KENAPA NAK SENTAP

by - Mac 06, 2015

KENAPA SENTAP??

Kadang-kadang tutur kata kita membuatkan jiwa dan perasaan hati mungusik emosi dalam jiwa. Memang menjadi sifat manusia mempunyai perasaan.

Kerana, bagi saya, HATI adalah elemen penting. Kerana itu, kebanyakan topik yang saya sering bicara dan kupas, adalah perkara yang amat berkait rapat dengan hati.

Seterusnya, saya nak menerangkan sesuatu perkara, iaitu tentang dakwah HIKMAH.

Saya nak utarakan kepada korang semua, apakah itu hikmah??

Adakah hikmah bermaksud dakwah dengan cara lembut? Jika hikmah ialah lembut, bermakna, adakah nabi dan sahabat tidak hikmah kerana mereka berperang? Adakah Abu Bakar tak hikmah kerana menampar pipi Umar Alkhattab? Adakah Umar yang terkenal dengan garang dan tegas tidak hikmah?

Hakikatnya, hikmah ialah menegur mengikut suasana dan keadaan! Jika keadaan ketika itu perlu lembut, kita lembut. Kalau time tu perlu agresif, kita agresif. Kalau time tu perlu diam, kita diam. Kalau time tu perlu kasar dan tegas, kita kasar dan tegas!!

Bahkan, 'tidak hikmah' pula sebaliknya ketika waktu tegas dan lantang bersuara kita diam. Ketika perlu lembut dan diam kita agresif dan lantang. Itulah namanya tak hikmah!!

Bermakna, hikmah bukan bermakna lembut semata-semata.

Lagi satu, saya nak timbulkan persoalan:

“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara lembut??”

“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara tegas??”

“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara lawak??”

“Apakah yang akan terjadi, andai semua pendakwah berdakwah dengan cara serius??”

Bagi saya, andai dakwah ini hanya lembut sahaja, atau dakwah ini hanya tegas sahaja, atau hanya lawak sahaja, atau hanya serius sahaja, maka, dakwah ini akan jadi bosan!!

Bayangkan, andai semua pendakwah lembut, nescaya, musuh islam akam mudah memperkotak-katikkan serta pijak kepala umat islam. Dan, bagaimana pula kita nak menyentuh orang yang hati mereka keras??

Bayangkan juga, andai semua pendakwah tegas dan keras, macamana nak sentuh hati orang yang cepat terasa dan kuat merajuk?

Kerana itu, bagi saya, DAKWAH ITU ADALAH SENI!! Kepelbagaian cara dan sifat dalam diri pendakwah membuatkan dakwah itu lebih indah dan menarik! Dengan pendakwah lembut, ramai yang hati lembut dapat hidayah. Dengan pendakwah tegas, ramai yang hati keras sikit, dapat hidayah.

Kerana itu nabi tak pernah marah Abu Bakar dengan kelembutannya. Kerana itu nabi tak pernah marah Umar dengan ketegasan dan keagresifannya. Kerana itu nabi tak pernah marah Uthman dengan sifatnya yang pemalu. Juga, nabi tak pernah marah Ali dengan sifatnya yang sangat berani.

Kerana, dengan adanya sifat yang pelbagai dalam diri pendakwah, maka, lagi ramailah orang akan dapat hidayah dengan sifat yang pelbagai, serta latar belakang hidup yang pelbagai. Jangan sesekali sentap jika dakwah yang disampaikan untuk tujuan kebaikan.

You May Also Like

8 comments

  1. betul tu Mizi, kadang-kadang serba salah jadinya, yang penting apa yang ingin disampaikan mencapai matlamat,kita kena berfikiran terbuka agar lebih mudah menerima :)

    BalasPadam
  2. Also it needs hands and wrists rather then a digital rolex replica sale. The item offers you a classy glimpse having proper outfits including accommodate, pant, sweater for example. In the event using relaxed apparel subsequently absolutely relaxed check out will accommodate people. Wristwatches acquiring household leather wedding band are considered relaxed wristwatches. Most of these wristwatches usually are uncomplicated still hublot replica to see. You possibly can opt for a relaxed check out that is certainly often analog or maybe a digital. When you have on apparel including shorts, fit best, trail skirts, sweats tops for example. then you definately should go intended for hobby wristwatches. Hobby wristwatches usually are watertight in addition to a digital. Seeing that ones check out should carry disregard in addition to converts like your story so acquire sturdy one who is usually completely ready for everyone usage. Severely you're shopping incredibly clever easy breitling replica sale. In the event would like to glimpse hip in addition to trendy subsequently acquire check out on the similar coloration of this costume. You might glimpse extra trendy from it. This can be a great strategy as soon as about to sign up for extravagant functions. Also you can experiment with wristwatches by means of pairing in addition to hublot replica sale these individuals having unique apparel. The guidelines presented usually are connected with good assistance with finalizing within the suitable model check out. Abide by these individuals severely and you should never ever not work out having watch-clothes coordination. Intended for adopting the preceding points you want to do several stuff like: Ones dresser needs several sorts of wristwatches when i. age. some sort of attire check out, a casual check out as well as a activities check out. Thus regardless of what hublot replica sale people have on can certainly fit the item having similar model check out.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0