TAKE NOTE BAGI YANG SUKA MINUM BERDIRI
Dari kecil kita dilarang makan atau minum dalam keadaan berdiri . Kita disuruh terlebih dahulu duduk sebelum makan atau minum . Kebiasaannya kita ikut je nasihat ni sebab kita anggap itu adalah sebahagian daripada adab makan .
Sebenarnya larangan makan atau minum berdiri mempunyai sebab tertentu dan ianya bukanlah hanya 'adab' semata-mata terutama dari segi kesihatan .
Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum sambil berdiri iaitu hadis yang diriwayat oleh Muslim .
Dari Anas R.A sesungguhnya Nabi Muhammad melarang minum berdiri .
Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim di dalam kitab minuman , bab tegahan minum berdiri , hadis yang ke 3771 . Pun begitu , ulama' Feqah menghukumkan hukum minum sambil berdiri adalah makruh .
Bagaimana pula dari sudut sains? 🔍🔎
Menurut pakar perubatan, minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dalam jangka masa panjang , akan mnyebabkan perut mnjdi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam . Begitu juga makanan .
Wallahua'lam 😊