Ini adalah salah satu artikel 31 Mei 2013. Tak sangka dah lama blog ini. Lagipun aku takde masa nak updated blog. Lepas kawin hidup makin sibuk hehe. Terima kasih kerana anda masih lagi bersama dengan blog ini yang dah tak berapa nak sempoi dah. Dulu rajin join giveaway rajin updated sekarang penuh sawang je blog ini.
Kesihatan adalah kunci kejayaan setiap insan. Saya nak anda semua sihat. Tak guna kalau duit banyak tetapi badan tidak sihat. Adakah anda ingin mencari duit tambahan dan selalunya peluang selalu datang tanpa kita bersedia jangan tunggu untuk bersedia. Jika anda ingin menjadi pengedar produk kesihatan terbaik di Malaysia andalah yang saya cari. Produk ini terbaik dan di iktiraf oleh jabatan kesihatan. Anda boleh watsup saya jika berminat terima kasih 0196971518. Anda boleh layari laman web rasmi kami www.aurawave2u.com
"polis century / entry??
one two jaga
polis mati
pencuri jaga"
ahahaha..sapela wat lirik ni:
"lailaili lilai tamplom
beranak dalam tong
anaknya sotong"
"rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba
anak kancil patah kaki
anak kancil pandai menari"
pnh dgr budak2 main:
"assalamualaikum (waalaikumsalam)"
kom apa kombat
bat apa batman
man apa mantol
tol apa tolak
lak apa laksa
sa apa satu
tu apa tunang
nang apa nangka
ka apa kayu
yu apa yu BODOH (yg ni kena cepat2 la cakap bodoh kat org baru menang)"
Lagu best ni:
"di malam yg sepi pi pi"
"pak abu(@pak mat) jual topi pi pi"
"topi nya koyak yak yak"
"pak abu jual tempoyak yak yak"
"bla bla bla smpai abis"
tempoyak nya basi si si..
pak abu jual topi pi pi
topi nya hilang lang lang,
pak mat jual gelang lang lang,
gelangnya patah tah tah
pak abu jual getah tah tah,
getah nya putus tus tus,
pak abu jual tikus kus kus
tikusnya mati ti ti
pak abu bunuh diri ri ri..
malam jumaat at at
pak abu jadi mayat
malam sabtu tu tu
pak abu jadi hantu"
Ni pun best gak:
"ola oli diberi nama"
"saudara saudari cikebum cikebum"
ahahaha
siang , siang hari,
malam, malam minggu,
disko, disko,
putih2 melati ali baba,
merah2 delima, pia-pia
sapa yang baik hati , cinderela,
tentu disayang emak,
satu , dua , tiga , empat.
siapa gelak kena cuuuubiiiitttt..."
"anak itik tok wi mandi dalam kolam
sakit apa tok wi sakit sendi tulang
ubat apa tok wi ubat limau lelam "
Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
"esok dia konvo, aku kena datang, kalau tak nanti dia punya merajuk setahun lah, lemah aku dalam pujuk memujuk nie, adoiii.. konvo tu hari penting dia kan, mesti keluarga dia pun ada datang, arghhh aku pening, lain macam je aku rasa, yela aku nie setakat SPM je, dia memang tak kisah tapi family dia macam mana?"
soalan demi soalan datang singgah dikepala Zakrul, dia runsing memikirkan hal yang akan terjadi esok sama ada dirinya akan di terima keluarga Ain, manakan tidak, dia merasakan dirinya tidak layak untuk bersama dengan seorang perempuan yang akan bergelar doktor kelak, sifat seperti itulah yang kadang kala boleh meruntuhkan moral dan semangat Izral, tiga tahun bersama Ain, dalam tempoh itu jugalah dia terlalu kuat menempuh pelbagai dugaan sebagai seorang anak perantau di kota yang besar ini. Dia ke kota sebesar Kuala Lumpur ini hanyalah untuk memajukan dirinya, hanya dengan menggunakan SPM, dia berazam untuk membuktikan dirinya mampu berjaya, itulah laungan janji Zakrul terhadap ibunya. Ibunya merupakan hartanya yang tinggal, ayahnya dah meninggal 15 tahun yang lepas kerana serangan jantung.
Kring kring!!!!
Tersentak Zakrul dari lamunan dek kerana handphone dia berdering, terpapar nama Ain, dia bingkas menjawab.
"Assalamualaikum, awak esok awak datang kan?"
belum sempat Zakruk bagi salam, Ain terlebih pantas memberikan salam dan terus bertanya.
"Waalaikumusalam wak, InsyaAllah sok saya datang ya, harap family awak boleh terima saya, risau saya".
Zakrul berterus terang.
"Awak, saya dah cerita kat mak abah pasal awak, awak muallaf, awak kerja apa dan awak dengan siapa kat kL nie, hampir semuanya, esok awak kena datang tau!" Ain berseloroh.
"apa? awak dah cerita? abis tu mak abah awak macam mana?" Zakrul terkejut lalu meminta kepastian.
