Owner nurraysa beauty

by - Januari 25, 2017

Saya Nur Aini Zolkepeli pengasas Nurraysa Beauty, berumur hampir 24 tahun 😊. Kepakaran saya adalah membantu wanita meningkatkan ekonomi hanya daripada rumah.

Alhamdulillah saya mencapai kejayaan 1 juta sebulan yg pertama pada september 2015 ketika berumur 23 tahun hanya bsness online daripada rumah tanpa ade kedai, hanya ade 1 ofis untuk staf bekerja dan simpan stok.  Alhamdulillah walaupun berniqab tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam bsness kosmetik dan walaupun pada usia sangat muda itu bukan 1 penghalang untuk lebih berjaya .

Alhamdulillah hampir semua impian saya yang saya tulis pada 2015 tercapai.
Alhamdulillah sangat dapat membantu lebih ramai orang menjana income hanya daripada rumah, dapat membantu family, bantu ibu bapa mereka, bantu suami dan bantu orang lain.

Sekarang saya mempunyai 2000++ droship, agent , stokis dan monster stokis di seluruh malaysia, termasuk sabah sarawak, brunei , singapore dan mekah . Dan saya mempunyai 8 orang staf merupakan salah satu tulang belakang yang sangat membantu saya menjalankan bsness auto run tanpa saya perlu hadir  setiap hari ke ofis. Alhamdulillah mempunyai suami yang sangat penyayang yg banyak support saya setiap masa dalam saya mengembangkan bsness. Dia akan menemani saya ke mana-mana , bukan kerana saya tiada lesen memandu, tapi always support saya dalam apa sahaja yang saya buat. Saya juga mempunyai 3 orang anak yang comel  walaupun pada usia sangat muda.

Alhamdulillah mempunyai 26 orang monster stokis yang sangat setia walaupun ketika susah dan senang, sama- sama menaikkan nurraysa sampai ke tahap sekarang. I love uolsss 😘😘

Antara impian yang saya dah capai ialah mempunyai kereta mewah , vellfire ,sudah booking rumah idaman,  menunaikan umrah bersama dengan suami, menggembirakan hati ibu bapa dan juga mertua.

Bulan lepas alhamdulillah hadiahkan  sebuah kereta mercedes E250 baru kepada mak ayah, sebenarnya ayah dengan mak saya dah lama nak memiliki kereta mercedes tapi ayah lebih suka menyimpan, dia terpaksa lupakan hasrat dia, dan katanya, ayah tak mampu, kalau nak beli pun , nanti ayah akan beli yang second hand je, murah-murah. Dalam hati saya, saya pasang niat, saya mesti gembirakan diorang, saya akan beli kereta ni untuk mereka, saya nak gembirakan diorang, saya nak balas jasa mereka sanggup bersusah payah membesarkan saya daripada kecil.

Alhamdulillah sekarang juga dalam proses renovate dan membesarkan rumah mertua dan  hadiahkan mereka sebuah kereta axia . Saya selalu tengok mertua setiap bulan baiki kereta kancil mereka yang lama. Saya tanya mertua mereka nak kereta ape, mereka cakap nak axia je, sebab minyak murah dan senang bawak ke mana-mana. Alhamdulillah terus saya dan suami buat surprise ajak mertua ke kedai kereta untuk membeli. Paling menyentuh perasaan ketika di showroom, setelah selesai urusan jual beli, mertua memeluk saya sambil menangis dan ucapkan terima kasih. Katanya macam nak pengsan terus sekarang, seolah-olah tak percaya .

Alhamdulillah juga saya dah selesaikan hutang ptptn saya berjumlah 72k dan installment saya titanium partners berjumlah 75k untuk menuntut ilmu dengan dr azizan osman.

Semua tidak akan berlaku kalau bukan dengan izin Allah, dr azizan merupakan salah satu asbab saya berjaya hari ni. Banyak sangat ilmu beliau kongsikan membuatkan saya berjaya hari ini dengan pantas. Syukur sangat-sangat dengan nikmat yang Allah bagi sekarang. Sekarang kami ada banyak masa bersama family, banyak masa untuk beribadat, bebas kewangan dan dapat membantu lebih ramai orang.

Tapi setiap kejayaan mesti akan ada cabaran - cabaran yang di lalui untuk sampai pada tahap sekarang. Allah uji dulu sebab Allah nak beri yang lebih baik kepada kita, Allah nak uji kita sama ada kita kuat atau tidak, Allah uji sebab Allah tak nak kita lupa diri apabila sudah berjaya dan Allah uji supaya kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Antara cabaran yang saya lalui dalam bsness ialah ketika permulaannya saya bsness jual rumpai laut, bermula dengan modal RM500 sahaja, saya meminjam duit gaji suami. Kami ikat perut, daripada untung sahaja besarkan perniagaan tanpa sebarang pinjaman. Tapi bsness tu tidak bertahan lama, hanya setengah tahun sahaja , berniaga tanpa ilmu, tanpa sistem yang betul, tanpa ada mentor.

