Kes dah selesai

by - September 16, 2017

KRONOLOGI PUNCA KEBAKARAN DI TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT - SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT TEAM PDRM
.
Petang ini kami dihujani dengan mesej berupa laporan hasil siasatan pihak polis mengenai kes tragedi kebakaran maut yang menggegarkan jiwa rakyat Malaysia di seluruh negara ini.

Inilah berita yang paling kita tunggu-tunggu bagi menjawab pelbagai persoalan yang bermain di kepala. Lebih cepat diketahui puncanya, semakin banyak angkara fitnah dan tohmahan melulu dapat dimatikan.

Walaubagaimanapun, sama-samalah kita tunggu pengesahan dari pihak PDRM dalam satu sidang media khas yang dikatakan bakal diadakan secepatnya. (Baca: Update sidang akhbar terkini jam 8 mlm tadi di hujung artikel ini).
.
Atas nasihat pihak tertentu, kami tutup beberapa butiran agar ia tidak mengganggu tugas pihak polis. Walau bagaimanapun, kami bersedia untuk memadamkan status ini jika dikehendaki begitu oleh pihak berkuasa.
.
NO REPOT: JTR RPT: xxxx/17
TARIKH: 14/09/17 MASA: 0652 HRS
SEK 435 KK & SEK 302 KK
IO: ASP xxxx xxxxx

MANGSA:
23 KEMATIAN (21 PELAJAR DAN 2 WARDEN)
07 CEDERA (PELAJAR)

TANGKAPAN:
1) NAMA: xxxx (ADLI)
NO.KPT: 017071-14-xxxx
UMUR : 16 TAHUN

2) NAMA: xxxx (JUPEM)
NO.KPT :001012-14-xxxx
UMUR : 16 TAHUN

3) NAMA: xxxx (SHAHRUL)
NO.KPT :990717-03-xxxx
UMUR : 18 TAHUN

4) NAMA: xxxx (AIMAN)
NO.KPT :001012-14-xxxx
UMUR : 17 TAHUN

5) NAMA: xxxx (DEBAB)
NO.KPT :011122-14-xxxx
UMUR : 16 TAHUN

6) NAMA: xxxx (IJAL)
NO.KPT : 020422-14-xxxx
UMUR : 15 TAHUN

7) NAMA: xxxx (ADIK)
NO.KPT : TIADA
UMUR : 12 TAHUN
.
PUNCA KEJADIAN: Selisih faham antara pelajar sekolah tahfiz dengan sekumpul (5) lelaki Melayu selaku 'Orang Kena Tuduh' (OKT) yang kesemuanya tidak bersekolah.
.
HASIL SIASATAN MENGENAI FAKTA KEJADIAN:
.
Beberapa hari sebelum kejadian telah berlaku perselisihan antara pelajar sekolah tahfiz dengan Adli, Jupem, Sharul, Aiman, dan Debab.

Kesemua OKT memaklumkan mereka telah diejek dan tidak berpuas hati lalu ingin membalas dendam. Shahrul dan Jupem berpakat untuk memasuki pusat tahfiz berkenaan untuk mencuri handphone di dalam asrama pusat tahfiz itu.

Pada pagi hari kejadian, 14/09/2017, jam lebih kurang 2:30 pagi kesemua OKT telah berkumpul di kedai minum Cek Mek Molek bersebelahan pejabat PPIM dan telah berbincang untuk membakar sekolah tersebut bagi membalas dendam. Setelah itu semua OKT telah beredar.

Pada jam lebih kurang 4:00 pagi, Shahrul bersama Adli pergi membeli minyak petrol di stesen minyak Petron Damai dan mengisi minyak petrol di dalam sebotol air mineral yang besar.

Pada jam lebih kurang 4:30 pagi, mereka telah berkumpul kembali di padang belakang pusat tahfiz tersebut. Ijal dan Adik telah nampak Adli memegang sebotol minyak petrol dipercayai untuk membakar pusat tahfiz tersebut. Adik telah memanjat memasuki pejabat PPIM kerana mahu tidur.

