Pejuang kebenaran

by - Februari 15, 2021

 EBIT  LEW (UEL)
Pejuang Kebenaran.

1.UEL bukanlah dari keluarga yang senang, jauh sekali dari keluarga yang berjaya dan kaya.

2.Sedih bercampur bangga apabila mendengar liku hidup awalannya sehinggalah beliau mampu  MENOLONG  mereka yang memerlukan  pertolongan.

3.Walaupun IKHLAS  namun beliau  TIDAK  KESUNYIAAN  dari berbagai DUGAAN dan HALANGAN.

4.Yang terbaru apabila  beliau  telah MENGISLAMKAN  150 orang yang hanya tinggal di dalam sampan-sampan kecil  di perairan Semporna, Sabah selain membantu mereka yang TERLALU DAIF di Kelantan dan di seluruh negara.

5.Kini umum mula mengenali  dan mengiktiraf kerja-kerja AMAL beliau.

6.Kita umat yang DILAHIRKAN   Islam sepatutnya merasa bersalah dan malu diatas kegagalan  melakukan usaha seperti yang dilakukan oleh UEL yang hanya MEMELUK Agama Suci  ALLAH  SWT selepas dilahirkan dari keluarga Cina.

7.Namun usaha baik beliau yang DITUNTUT agama itu telah mendapat berbagai kritikan dan kata-kata sinis; malangnya kritikan dan halangan datangnya dari tidak lain tidak bukan umat yang mengaku diri mereka Islam.

8.Yang mereka tahu ialah berlumba - lumba menghimpun kekayan sama ada dengan jalan yang lurus mahupun RASUAH  dan SALAH GUNA KUASA.

9.Di mana Menteri, Timbalan  Menteri, Duta Bertaraf Menteri dan mereka yang telah diberi jawatan  di Syarikat - Syarikat GLC yang sedang berbahagia dengan gaji dan imbuhan yang lumayan?

10.Biasanya sebahagian besar Wakil Rakyat yang diberi peruntukan lebih RM3 juta seorang setahun menggunakannya untuk menperkukuhkan dan mengekalkan jawatan, dalam erti kata lain mereka menutup mata sebelah terhadap rakyat di bawah yang menjerit kesusahan.

11.Yang rakyat lihat ramai di antara mereka  berlumba - lumba mendirikan rumah yang lebih besar dan menambah  kereta - kereta mewah untuk mereka dan anak - anak bagi menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

12.Isteri - isteri mereka pula sibuk menayang cincin emas dan permata serta pakaian-pakaian yang mahal yang ditempah dari pereka - pereka fesyen yang ternama.

13.Jika ke masjid mendengar ceramah pula, mereka akan belumba - lumba menayang beg tangan berjenama.

14.Kebanyakan Ustaz-ustaz yang berceramah di Masjid dan di surau-surau JARANG berterus-terang tentang keadaan terkini.

15.APAKAH MEREKA TERFIKIR MELAKUKAN SEPERTI YANG DILAKUKAN EBIT LEW?

16.Keprihatinan yang ditunjukkan beliau dengan menghulur  bantuan kepada rakyat yang memerlukan, terutama sekarang  harus DICONTOHI  DAN DIBERI PUJIAN.

17.Saya berharap  langkah  baik yang dilakukan UEL  AKAN diikuti oleh  lebih ramai lagi mereka yang jauh  lebih bernasib  baik dari mereka yang memerlukan bantuan.

18.Jangan terlalu SIBUK MEMBERI DAN MENGUTIP pingat semata-mata.
19.JIKA TIDAK  BOLEH ATAU  TIDAK MAHU  MEMBANTU  JANGANLAH KITA  MENGHALANG  KERJA - KERJA  BAIK BELIAU.

20.Ingatlah Firman ALLAH SWT  segala yang ada didunia ini, harta dan keluarga akan tinggal buat selama-lamanya.

21.Kepada UEL, semoga dimurahkan rezeki dan teruskanlah kerja - kerja baik ini.


22.UEL TIDAK PERLUKAN publisiti murahan seperti Muhyiddin yang tak habis-habis dengan ‘Ucapan Khas’ dan jawatan Kerajaan bagi MEMBANTU RAKYAT yang MEMERLUKAN.
Wassalam

Terima Kasih.
Kredit
Pejuang Kebenaran







You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0