
- Diriwayatkan kepada Jabir ia berkata "Rasullulah mengakikahkan Hassan dan Hussain serta mengkhatankan mereka pada hari ketujuh." (Riwayat al-Bukhari)
7 Tahun
10. Solat
- Biasakan dengan solat puasa dan menutup aurat di hadapan mahram. Sudah boleh dibiasakan dengan surau atau masjid
11. Tidur
- Asingkan bilik tidur anak dengan ibu bapa
12. Al-quran
- Biasakan dengan ayat suci Al-quran
13. Membaca
- Sudah pandai membaca Al-quran
10 Tahun
14. Hukum
- Dikukum jika meninggalkan solat
15. Pisahkan
- Pisah bilik tidur anak lelaki dan anak perempuan
16. Adab
- Ajarkan adab minta izin apabila masuk ke rumah orang lain
12-15 Tahun
17 Bersih
- Beritahu tanda-tanda baligh dan ingatkan tentang cara bersihkan diri.
18 Khalifah
- Beritahu hak dan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di bumi Allah
Ketika mengandung timbul perasaan tentang fardu ain di benak perasaan isteri. Bayangkan jika isteri merujuk suami. Namun suami tidak dapat merungkaikan permasaalahan tersebut. Jesteru seharusnya ilmu fardu ain perlu di ambil tahu dan difahami sebelum berkahwin lagi. Dalam hal tadi jika suami tidak tahu wajib wujud orang alim.
2. Ajak berbincang
Selain perbincangan selain persiapan anak. Suami juga perlu ajak isteri untuk berbincang persiapan suami isteri tersebut. Antara aktiviti yang wajib untuk isteri ialah membaca al-quran atau mengelakkan daripada berlaku pergaduhan, rungutan dan lenteran di rumah. Jika berlaku pasangan perlu mengingatkan pasangan masing-masing. Jadikan ini amalan tetap di rumah walaupun isteri sudah bersalin.
3. Doa dan solat hajat.
Suami yang romantik ialah suami yang merendahkan diri di hadapan Allah untuk memohon kesejahteraan isterinya. Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan isteri bersusah payah sepanjang mengandung ketika berjuang dalam bilik bersalin. Buat solat hajat untuk isteri insyallah doa suami pada isteri akan dimakbulkan.
4. Beri peluang berehat
ketika trimester pertama kebiasaanya isteri mengalami 'morning sickness' isteri akan keletihan akibat muntah dan kurang selera makan. Ketika ini suami perlu memahami keadaan isteri. Jangan memaksa isteri untuk buat itu ini. Bantu isteri untuk menyelesaikan tugasan rumah yang tidak mampu dilakukan oleh isteri seorang diri. Sekali-sekala urut isteri sambil memberikan semangat dan ucap terima kasih atas mengandungkan khalifah anda bersama.
5. Cuba penuhi permintaan
Tidak salah penuhi permintaan steri yang teringin untuk memakan sesuatu yang lain daripada kebiasaannya. asalkan ia halal dan masih dalam kemampuan suami. Tiada salahnya memberikan yang terbaik kepada isteri kerana makanan tersebut juga akan membantu pembentukan janin. Maksud yang terbaik itu ialah makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk isteri dan anak.
6. Sediakan keperluan
Sejurus selepas mengetahui isteri mengandung beli barang keperluan isteri dan anak secara berperingkat. Elakkan pembaziran dengan membuat senarai semak terlebih dahulu> Jadikan ini sebagai momen indah anda dan pasangan keluar bersama sebelum menjadi ibu dan ayah.
7. Suami serba tahu
Jadilah suami yang berilmu sekalipun dalam hal yang biasanya diketahui wanita. Misalnya apakah tanda-tanda ingin bersalin, bagaimana cara memandikan anak, menyediakn makanan untuk isteri berpantang atau ilmu-ilmu berkaitan penyusuan ibu.
8. Temani isteri untuk pemeriksaan berkala
Pemeriksaan kesihatan penting untuk ibu mengandung. Temani isteri terutamanya jika ia kali pertama disahkan mengandung dan ketika isteri sudah sarat. Apabila suami benar-benar sibuk atau isteri sudah biasa dengan pemeriksaan tersebut, setidaknya tanya perkembangan kesihatan ibu dan anak supaya isteri tahu suami sentiasa ambil berat tentang dirinya.
9. Rasa menyayangi
Fitrah manusia ingin disayangi. Isteri pasti suka jika disayangi suami apatah lagi ketika sedang mengandung dan sering kelihatan. Bagi suami yang sibuk bekerja hubungi isteri melalui telefon, watsup dan lain-lain. Mungkin sekadang menhantar icon senyum atau rindu sebenarnya boleh membuatkan isteri menguntum senyuman.