Kami di uji bsness semakin menurun, suami terpaksa kerja balik daripada pagi sampai ke petang, kadang-kadang malam baru balik. Setiap kali solat  , saya akan menangis, betapa penatnya dia mencari duit untuk kami. Saya muhasabah diri, mencari mana silapnya sehingga Allah uji kami. Pernah kami tiada duit langsung, pernah makan sardin je, macam-macam kami lalui bersama. Kami pernah menjual makanan di hadapan rumah tapi hanya seorang dua sahaja yang datang beli.

Jun 2013 saya keluarkan 1set lengkap skincare , 1000 unit sahaja, dengan tiada ilmu, mengambil masa setahun untuk habiskan 😂😂😂 saya start di uji dengan macam2 ujian lepas tu, mungkin Allah  nak saya nampak ape itu bsness, ape yg belum saya buat, ape yg perlu saya buat, tuhan nak bagi sesuatu yg lebih besar lagi, saya di uji di tahap sampaikan tiada duit langsung, pernah duit dalam bank , zero 😢😢

Balik kampung, buat tidak tau je, tak nak susahkan mak ayah, beberapa bulan jugak lah, kami fikir balik, muhasabah diri, msti ade sebab kenapa Allah uji kami, mgkin kita tak sedar kesilapan kita.. akhir tahun 2013 bulan ramadhan, kami nekad nak ubah hidup balik, suami terpaksa kerja balik, ramadhan 2013, setiap hari kami bangun qiamullail bersama2, nak cari redha Allah balik bukan senang, teringat lagi ustaz tu bagi ceramah di surau, tuhan uji kita, dia tak puas lagi dengar kita merintih, menangis , memohon padaNya, takut2 bila dah senang, kita akan lupa..

December 2013, rumah yg kami sewa di tenggelami banjir, ketika itu kuantan banjir besar, air di paras dada  dalam rumah, terpaksa menginap di pusat pemindahan banjir, ketika itu kehidupan perit yg amatt... makanan hanya sedikit, nak makan beratur pnjang, air tiada, mandi di pili bomba, dengan anak sulong masih kecik 😊  saya terfikir dlm hati, rupanya macam ni hidup org susah.. alhamdulillah kami dapat rase semua tu.. hari last selepas beberapa hari berlaku banjir besar, datang beberapa hilux datang bawak bantuan makanan, semua persendirian, bukan drpd agensi mana-mana. dalam hati terdetik, kalau aku kaya nanti, aku mesti buat macam tu juga, mesti bantu orang .

Ujian demi ujian datang, akhirnya bulan 3 2014, saya ade inbox di facebook seorang jutawan muda , saya mintak share tips yang dia buat, dia bg satu tips je, sedekah setiap hari selama sebulan. Esoknya saya terus buat. Ajaibnya tidak sampai 2 minggu, life saya start berubah, banyak Allah tunjukkan jalan-jalan, buat ape pun mudah je... Allah kenalkan dengan orang hebat-hebat... subhanallah...

Pada bulan jun 2014 saya sertai program dr azizan osman, imkk, pada waktu itu tengah sarat  mengandungkan anak ke 2, anak pertama memang tiada orang sanggup jage, sebab dia sangat aktif, lagipun kami tidak mahu susahkan family, biar kami sahaja yang susah. Kami datang ke KL untuk  sertai program, kami bergilir-gilir  menjaga anak di hotel dengan suami, pagi saya masuk, tengah hari suami masuk, macam tu lah seterusnya sampai program habis selama 4 hari di the mines. Balik je, kami sharing, ape yg doc ajar, Waktu tu kami ambik pakej paling murah, rm250 sorg, seat paling belakang sekali, dah lah datang lewat, tak sempat bara bere,  dtg lewat sebab hotel jauh, dengan uruskan anak dlu. alhmdulillah suami banyak bagi sokongan, suami adalah tulang belakang saya.

Start daripada itu,  julai dan seterusnya sales meningkat ke belasan ribu, puluhan ribu sebulan, suami masih bekerja, saya dah nak hampir bersalin, tiada staf, semua kami buat sendiri, kadang-kadang 2 pagi baru tidur,  packing barang bersama suami,  masukkn sabun dalam kotak, permintaan makin tinggi, sampai kan banyak kali suami tidur selepas solat subuh, itu pun tidur 1jam sahaja, pkul 7  setengah pagi terus pergi kerja lagi. Itu adalah salah 1 penguat saya, nekad saya utk mengubah balik hidup kami. setiap kali lepas solat, menangis betul-betul, mohon pd Allah, tidak sanggup melihat suami tidak tidur malam membanty saya packing barang, awal pagi keluar kerja, petang baru balik kerja, dengan kerja tengah panas waktu tu, bawak excoveter (jentera berat) , kadang-kadang ot, pukul 8 @ 10 malam baru balik kerja.. dengan keadaan saya sarat waktu tu, kalau di ingatkan balik, memang menangis, tengah-tengah malam tak tido lagi, dengan pinggang semua sakit, Allah je yg tau, usaha nak berjaya tu sangat kuat, kalo lembik-lembik, memang tidak akan  sampai pada tahap sekarang.

