Entry ini khas mizi tujukan untuk acik. Mizi pun terasa kehilangan arwah ayah masa tahun 2009 masa itu mizi baru habis digree. Mizi terpaksa tidak pergi konvo sebab tuhan lebih sayang pada arwah ayah.
Masa itu mizi tengah kerja mak call suruh balik sebab mak kata abah jatuh. Masa tu waktu zohur abah ambik air sembahyang. Mak risau sebab abah tak keluar dari bilik air. Mak panggil abah tak nyahut. Mak cuba skodeng tengok abah dah jatuh dalam bilik air. Mak panggil jiran sebelah rumah. Jiran tu lelaki dia terus tendang pintu bilik air. Pastu abg tu terus call ambulan. Mak memang kuat dia dah tau abah akan pergi ambulan pun datang makcik minta maaf pakcik dah xde. hmm..
Semoga acik tabah arwah ayah acik akan di tempatkan oleh orang-orang beriman. Ini sahaja yang mizi dapat cerita untuk acik.
http://www.akupenghibur.com/2014/10/patah-tumbuh-hilang-tak-berganti.html