Lampi adalah sejenis manusia yang lambat pickup dan sukar nak memahami sesuatu situasi. Sama ada perkara tersebut adalah bahan lawak atau tidak. Ada sesetengah orang dalam 2 saat boleh faham tetapi kadang kala masa di ambil mungkin lebih 10 ke 20 saat. Paling sedih pemahaman yang difikir dari sudut lain. Sebagai contoh nak cuci lantai pakai shampoo apa. Orang lampi akan fikir eh lantai pun ada rambut nak pakai shompoo. Kalau korang faham korang tak lampi. Kalau 5 saat korang da faham alhamdullillah tak lampi la tu. Jangan risau lampi bukan sejenis penyakit yang kritikal. Orang lampi boleh berfikir jauh lebih baik dari orang tak lampi cuma perlu masa loading lama sikit je.Boleh baca luahan hati di bawah ini. Kalau rasa diri itu tak lampi.
1. Beri ilmu atau ingatan tentang fardu ain.
Ketika mengandung timbul perasaan tentang fardu ain di benak perasaan isteri. Bayangkan jika isteri merujuk suami. Namun suami tidak dapat merungkaikan permasaalahan tersebut. Jesteru seharusnya ilmu fardu ain perlu di ambil tahu dan difahami sebelum berkahwin lagi. Dalam hal tadi jika suami tidak tahu wajib wujud orang alim.
2. Ajak berbincang
Selain perbincangan selain persiapan anak. Suami juga perlu ajak isteri untuk berbincang persiapan suami isteri tersebut. Antara aktiviti yang wajib untuk isteri ialah membaca al-quran atau mengelakkan daripada berlaku pergaduhan, rungutan dan lenteran di rumah. Jika berlaku pasangan perlu mengingatkan pasangan masing-masing. Jadikan ini amalan tetap di rumah walaupun isteri sudah bersalin.
3. Doa dan solat hajat.
Suami yang romantik ialah suami yang merendahkan diri di hadapan Allah untuk memohon kesejahteraan isterinya. Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan isteri bersusah payah sepanjang mengandung ketika berjuang dalam bilik bersalin. Buat solat hajat untuk isteri insyallah doa suami pada isteri akan dimakbulkan.
4. Beri peluang berehat
ketika trimester pertama kebiasaanya isteri mengalami 'morning sickness' isteri akan keletihan akibat muntah dan kurang selera makan. Ketika ini suami perlu memahami keadaan isteri. Jangan memaksa isteri untuk buat itu ini. Bantu isteri untuk menyelesaikan tugasan rumah yang tidak mampu dilakukan oleh isteri seorang diri. Sekali-sekala urut isteri sambil memberikan semangat dan ucap terima kasih atas mengandungkan khalifah anda bersama.
5. Cuba penuhi permintaan
Tidak salah penuhi permintaan steri yang teringin untuk memakan sesuatu yang lain daripada kebiasaannya. asalkan ia halal dan masih dalam kemampuan suami. Tiada salahnya memberikan yang terbaik kepada isteri kerana makanan tersebut juga akan membantu pembentukan janin. Maksud yang terbaik itu ialah makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk isteri dan anak.
6. Sediakan keperluan
Sejurus selepas mengetahui isteri mengandung beli barang keperluan isteri dan anak secara berperingkat. Elakkan pembaziran dengan membuat senarai semak terlebih dahulu> Jadikan ini sebagai momen indah anda dan pasangan keluar bersama sebelum menjadi ibu dan ayah.
7. Suami serba tahu
Jadilah suami yang berilmu sekalipun dalam hal yang biasanya diketahui wanita. Misalnya apakah tanda-tanda ingin bersalin, bagaimana cara memandikan anak, menyediakn makanan untuk isteri berpantang atau ilmu-ilmu berkaitan penyusuan ibu.
8. Temani isteri untuk pemeriksaan berkala
Pemeriksaan kesihatan penting untuk ibu mengandung. Temani isteri terutamanya jika ia kali pertama disahkan mengandung dan ketika isteri sudah sarat. Apabila suami benar-benar sibuk atau isteri sudah biasa dengan pemeriksaan tersebut, setidaknya tanya perkembangan kesihatan ibu dan anak supaya isteri tahu suami sentiasa ambil berat tentang dirinya.
9. Rasa menyayangi
Fitrah manusia ingin disayangi. Isteri pasti suka jika disayangi suami apatah lagi ketika sedang mengandung dan sering kelihatan. Bagi suami yang sibuk bekerja hubungi isteri melalui telefon, watsup dan lain-lain. Mungkin sekadang menhantar icon senyum atau rindu sebenarnya boleh membuatkan isteri menguntum senyuman.
10. Gembirakan isteri
isteri yang mengandung biasanya lebih emosi ia mudah tersentuh. Sedih yang keterlualuan tidak baik untuk ibu kerana boleh memberikan kesan buruk kepada kandungan. Suami perlu memahami perasaan isteri sebelum bertindak melulu atau setidaknya elakkan daripada menyebabkan isteri bersedih dengan sikap suami.
zam zam ala kazam harap2 la tersenarai dalam bloglist blogger baru hasrulhassan.com cepat sebelum terlambat tarikh tutup 16 oktober 2015. Klik banner di atas untuk ke link beliau..
Assalamualaikum. Semoga amalan diterima Allah s.w.t. Walhamdulillah Marilah kita mengingatkan diri kita yang lupa dan lalai ini fatwa kita berada dalam genggaman Allah sepanjang masa, maka kita perlu ingat ancamanNya dan azabNya. Janganlah kita berperasan seolah tidak bersalah atau menganggap sudah terampun. Kita memang berharap dan terus berdoa dan berusaha menjadi muhsin, yakni seorang yang suka membuat kebaikan dengan harapan Allah akan menyukainya. InsyaAllah walhamdulillah wa ameeen
DOA HARI INI
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami. Dorongkanlah kami untuk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.
Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang halal, rumahtangga yang bahagia , zuriat yang soleh, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Kami memohon ampun ke atas segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa anak isteri kami, kaum keluarga kami dan dosa sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana sahaja mereka berada.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal Alamin.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِـــــــيمِ
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ٍ
ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam..
Tiada henti mengucap syukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barkah yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah Ya Jaliilu,Tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yang Engkau halangi.
Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha- pemurah lagi maha penyayang., kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat yang telah Engkau berkati.
Ya Allah Ya Ghofur,Ampunilah kami, kasihanilah kami, luaskanlah kami dan angkatlah darjat kami, limpahkanlah rezeki kepada kami.Berilah kami petunjuk dan kesihatan, berilah keampunan kepada kami.
Ya Allah,
Hanya kepada-Mu kami berpasrah diri.
Barang hantaran ni penting biasanya orang lelaki balas 7 orang perempuan akan balas 9. Tetapi itu kalau ikut adat la sepatutnya. Ada orang biasa bagi perfium, buah, kasut, telekung atau sejadah supaya penerima itu insaf bila dapat dan mendekatkan diri pada Allah. Ini ada 4 hantaran yang korang rasa sesuai ke jadi hantaran korang pikirlah sendiri ye..
Duhai Adam,
Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok.
Kenapa?
Ini kerana
Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,
Supaya aku menjadi penutup kelebihanmu,
Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.
Dan,
Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin bengkok.
Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..
Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
Wahai Adam, mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.
Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu
Kata Cinta :
Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.