10. Gembirakan isteri
isteri yang mengandung biasanya lebih emosi ia mudah tersentuh. Sedih yang keterlualuan tidak baik untuk ibu kerana boleh memberikan kesan buruk kepada kandungan. Suami perlu memahami perasaan isteri sebelum bertindak melulu atau setidaknya elakkan daripada menyebabkan isteri bersedih dengan sikap suami.
Seorang suami yg membawa tembikai khas untuk isteri tersayangnya.
Suami: kenapa kamu bersedih isteriku.
Isteri: abg rasa sy nak tembikai yg manis ke tawar.
Lalu suami tersenyum
Suami: sayang rasa penjual nak jual yg manis ke yg tawar
Isteri: yg manis
Suami: peniaga yg jual pd penjual nk jual yg manis ke yg tawar
Isteri: mestilah yg manis
Suami: pekebun nak jual yg manis ke yg tawar
Isteri: yg manis :(
Suami: begitulah semua mahukan yg manis. Dlm hidup kita semua mahukan yg manis. Tetapi kita kena ingat kita kena bersyukur. Jgn sbb kita nk yg manis kita salahkan penjual, peniaga dan pekebun mahal kita salahkan allah pulak jadikan tembikai itu tawar sekadar peringatan.
Akhirnya suami isteri tersebut mkn tembikai itu dgn pelahapnya..
2nd.mampu. bukan mampu duit aje tau. Mampu duit ramai org pun mampu sekarang.. mampu dari segi menjalankan tanggungjawab. Bukan jimakkk aje tanggungjawab kau. Kau search "tanggungjawab suami dalam islam" DALAM ISLAM ! bukan ikut adat. Sediakan pakai minum.kalau bini xboleh mengemas rumah, WAJIB SUAMI SEDIAKAN PEMBANTU. Kalau bini xnk makan WAJIB SUAMI SUAPKAN MAKANAN. Besau tanggungjawab suami ni tau. Yela, kau dah amik alih tanggungan daripada bapak si isteri. Bapak dia suapkan dia masa kecik, basuk berak kincing dia. Sedia pakai minum dia. Wah kau alih tanggung jawab, kau pikir, kau jimak, bagi duit, bagi tmpt tinggal dah cukup? Ingat anak kuceng? Bab tanggung jawab memang antara paling besar dalam POLIGAMI. Malas nak taip panjang2 bnyk naw details..
3rd.mmg sunnah nabi kawen lebih dari 1. Tp korang tau tak setia pada bini pun sunnah jugak. Nabi setia pada isteri pertamanya selama 25thun tau..*xsilap la, sila beri tunjuk ajar kalau salah* isteri yg lain tu, selepas isteri pertama dia meninggal baru dia kawen lain. Sunnah tu kau xnk ikot pulak? Kau ikot sunah ikut sedap ngkau aje ye? Lepastu, bini dia yg lain janda2 bekas isteri para syahid, yg ada anak berderet dll utk membantu wanita2 tu survive. Sekarang? Kawen nak lobang muda ketat & bergetah.kan? Bini sndiri kau xnak jaga, kedekut bagi duit utk bini belanje penjagaan diri, tp nak cari lain. Mmg terkutuk org mcm ni.
4th. Adil. Yeah, kau ingat senang nak jadi adil kalau dah ade 2 3 4 org yg sayang, kau nak melayan dengan adil tu. Ape yg bini no4 dapat bini 1 2 3 kene dapat. Bini no3 dpt rumah, 1 2 4 dapat rumah jugak. Bini no 2 dapat kete, bini 1 3 4 dapat kete jugak. And kena SAMA NILAI ! xboleh ada yg murah yg mahal.. TAK ADIL NANTI. Duit belanja dapur & belanja utk bini lg semua kena dpt. Kalau bini no 1 xdpt duit belanja, semua tak boleh dpt duit belanjaaaa...Turn tidur malam.. haa, kalau bini mau, kau letih takamau, kira hutang tau.. apa hukum kalau tak bayo hutang? Menambah parah kau..bab adil pun panjang berjelaaa mcm tanggungjawab.
So pk bnyk2 kali. Sbb kau kena jaga hati semua bini kau nanti. Itu sebab rumah kena asing2. Bini cemburu, tak senang, kau kena tanggung jugak.. hewhewhew..
Banyak lagi.. so, bila baca ciri2 org layak berpoligami ni, kena fikir secara mendalam & sanggup ke kau nak mengaharungi cabaran2 besaaarrr berpoligami. Bukan baca guna anu, ada harta sikit, bini lembik sikit, dah kompem boleh kawen lain? No no no..
