Ya Allah kabulkan doa kami

by - Mac 28, 2019


AMALAN DOA HARIAN SELEPAS SOLAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Yaa Allah,
Engkau adalah Tuhanku, tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakan kami, sedang kami adalah hamba Mu dan kami di atas ikatan janji Mu dan akan menjalankannya dengan semampu kami, kami berlindung kepada Mu dari segala kejahatan yang telah kami lakukan, kami mengakui Mu atas nikmat Mu terhadap diri kami dan kami mengakui dosa kami pada Mu, maka ampunilah kami, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Yaa Allah,
Kami memohon kepada Mu, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa adik beradik kami serta dosa seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Jauhkanlah kami daripada siksaan kubur, siksaan api neraka dan fitnah yang datang daripada Dajjal. Masukkanlah kami dan ahli keluarga kami ke dalam syurga Mu tanpa hisab.

Yaa Allah,
Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah kami dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang.

Yaa Allah,
Kami bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada kami untuk beribadah kepada Mu pada hari ini. Jadikan kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu. Rahmatilah kami, berkatilah kami, berilah kami hidayah Mu agar kami sentiasa dekat dengan Mu, Yaa Allah.

Yaa Allah,
Matikan kami di dalam keadaan sebaik baik kematian. Janganlah Engkau mematikan kami di dalam keadaan seburuk buruk kematian. Permudahkanlah sakaratul maut kami. Lindungilah kami daripada gangguan iblis dan syaitan semasa kami sedang mengalami sakaratul maut.

Yaa Allah,
Jadikanlah sebaik-baik umur kami hingga akhirnya, dan sebaik-baik perbuatan kami hingga kesudahannya dan sebaik-baik masa kami hingga menjumpai Mu. Himpunkanlah kami dan ahli keluarga kami bersama golongan yang soleh di akhirat nanti.

Yaa Allah,
Didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu. Kami memohon perlindungan Mu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Yaa Allah,
Kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih sayang Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Yaa Allah,
Luputkanlah kami dari kelazatan bermaksiat kepada Mu dan kurniakanlah kami kelazatan untuk taat kepada Mu. Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Yaa Allah,
Jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui. Bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.

Yaa Allah,
Jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Yaa Allah,
Limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal lagi berkat. Sihatkanlah tubuh badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.Mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.

Yaa Allah,
Limpahkan kesabaran di hati dan diri kami, teguhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami dari orang-orang kafir.

Yaa Allah,
Kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu.

Yaa Allah,
Kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ

You May Also Like

5 comments


  1. ان النقل الدولى هام ويحتاج الى مهارة ودقة ليتم على اكمل وجه اعالى الخليج تقدم افضل خدمات النقل الدولى لانها افضل
    شركة نقل عفش من الرياض الى الامارات شركة شحن عفش من الرياض الى الامارات
    وتوفر ايضا النقل الدولى الى الاردن
    شركة نقل عفش من الرياض الى الاردن شركة شحن عفش من الرياض الى الاردن

    BalasPadam
  2. Keep it up for more update about this information. Visit Ogen Infosystem for the creative and responsive website designing.
    Website Designing Company

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0