Kasih sayang cikgu

by - Mac 18, 2015




Pada suatu hari disekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai " KASIH SAYANG ".

PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?

CIKGU : Baiklah, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput dihadapan kamu. Pilih rumput YANG PALING cantik tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas.

Pelajar itu pun bergegas keluar dari kelas dan cuba mencari rumput YANG PALING cantik itu. Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru tersebut pun bertanya kepada pelajar itu.

CIKGU : Kenapa tiada sehelai rumput pun yang dipilih dan dipetik oleh kamu ?

PELAJAR : Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput YANG PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik YANG PALING cantik, maka saya pun terus berjalan kehadapan mencari YANG PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun YANG PALING cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput YANG PALING cantik tapi cikgu dah pesan tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg dapat saya petik.


CIKGU : Ya ! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita sudah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah YANG PALING cantik dan PALING baik. Maupun kalau nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput td.

" HARGAILAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA KERANA SAYANGNYA ITU PASTINYA IKHLAS DAN SUKAR DI CARI GANTI. JANGANLAH MENGEJAR ORANG YANG KITA SAYANG KERANA BELUM TENTU DIA AKAN DAPAT MENYAYANGI KITA SEPERTIMANA KITA MENYAYANGI DIA "...

" KALAU TAKUT DENGAN PERKATAAN 'KECEWA', JANGAN SESEKALI BERANI UNTUK MENDEKATI DENGAN PERKATAAN 'CINTA' KERANA HANYA ORANG YANG TABAH, CEKAL DAN KUAT SEMANGAT SAHAJA YANG LAYAK UNTUK ITU "..

P/S : KUATKAN SEMANGAT, CEKALKAN HATI NESCAYA KEBAHAGIAAN MENANTI

You May Also Like

7 comments

  1. Benar tu. Kita biasanya tidak akan merasa pahitnya kehilangan sehinggalah benar terjadi insan yang ada hilang selamanya..

    BalasPadam
  2. aaaa nice story.. untuk mereka2 yang kerja nak mencari yang 'TERBAIk' saja daripada berusaha menjadi 'TERBAIK' juga..

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0