Posts

Showing posts from April, 2015

SUAMI KENA SABAR

Image
Suami kena bersabar dan terus bersabar. Namun jangan sampai isteri pijak kepala suami pula. Mungkin anda pernah dengar orang lelaki berkata, "Aku tak pahamlah perempuan ni!"atau "Perempuan sangat complicated!" Hal ini disebabkan, wanita yang pada mulanya ceria tetapi tiba-tiba boleh bertukar moody. Tidak ada ribut terus merajuk, bengang dan sebagainya. Sebenarnya, kaum hawa bukanlah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang diluahkan oleh wanita bersebab. Hanya kadang-kala susah untuk mereka meluahkan dengan kata-kata. 

Berikut di bawah ini, 7 perkara yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi sebagai suami anda perlulah memahaminya. 

1. Isteri perlukan kasih sayang

Kaum hawa segan hendak cakap walaupun pada suaminya sendiri bahawa dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda ambil peduli dengan apa yang berlaku disekelilingnya. 

2. Isteri bosan

Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Ban…

PESANAN BUAT SUAMI

Image
PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA

1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Kalau nak …

MAKSUD ANAK PANAH DALAM HATI

Image
Anak panah tu maksud dia begitu sakit terkena panah hingga tidak terasa sesuatu kepedihan begitu cinta allah yg membuat manusia terasa gila dan rasa sakit itu berubah menjadi kenikmatan.

Bagaimana sesuatu cinta ditafsirkan dan cinta memotivasikan diri manusia yang dipenuhi warna kehidupan terpulang diri sendiri untuk mencorakkan. Cinta pada allah sebagai contoh manusia yang berjihat dan beribadat pada ketaatan allah dan cinta ibu kepada anaknya pula melihatkan kesungguhan ibu dalam kasih sayang kecintaan pada anaknya.
bersambung...

PJJ -Percintaan Jarak Jauh

Image
Isteri: Hahh?? Abang kena kerja Melaka. Alaaaaaaaa jauhnyaaaa.. Pastu macamana dengan Ina nanti kalau Abang tak ada. Ina nak ikut. Ina nak ikut!
Suami: Haish sayang nak ikut macamana. Nanti siapa nak mengajar kat sekolah tu? Lagipun semua student-student Ayang kan sayang dekat ayang. Kesian dekat student Ayang tak dapat jumpa cikgu kesayangan mereka.
Isteri: Ooooo maknanya Abang tak nak jumpa Ina dah la ni? Sebab tu tak bagi Ina ikut sekali kan?
Suami: Hahaha bukanlah sayang. Bukan begitu maksud Abang. Ayang kan cikgu. Lagipun tak kan Ayang nak berhenti kerja kan. Kalau nak minta pindah pun bukannya boleh dapat dalam masa terdekat ni sayang. Ala KL dengan Melaka bukan jauh pun.
Isteri: Memanglah tak jauh.. Tapi macamana nanti kalau Abang suka dekat perempuan sana masa Ina tak ada? Hmmmm *Buat buka merajuk*
Suami: Ishh mana adalah sayang. Ayang ni fikir bukan-bukan je. Abang sayang dekat isteri abang yang ni sorang ni je.. *Sambil cubit pipi Ina*
Isteri: Yela. Abang duk Melaka sorang-sorang.…

ASTANA ERA MEWAH

Image
Terima kasih pada astana era mewah yang cukup memberikan suasana yang sungguh menarik. Perjalanan kereta berhiasa. Makan pun sedap puas hati. Harga pun berpatutan. Bagi yang ingin melansungkan hari perkahwinan saya sarankan astana era mewah paya jaras sg buloh adalah tempat terbaik pilihan anda. Boleh terus pm ke facebook beliau. 
https://www.facebook.com/astanaeramewah
http://www.broframestone.com/tag/tarmizi-mizi/

SELAMAT PENGANTIN BARU

Image
Selamat pengantin baru untuk pasangan blogger mizi dan iffah telah selamat di ijabkabulkan di surau saujana impian pada 4.4.2015. Perkenalan dalam alam maya dunia blogger merupakan titik percintaan pasangan ini yang akhirnya berjaya mendalami cinta di hati masing-masing.
Dengan sekali lafaz mizi sah menjadi suami kepada iffah. Ciuman dahi isteri tanda kasih dan sayang di sambut 7 berbalas 9 dulang hantaran. Gelang dan cincin sebagai ikatan yang mereka sah menjadi suami isteri.
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan2 yang banyak membantu menjayakan program ini. Terutama rakan-rakan blogger, bff yang banyak beri dorongan dan tunjuk ajar sepanjang perjalanan memikat hati. Kini buku pencuri hati telah berjaya siap.

GOOGLE TERBALIK

Image
Agak pelik sebab kenapa google buat perubahan dengan terbalikkan pencarian mesin google. Ini adalah salah satu yang cara google melakukan perubahan menarik perhatian pengguna. Anda juga boleh menaip di kotak google. selalu domain mesti berakhir dengan dot com atau dot my di belakang tetapi google buat website baru dot google di belakang. Mungkin akan datang ramai yang boleh guna dot google pulak cuba buka website ini com.google.