Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

PEMALAS MANUSIA

Imej
Punyalah pemalas sampai nak buat kerja pun kena tidur ke. Tapi best gak macam ini bayangkan kalau opis aku macam ini buat kerja sambil tidur hehe. kalau keybord warrior suka la benda macam ini senang nak online sambil tidur.

kita selalu fikir

Imej
Kita selalu fikir ada manusia yang lebih baik daripada kita yang sempurna dari segenap sudut.

Kita selalu sangka yang nasib diri ini tidaklah secerah dan sebagus orang lain.

Bila terlalu kecewa kita terus menyalahkan takdir 'kenapalah nasib aku macam ni?', 'kan bagus aku jadi macam dia semua benda dia minta mesti dapat'.

Menyalahkan takdir ibarat menyalahkan tuhan. Aku percaya tuhan itu maha adil. Manusia suka mencari kesempurnaan tetapi hakikatnya makin dicari kesempurnaan makin dia sedar yang kesempurnaan itu hanya milik tuhan.

Kita tak boleh jadi sempurna secara keseluruhannya.

Ada yang kaya tetapi sakit.

Ada yang kaya, sihat tetapi tiada masa.

Ada yang kaya, sihat serta punya masa tetapi jauh dari agama.

Ada yang beragama perasan sempurna tetapi stereotaip dengan manusia yang jauh dari kasih sayang tuhan.

Ada yang jahil tetapi tidak putus-putus mencari jalan menuju tuhan.

Ada yang sangka dirinya sempurna tetapi lupa untuk bersyukur.

Kalau mahu sempurna, sempurna y…

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

Imej
As-Salam [Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]
Hadiah : RM50 Cash x 10 pemenang Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015
Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih ni disponser oleh Emas Putih  , Zul Azizi Typical MommySyira Lokman , Cik Imm , Syiera Budak SepetYaya Natsumi , Azaniss , Fuza Musa

Kasih sayang cikgu

Imej
Pada suatu hari disekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai " KASIH SAYANG ".

PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?

CIKGU : Baiklah, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput dihadapan kamu. Pilih rumput YANG PALING cantik tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas.

Pelajar itu pun bergegas keluar dari kelas dan cuba mencari rumput YANG PALING cantik itu. Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru tersebut pun bertanya kepada pelajar itu.

CIKGU : Kenapa tiada sehelai rumput pun yang dipilih dan dipetik oleh kamu ?

PELAJAR : Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput YANG PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik YANG PALING …

KELUARGA BAHAGIA

Imej
Baru-baru ini saya menghadiri satu ceramah keluarga sunnah yang cukup memberi impak kepada diri saya. Walaupun rm150 yang kita beri tetapi kesan yang kita dapat insyaallah akan membawa kita ke akhirat. Ramai yang kurang pasti tentang alam dunia yang hanya sementara. Sedangkan alam akhiratlah alam kekal yang harus kita kejar.
Sahabat rasullulah mempunyai beribu pokok tamar tetapi beliau telah berjaya menukar pokok tamar beliau dengan hanya satu pokok tamar di syurga ini membuktikan nilai pokok tamar di syurga jauh lebih mahal kalau dibandingkan pokok tamar di atas dunia.
Kita selalu bangga dengan pangkat dan darjat disayangi oleh orang tetapi kita tidak sedar tidak cukup perasaan sayang pada manusia jika Allah tidak sayang pada hambanya. Saya sayang kerana Allah itulah perkara yang perlu dititik beratkan sayang kerja kerana Allah sayang isteri kerana Allah dan sayang anak kerana Allah. Semoga program ilmiah ini dapat diteruskan di masa akan datang.




SAYANGLAH SUAMI ANDA

Imej
Antara salah satu sebab penceraian adalah konflik rumah tangga. Mungkin suami kurang pendapatan kalau nak di banding isteri tetapi syukurlah pada suami yang banyak berkorban untuk anda selama ini. Tak perlu ungkit setiap apa yang anda korbankan. Suami juga bukanlah nafkah sahaja yang perlu di beri tetapi tanggungjawab pada Allah juga penting.

Dekat bawah ini satu contoh konflik rumah tangga. Isteri sudah rasa tidak hormat pada suami. Kalau suami buat silap tegur baik-baik bukan maki x tentu pasal. Dia pun manusia ada perasaan. Kalau tak suka cuba bawa bincang baik-baik isyaallah Allah akan tolong hambanya.




KENAPA NAK SENTAP

Imej
KENAPA SENTAP??

Kadang-kadang tutur kata kita membuatkan jiwa dan perasaan hati mungusik emosi dalam jiwa. Memang menjadi sifat manusia mempunyai perasaan.

Kerana, bagi saya, HATI adalah elemen penting. Kerana itu, kebanyakan topik yang saya sering bicara dan kupas, adalah perkara yang amat berkait rapat dengan hati.

Seterusnya, saya nak menerangkan sesuatu perkara, iaitu tentang dakwah HIKMAH.

Saya nak utarakan kepada korang semua, apakah itu hikmah??

Adakah hikmah bermaksud dakwah dengan cara lembut? Jika hikmah ialah lembut, bermakna, adakah nabi dan sahabat tidak hikmah kerana mereka berperang? Adakah Abu Bakar tak hikmah kerana menampar pipi Umar Alkhattab? Adakah Umar yang terkenal dengan garang dan tegas tidak hikmah?

Hakikatnya, hikmah ialah menegur mengikut suasana dan keadaan! Jika keadaan ketika itu perlu lembut, kita lembut. Kalau time tu perlu agresif, kita agresif. Kalau time tu perlu diam, kita diam. Kalau time tu perlu kasar dan tegas, kita kasar dan tegas!!

Bahkan, &…