Untung rm5.5 billion rugi rm307.72 juta

by - Mac 26, 2019


Astro Malaysia Holdings Bhd dicatatkan memperolehi keuntungan bersih bagi tahun berakhir 31 Januari 2019 sebanyak RM462.92 juta. Pendapatan turun kepada RM5.48 bilion berbanding RM5.53 bilion sebelum ini berikutan penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan tetapi ini telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan barang-barang dan pendapatan perlesenan.

Hal ini jelas sekali menunjukkan syarikat tersebut mengalami kesusutan daripada jumlah keuntungan bersih sebelum ini yang dicatatkan sejumlah RM770.64 juta bagi kewangan tahun 2018.

Salah satu faktor penurunan jumlah bersih keuntungan bagi syarikat tersebut disebabkan oleh penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan. Meskipun syarikat mengalami penurunan yang banyak, ianya juga tetap sudah di seimbangkan oleh peningkatan dalam jualan barang-barang dan pendapatan perlesenan.

Para pengguna yang amat kedekut dalam pembelian menyebabkan kejatuhan walaupun pengguna sepatutnya boleh buat langganan promosi yang lebih baik. Dengan tindakan yang dilakukan oleh pengguna tersebut, syarikat itu akan sentiasa mengalami pengurangan dari segi hasil langganan yang boleh diperolehi untuk setahun. Manakala, dari segi pengiklanan pula, ianya dipengaruhi oleh kelembapan dalam pasaran pengiklanan. Kurang penajaan dari syarikat menyebabkan hasil astro juga kurang.

Oleh itu, pihak Astro dalam usaha untuk mengukuhkan nilai pelanggan mereka dengan memperkenalkan kepada pelanggan pakej jalur lebar internet iptv dengan hanya rm89 30Mbps sebulan, tontonan yang lancar merentasi semua skrin, perkhidmatan yang lebih baik dan menjalinkan hubungan yang lebih akrab bersama pelanggan. Miskipun Ada kecaman dari nitizen yang tidak dapat di elakkan.

You May Also Like

3 comments

  1. masih menggunakan astro walaupun dah jemu dengan siaran ulangan yang berulang kali, kak ana ambil pakej paling murah je hehe :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0