Pelan unifi 30Mbps hanya rm39

by - Jun 05, 2020


Ia dilihat jauh lebih murah berbanding tawaran sedia ada dengan harga sebenar RM89 (30Mbps), RM129 (100Mbps) dan RM199 (300Mbps). Ia juga tidak didedahkan secara meluas dan secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pelanggan.

Informasi awal yang didapati, ia hanyalah terbuka untuk pelanggan baru sahaja. Bagi menjelaskan perkara itu, pihak unifi telah menghubungi kami.

Menurut pengendali rangkaian tersebut, tawaran yang tersebar itu bukanlah pelan baharu. Ia merupakan pelan sedia ada tetapi disesuaikan bagi memudahkan pelanggan jalur lebar dari pengendali lain bertukar kepada unifi.

Setelah mencapai jumlah yuran penalti, pelanggan tersebut akan kembali dikenakan dengan caj bulanan sama iaitu RM89 (contoh pelan 30Mbps) seperti pelanggan-pelanggan yang lain

Unifi menambah, sekiranya pelanggan tidak dikenakan yuran penalti dari pengendali sebelumnya, mereka akan tetap membayar harga asal. Seperti contoh RM89 untuk pelan 30Mbps.

Sumner: wiser.my






You May Also Like

11 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0