Eh, mcm dah lari topik je dari gambar. Haha.. dalam gambar tu pulak, sila baca guna mata & akal. Bukan mata je. Org bujang melambak lagi.. then, bukan kau snag2 bagi duit mcm tu utk laki tu kawen. Kau tolong le dari segi dapatkan info barang murah ke..venue yg murah n menarik ke..katering yg murah n sedap ke.. ingat dia nak sgt duit kau.. jatuh ego laki kot nak kwen pakai duit org lain.. kalau betul kau nak bagi, mesti dia malu giler and terpaksa terima kalau betul2 terpaksa. Kot la, tak tau la laki zaman sekarang tak tau malu kann.. hehehe
Ini merupakan kisah benar suaminya yang terlibat dalam kemalangan motosikal mengahrungi hidup bersama isteri tercinta ikuti kisah ini.
Abang bertembung dengan motor lain,jatuh atas jalan,Abang tak boleh bangun sebab kaki Abang tak boleh bergerak. Sebuah lori tak sempat brek,lalu atas Abang. Abang nampak segalanya gelap,Abang dengar bunyi kuat dari lori,Abang sedar yang Abang betul2 bawah lori tu. Masa tu Abang tawakal sama ada mana2 bahagian badan Abang mungkin digilis lori. Abang terbayangkan Sayang & anak2.
Sekelip mata Abang nampak cahaya terang,Abang nampak langit. Lori dah melepasi Abang. Ada orang terus tarik Abang ketepi bahu jalan. Abang tahan sakit yang amat sangat. Tak lama.Abang nampak kereta Sayang lalu.
Abang nak tahu macamana Sayang masa tu? Sayang dapat call dari Kak jiah
Kak jiah: Adda,maman jatuh motor
Adda: Jatuh kat mana?
Kak Jiah: Area glenmarie
Talian terputus.. kemudian call semula
Kak jiah: Adda,maman kena langgar
Adda: Ok
Masa tu Sayang tak rasa panic,tak tahu kenapa. Sayang masih tenang.
Sayang terus drive menghala tempat Abang kemalangan. Dari jauh Sayang nampak motor Abang sebelah kanan jalan. Jalan hampir sesak.Sayang cuba mencelah dicelahan kereta. Sayang nampak Abang sebelah kiri jalan,tersandar.
Sayang minta orang ramai angkat Abang masuk dalam kereta. Sayang pecut laju. Semasa drive,Sayang tak menangis tapi seluruh tubuh Sayang menggigil. Sayang tanya Abang banyak kali, "Macamana Abang bawa motor sampai boleh accident",Abang diam je. Abang menahan sakit.
Sayang teruskan drive, jam hampir 8pagi,jalan agak sesak. Sayang drive laju,mencelah selagi boleh.
Sampai juga depan hospital. Abang terus masuk red zone. Abang diam tak bersuara menahan sakit.
Doctor bergegas buat rawatan,fizikal Abang tak ada luka walau sedikit. Abang jalani Xray,tulang kaki kanan Abang patah. Jam 10pagi lebih kurang,doctor cakap kaki Abang membengkak.
Doctor aturkan CT scan,salur darah dikaki Abang putus. Doctor cakap perlu transfer HKL kerana sini tak ada pakar untuk operations ni. Doctor cakap sebelum jam 1tengahri kena buat operations kalau tak,kaki Abang mesti dipotong. Sayang terus lemah longlai menyembah bumi.
Doctor cakap tunggu ambulance,ambulance tak ada. Jam dah hampir 1tengahari,Sayang sempat bisik ditelinga Abang,apapun jadi lepas ni kita kena redha. Jam 1tengahari baru kita bergerak dari HTAR. Dalam ambulance,oksigen Abang drop,tekanan nadi slow.
Masa tu hujan lebat sangat,jam 1.30t engahari sampai HKL. Doctor pakar terus merawat Abang. Ibu kena keluar sekejap,tiba2 doctor panggil Sayang. Sayang nampak Abang tahan airmata.
Sayang tanya doctor,"Macamana doctor?" Doctor terangkan situasi & next step. Sayang tengok kaki Abang sudah mula membengkak,hitam,tiada darah mengalir. Sayang genggam tangan Abang,Sayang senyum,tiada airmata mengalir,Sayang tahan emosi. Sayang masih tersenyum,Abang tanya, "Macamana Sayang?". Sayang cakap,kita kena redha,macamana pun keadaan Abang nanti,Sayang tetap bersama Abang" Abang cakap,"Abang masih nak bersama Sayang & anak2". Abang terus buat keputusan,"baiklah doctor potong je kalau itu yang terbaik"
Tapi Abang tak terus di operations,Abang kena berpuasa dulu.
Masa tu Anaqi masih menyusu badan,dalam kekusutan tu Sayang masih berusaha untuk perah susu demi Anaqi. Sayang asyik fikirkan anak2 je.