"awak datang je esok ya, hehe...ok wak assalamualaikum." ain terus menamatkan panggilan tanpa apa apa jawapan dari pertanyaan Zakrul.
"Allahuakbar, lemah betul aku, rasa macam tak kuat pulak kaki nie nak melangkah" Zakrul mengeluh.
Setahun berlalu, Ain mengalah dengan permintaan Zakrul yang mahu Ain menerima pinangan Adib pada bulan depan, sehingga kini Ain masih buntu kenapa Zakrul tergamak putuskan hubungan yang mereka bina selama 4 tahun. Cinta dan kasih Ain pada Zakrul terlalu dalam, manakan tidak, mamat kampung yang hanya ada SPM tapi hidup penuh dengan impian dan usaha itulah yang mampu bertakhta dihatinya, kerana kecekalan, ketabahan dan kekuatan Zakrul itulah antara sebab Ain terlalu menghormati Zakrul. Ain menerima panggilan dari kawan baiknya di hospital, "Dr Ain, tolong datang sekarang, ada pesakit perlukan rawatan segera, hidung dia berdarah banyak Dr, masih tak sedar tu".
Kebetulan Ain oncall ketika itu, pantas dia bergegas ke hospital.
4 hari berlalu, Ain masih terduduk diatas sejadah, telekungnya masih utuh menutupi dirinya. Airmatanya tidak henti henti menitis, Ain terus berdoa, hujan yang gerimis seakan akan mengerti tangisan Ain, dia memohon kekuatan kepada Allah untuk berhadapan dengan pesakit tersebut, kini Ain mula faham kenapa Zakrul lari tinggalkan dirinya, Ain tidak kuat untuk memberitahu tentang penyakit sebenar yang dihidapi Zakrul, tapi itulah hakikat yang dia perlu laluinya, takdir yang mahukan dia merawat Zakrul, lelaki yang bertakhta dihatinya.
-dipetik dari novel
'Hadirku Untuk Setia'-
Memang seronok boleh buat duit dari blog. Percaya tak anda akan di bayar setiap kali anda tulis artikel pada blog ia bergantung cerita yang ingin anda sampaikan. Bayangkan kalau 1 artikel anda dah boleh bawa pulang rm100 itu dah cukup memadai bukan. Dalam kos sara hidup yang tinggi pasti anda perlukan duit tambahan klik iklan di bawah dan berusahalah untuk menjana pendapatan anda.
zam zam ala kazam harap2 la tersenarai dalam bloglist blogger baru hasrulhassan.com cepat sebelum terlambat tarikh tutup 16 oktober 2015. Klik banner di atas untuk ke link beliau..
Fathimah menghidangkan utk mrk semangkuk madu.
Ketika mangkuk itu di letakkan, sehelai rambut jatuh melayang dekat mrk.
Rasulullah segera meminta para sahabatnya utk membuat perbandingan terhadap ke-3 benda tersebut, iaitu mangkuk yg cantik, madu, dan sehelai rambut.
- Abu Bakar yg mendapat giliran pertama segera berkata, “Iman itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Org yg beriman itu lebih manis dr madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dr meniti sehelai rambut.”
Rasulullah tersenyum, lalu beliau menyuruh Umar utk mengungkapkan kata2nya.
- Umar segera berkata, “Kerajaan itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Rajanya lebih manis dr madu, dan memerintah dgn adil itu lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”
Rasulullah kembali tersenyum, lalu berpaling kpd Utsman seraya mempersilakannya utk membuat perbandingan 3 benda di hadapan mrk.
- Utsman berkata, “Ilmu itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Org yg menuntut ilmu itu lebih manis dr madu, dan beramal dgn ilmu yg di miliki itu lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”
Saperti semula, Rasulullah kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yg di sebutkan para sahabatnya.
Beliau pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib utk mengungkapkan kata2nya.
- Ali berkata, “Tamu itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dr madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”
Rasulullah segera mempersilakan Fathimah utk membuat perbandingan 3 benda di hadapan mrk.
- Fathimah berkata, “Seorg wanita itu lebih cantik dr sebuahmangkuk yg cantik. Wanita yg mengenakan purdah itu lebih manis dr madu, dan mendapatkan seorg wanita yg tak pernah di lihat org lain kecuali muhrimnya lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”
Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, '
- Rasulullah s.a.w. segera berkata, “Seorg yg mendapat taufiq utk beramal lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini. Beramal dgn perbuatan baik itu lebih manis dr madu, dan berbuat amal dgn ikhlas, lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”
- Malaikat Jibril yang hadir bersama mrk, turut membuat perumpamaan, Menegakkan pilar2 agama itu lebih cantik dr sebuah mangkuk yg cantik. Menyerahkan diri, harta, dan waktu utk agama lebih manis dr madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”
- Allah Ta'ala, pun membuat perumpamaan dgn firman-Nya dlm hadits Qudsi, “Syurga-Ku itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik itu. Nikmat syurga-Ku itu lebih manis dr madu, dan jln menuju syurga-Ku lebih sulit dr meniti sehelai rambut.”
Subhanallah...
Semoga bermanfaat...