RAIKAN KELAHIRAN KHALIFAH

by - Disember 27, 2015


Terujanya tatkala ingin menimang cahaya mata. Namun disebalik kegembiraan jangan terlepas peluang untuk meraih pahala daripada perkara-perkara sunnah dan spiritual, sehunggalah perkara yang menjamin pertumbuhan emosi, fizikaldan mental anak-anak. Mari kita raikan kehadiran khalifah. Semoga permulaan yang baik ini memandu ke arah tumbesaran yang baik juga. Jom kita semak.

1 Hari
1. Azan dan iqamat
- mengazankan bayi di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.
2. Mentahnik
- Memasukkan sedikit benda manis kebiasaannya kurma ke mulut bayi waktu terbaik adalah sebaik sahaja bayi dilahirkan.
3. Menanam uri dengan segera.
- Sebelum menanam basuh uri dengan air yang mengalir mulakan dengan bismillah, surah al-fatihah dan selawat,
4. Wajib bayar zakat sekiranya bayi lahir sebelum syawal.
5. Menyusukan.
 - Sama ada bersalin secara normal atau pembedahan. susu ibu tetap perlu di berikan pada bayi. Semakin cepat bayi menuyusu semakin cepat ibu diransang.
- Islam amat menganjurkan ibu untuk menyusukan anak sehingga dua tahun. Allah berfirman "ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyempurnakan, penyusuan itu..." (Surah al--Baqarah ayat 223)

7 Hari
6. Akikah
- Akikah pada hari ketujuh kelahiran bayi bukanlah harus tetapi satu anjuran. Apabila belum berkemampuan masa akikah boleh dianjakkan.
- Berkenaan dengan jumlah binatang korban. Rasullulah bersabda 'Untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan seekor sahaja." (Riwayat Ahmad)
7. Memberi nama baik
8. Bercukur rambut atau bersedekah emas atau perak
- Mencukur keseluruhan rambut bayi dan bersedekah kepada fakir miskin.
- Rasullulah membuat akikah dengan menyembelih kambing untuk Hassan. Baginda bersabda. "Wahai Fatimah cukurlah kepalanya dan bersedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya. "Riwayat al-Tirmizi)

40 Hari
9. Bekhatan
- Mengkhatankan anak-anak sebelum baligh. Namun ada juga hadis yang mengutamakan supaya khatan dibuat pada awal-awal kelahiran.
- Diriwayatkan kepada Jabir ia berkata "Rasullulah mengakikahkan Hassan dan Hussain serta mengkhatankan mereka pada hari ketujuh." (Riwayat al-Bukhari)

7 Tahun
10. Solat
- Biasakan dengan solat puasa dan menutup aurat di hadapan mahram. Sudah boleh dibiasakan dengan surau atau masjid
11. Tidur
- Asingkan bilik tidur anak dengan ibu bapa
12. Al-quran
- Biasakan dengan ayat suci Al-quran
13. Membaca
- Sudah pandai membaca Al-quran

10 Tahun
14. Hukum
- Dikukum jika meninggalkan solat
15. Pisahkan
- Pisah bilik tidur anak lelaki dan anak perempuan
16. Adab
- Ajarkan adab minta izin apabila masuk ke rumah orang lain

12-15 Tahun
17 Bersih
- Beritahu tanda-tanda baligh dan ingatkan tentang cara bersihkan diri.
18 Khalifah
- Beritahu hak dan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di bumi Allah
 
 

You May Also Like

4 comments