Pada jam lebih kurang 4:40 pagi, Adli bersama Shahrul dan Jupem telah memasuki pusat tahfiz melalui pintu belakang untuk membakar pusat tahfiz tersebut manakala Aiman dan Debab menunggu di luar pagar sebelah belakang pusat tahfiz.

Selepas itu, Shahrul dan Jupem mendapati pintu masuk bilik asrama berkunci dan tidak dapat dibuka, lalu Adli bersama Shahrul dan Jupem keluar semula dan telah turun ke tingkat 1 untuk  mengambil sebuah tilam dan meletakkan ke pintu masuk asrama di tingkat 2.

Selepas itu Adli, Shahrul dan Jupem telah turun ke bawah untuk mengambil (2) tong gas lalu membawanya naik ke tingkat 3 pusat tahfiz dan telah meletakkan (1) tong gas secara berdiri dan (1) tong gas secara baring menghala ke pintu asrama.

Shahrul telah mencucuk dengan menggunakan lidi di muncung kepala gas supaya gas keluar menghala ke arah pintu. Adli pula telah mencurahkan minyak petrol di hadapan pintu masuk asrama hingga ke bawah dan telah menyalakan api menggunakan pemetik api.

Seterusnya Adli, Shahrul dan Jupem melarikan diri keluar dari pusat tahfiz berkenaan. Selepas itu, Aiman dan Debab juga telah melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda warna kelabu. Adli menaiki motosikal Suzuki RG sport seorang diri. Shahrul dan Jupem mengunakan motosikal Yamaha Lagenda warna hitam biru menghala ke rumah masing-masing.

SEKIAN.
******
.
UPDATE 8.30PM: Pihak Bukit Aman telah memutuskan untuk membuat sidang akhbar sertamerta berikutan viralnya laporan hasil siasatan ini bagi mengelakkan pelbagai spekulasi daripada berterusan.

Antara butiran dari sidang akhbar yang disiarkan BERNAMA sebentar tadi, 6 dari 7 OKT disahkan positif dadah. Penggunaan bahan bakar juga disahkan dengan 'niat membakar' (khianat dengan api). Turut disahkan adalah fakta 2 buah tong gas yang diangkut dari tingkat bawah ke tingkat 3. Maklumat selebihnya akan dijelaskan pada sidang akhbar akan datang.

********

WALAUPUN KITA GEMBIRA MENDAPAT TAHU PUNCA SEBENAR KEBAKARAN INI BERLAKU, NAMUN KRONOLOGI KEJADIAN INI AMAT MENGECEWAKAN SEKALI.

Hanya kerana perkara remeh temeh, remaja kita sanggup bertindak sehingga kesannya menjadi sedahsyat ini.

Ya Allahhhh… ampunilah kami yang telah terlalai mendidik anak generasi sehingga kerosakan akhlak mereka boleh pergi sejauh ini. Berilah petunjuk dan hidayah kepada pihak berkuasa agar dapat mengadili dan menghukum mereka yang terlibat dalam kes ini dengan segera dan seadil-adilnya.

QS 5. Al Maa'idah 45. "Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskannya, maka melepaskan hak itu penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Pernah juga diejek sebab muka tak hansem dulu. Saya dah tampar muka org tu sampai cacat sedap ejek org. Alhamdulillah sempat dia minta maaf pada saya dalam hati rasa nak bakar je hidup-hidup. Tetapi dia tu kawan saya. Mungkin masa itu saya tidak dipengaruhi oleh dadah. Kalau saya isap dadah mungkin kawan saya dah jadi abu dah. Satu hostel terbakar.

Cerita zaman sekolah dulu budak-budak nakal duduk asrama. Kes buli tak payah cakap la. Suka kenakan orang. Otak belum pra matang lagi. Perbuatan hanya nak enjoy tak fikir masa depan. Alhamdulillah lepas pakai ku putih sekarang muka dah hansem. Orang pun dah takde nak ejek lagi.

Sumber - astro awani
Link - [KLIK SINI]

You May Also Like

2 comments

  1. Sempat lagi buat lawak tang perenggan kat bawah tu..hahaha

    Tapi kes ni memang meninggalkan kesan dlm hati kita

    BalasPadam
  2. Budak zaman sekarang sangat menakutkan! sanggup buat apa saja walaupun dengan cara membunuh.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0