Didalam wad,Abang menahan sakit. 4x doctor cucuk morfin. Doctor tak boleh bagi lebih takut effect teruk. Setiap masa Abang minta air tapi doctor tak bagi minum,Sayang basahkan bibir Abang dengan air sikit2. Sayang tak mampu tengok Abang kesakitan. Sayang ajak Abang beristighfar sama2 hingga akhirnya Abang terlena. Kesakitan terhenti seketika. Jam 1pagi Abang dibawa ke dewan bedah.
Sayang menanti dengan kesabaran. Sayang tertidur atas lantai depan dewan bedah. Jam 5pagi Abang keluar dari dewan bedah,Sayang nampak keadaan Abang disebalik selimut yang menutupi Abang.
Ada kekurangan disitu. Lagi sekali Sayang longlai. Sayang kuatkan semangat. Sayang disisi Abang setiap saat. Jam 10pagi Sayang kejutkan Abang,Abang masih mamai. Sayang cuba tahan sebak & airmata,Sayang tak nak Abang nampak kesedihan itu. Selepas 72jam Abang operations,Abang nak buang air besar. Abang nak.pergi tandas tapi tak boleh,Sayang suruh Abang pakai potty tapi Abang tak nak. Akhirnya Sayang pakaikan Abang pampers. Hehe.. kelakar dah macam Aisy & Anaqi.
Lepas tu Abang tanya Sayang,macamana nak cuci ni? Sayang kan ada,Sayang lah yang cuci. Kita sama2 tahan sebak. Allah eratkan hubungan kita dengan cara yang indah cmni. Hari keenam Abang dihospital,Sayang dah mula bekerja,Sayang berulang alik dari KL ke Klang,masa Sayang tengah kerja Abang call Sayang,Abang nak buang air kecik,Abang malu nak minta bantuan orang lain.
Abang menangis call Sayang,minta Sayang balik cepat,Sayang bergegas balik tinggalkan kerja. Jalan sesak. Abang call jerit2,Abang cakap,"Abang perlukan Sayang,tolong lah cepat!". Abang asyik call,Sayang menangis dalam kereta. Sampai hospital,Sayang berlari naik tangga,sebab lift lambat. Sayang tersungkur kat tangga. Sayang bangun,lari lagi,nak cepat sampai kat Abang. Sampai je katil,Abang cakap Abang dah minta uncle tu tolong. Abang siap senyum2 lagi. Sayang rasa nak lambung je Abang.. Haha..
Lama juga lah Abang ambil masa untuk pulihkan semangat & emosi. Sayang juga belajar untuk kawal emosi. Sayang jadi lebih tabah & sabar.Indahkan Abang aturan hidup kita sebagai suami isteri. Mudah2an kita kekal ke Jannah. Hanya kita yang memahami antara satu sama lain. Orang hanya mampu berkata2,sebaliknya kita yang merasa.
Terima kasih Allah!
#bab mengigil 1 badan..aku penah lalui masa aku xcdent.mmg truk..bdoa agar di panajngkan umur..alhamdulilah..sekarang saya dah kembali sihat...
Kita sangka suami atau isteri kepunyaan kita. Hakikatnya mereka bukan kita punya. Mereka Allah pinjamkan buat kita. Amanah untuk dicintai dan dipimpin atau diikuti untuk ke syurga Allah.
Sebab kita terlalu sayang katanya. Tetapi kita lupa yang meletakkan sayang dalam hati kita ialah Allah. Sehingga kita lupa tuhan yang memberi sayang. Tiada tuhan melainkan Allah. Hakikatnya dia sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. Allah sayang kita.
Kita mahu pasangan kita mengikut cara hidup kita. Sebenarnya cara hidup yang berjaya dan bahagia ialah cara hidup Nabi saw. Itulah bahagia. Perkara selain dari itu kita bertolak ansur.
Kita inginkan bahagia. Kita buat pelbagai perkara tetapi terlupa Allah letak bahagia bila bawa perintah Allah dan sunnah Nabi saw.
Cinta ialah memberi bukan menuntut. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita tak dapat mencerminkan apa yang kita enggan beri..berlumba beri khidmat kerana Allah dan bukan harapkan balasan dari pasangan pun.
Syukur rahsia bahagia dalam sebuah rumahtangga. Tanpa syukur segalanya hilang. Jangan lihat apa yang kita ada. Tapi lihat siapa yang beri semua ini..kenapa di beri.
Menarik rahmat Allah. Rahmat, ketenangan, bersama kita bila jaga solat awal waktu. Lelaki berjemaah. Baca Al -Quran, zikir, tahajud sama-sama, buat Talim rumah.
Bersama-sama berjuang di jalan Allah. Bila letak cinta pada membangunkan Islam. Melihat mata pasangan pun memberi erti berbeza. Memegang jari pun mmberi makna. Itulah cinta keranaNya.
Saling berdoa diwaktu malam dengan air mata buat pasangan. Itulah akhirnya di dunia tapi permulaan kehidupan syurga selamanya.