Pada akhir tahun 2014, banjir besar berlaku lagi, tapi paling teruk di kelantan, kuantan pun teruk tapi kurang sedikit berbanding tahun 2013, rumah saya menyewa pun turut tenggelam , air di paras lutut, alhamdulillah barang-barang semua sudah di letakkan di tempat yg tinggi, tiada ape-apa kerosakan barang. saya follow page dr azizan osman, saya tengok video dr azizan share yang dia sudah pergi ke kelantan menhantar barang-barang makanan, keperluan mangsa banjir, hati terdetik makin kuat, nak pergi juga,berkobar-kobar smgt, sebab nak follow ape mentor buat dan salah satu sebab saya dah janji pada 2014, saya pun nak buat jgk macam tu.

Alhamdulillah januari 2015 saya bersama suami dan anak-anak sebuah lori, pergi ke kelantan untuk hantar bantuan makanan, pakaian, barangan. Anak-anak kami bawak semua.  Ketika  itu 50-50 dah, nak pergi ke tidak,  sebab saya memang susah hendak ke mana-mana membawa anak yg sangat aktif, ujian memang sangat besar, last-last saya redah je, pergi jugak, 10 malam bertolak daripada kuantan ke kelantan, malam tu suami mengantuk, 3 kalo kot hampir terbabas, nasib baik saya tidur-tidur ayam. alhamdulillah sampai jugak di kelantan pukul 5 setengah pagi. Selpas siap turunkan barang-barang semua, terus bertolak balik, pagi tu singgah di kedai untuk makan, Allah uji lagi, anak yg sulong berlari ke arah jalan besar, umur masih panjang, suami sempat tarik baju dia, kalau tidak, memang dah takda dah sekarang, hampir-hampir nak kena langgar dengan kereta, semua orang di kedai itu, menjerit tengok.. Ya Allah, tak tau nak fikir macam mama dah, terus balik je, hampir 5 kali juga berhenti di tepi jalan suami tidur sekejap sebab mengantuk 1 malam tidak tidur. Alhamdulillah akhirnya sampai juga rumah family di terengganu, makan mndi-mandi, kami terus tidur.. esoknya kami bertolak balik ke kuantan..

Alhamdulillah kuasa Allah,balik je daripada misi tu,   marketing saya buat sama je, takda upgrade apa-apa pun, permintaan naik mendadak, berkali-kali ganda order  ,  stokis-stokis semua terkejut, stok terputus , permintaan di luar jangkaan, sales pada januari 100 ribu sebulan, sebelum tu paling tinggi  tak lebih daripada 50k sebulan.

Visi company saya NURRAYSA GLOBAL SDN BHD ialah membantu menambah nilai ke dalam hidup ramai orang, membuka peluang kepada wanita, suri rumah, pelajar dan pekerja kerajaan dan swasta untuk meningkatkan ekonomi dengan bsness bersama dengan kami. InsyaAllah kami akan train bagaimana bsness dengan cara yang betul menggunakan zero kos.

Selain itu, kami mengeluarkan produk muslim, mesra wuduk, di jamin halal tanpa was-was digunakan tanpa perlu risau wuduk tidak sah 😊 dan produk organik selamat di gunakan.

Kami menerapkan konsep berkongsi rezeki sesama jemaah , saling membantu, tiada permainan harga, dan tindas menindas antara satu sama lain.

Selain itu, kami ingin melahirkan lebih ramai jutawan-jutawan dan usahawan-usahawan berjaya dunia dan akhirat dan menjadi penyumbang zakat terbesar negara.

Alhamdulillah sekarang kami tengah dalam planning untuk menubuhkan Wisma Nurraysa Beauty di Kuantan.

InsyaAllah tahun 2020 , produk Nurraysa Beauty akan berada di seluruh negara bukan hanya Malaysia sahaja.

Selain itu, visi cmpny kami adalah untuk menubuhkan madrasah tahfiz anak yatim dan orang miskin, dan membantu madrasah lain yang memerlukan dana.

Antara usaha yang kami sedang dan akan jalankan adalah training bsness secara online, offline road tour ke semua negeri , dan juga brand awareness supaya jemaah kami lebih senang untuk memperkenalkan dan membantu orang ramai dengan produk-produk kami.

You May Also Like

2 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0