Posts

Showing posts from August, 2013

EN ANAS BAGI GUA RM900.00

Image
Siapa sangka tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. En Anas dari syarikat lambatpancut.com baik hati bagi gua RM900.00. Menjadi juga business online aku buat. Aku dah join lama dah PPL Encik Anas ini dia baik orangnya. Tetapi ingat produk ini hanya sesuai untuk lelaki yang dah berumah tangga sahaja ye nak join klik kat bawah.

KESIAN SAMSUL YUSOF

Image
Sol... sol.. sol... sabar la Samsul hidup ini banyak kena bersabar cerita belum masuk wayang dah kena cetak rompak dekat dalam website. Baru aje gua buat review pasal KL Gangster 2. Mula2 gua tak percaya jugak cerita KL gangster 2 kena cetak rompak dalam website. Lepas itu terkejut beruk baca status facebook Samsul Yusof. Ingatkan website itu tipu aje mungkin bila kita klik link-crup2 ke link 8share ke bila klik memang betul pulak cerita KL gangster 2 yang akan masuk wayang 3 Oktober ini haha. Samsul kata ini kerja orang dalam nak sabortaj dia. Gua dah try download dah separuh lepas itu broken link haha padan muka aku. Itu la pasal jahat sangat korang jangan la tukut cerita melayu takpe insyaallah lepas ini mana tau cerita KL Gangster 2 ini jadi box office insyallah.




CARA PENDEKKAN URL BLOG

Image
Cara pendekkan url blog. Salah satu fungsi kenapa kita perlukan memendekkan url blog adalah kerana url blog kita terlalu panjang. Dengan cara mudah ini url blog kita akan lebih mudah kelihatan dan tidak terlalu serabut. Ikuti langkah di bawah contohnya.

http://www.mizisempoi.com/2013/08/tips-dapat-no1-dalam-ranking-google.html
url di atas mungkin terlalu panjang dengan hanya pergi ke laman web google berikut http://goo.gl/ anda akan dapat url lebih pendek dan mudah di ingat.dan hasilnya seperti di bawah.
http://goo.gl/Mk4d5c
Selamat mencuba


NAK SEMPOI LAGI - cara mudah buat banner blog - iklan proton

indahnya dunia ni bila kita memerhati dan mengkaji ciptaan Allah

Image
Kita hanya manusia yang tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan. Kita bukan manusia yang sempurna diciptakan oleh Allah s.w.t tetapi jangan sesekali memandang setiap keburukan orang itu. Tak semua apa yang kita buat orang akan suka. Jangan sesekali mudah putus asa setiap kritikan yang mereka beri pada kita. Ambil peluang tersebut sebagai inspirasi untuk kita menjadi lebih baik dan bertambah baik.

Banyak lagi benda yang kita belum puas teroka di dunia ini. Tak kisahlah walaupun kita hanya di alam maya sekalipun. Jangan sesekali bangga dengan apa yang kita dapat kerana itu hanya sementara. Ini pesan pada saya anda boleh amalkan pergi ke cermin tengok diri anda cantik/ hansem ke aku ini. Kalau rasa diri itu tidak hansem atau cantik pergi bandingkan dengan monyet oh aku lagi hansem dan cantik dari dia. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda.


Segmen Pencarian Bloglist Sempena Kemerdekaan By Mrs Mahadi

Image
Assalamualaikum... Mari kita join segmen nie sama-sama..

segmen ni akan bermula pada 25 ogos 2013 - 28 Ogos 2013 .
Marilah kita ramai-ramai support segmen beliau yang pertama nie.

Sekian Terima kasih

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

Image
selamat menyambut hari kemerdekaan ke 56 jom sama-sama kibarkan jalur gemilang anda.

TERENGGANU BAGI RM2.00 TANGKAP TIKUS HIDUP ATAU MATI

Image
KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memperhebat kempen membasmi tikus terutama di kawasan berisiko seperti kedai makan dan pasar, dengan menawarkan bayaran RM2 bagi seekor tikus sama ada hidup atau mati.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata pihaknya membuka kembali kaunter tikus bagi membolehkan orang ramai menyerahkan haiwan itu kepada MBKT.

"Orang ramai di bandaraya ini boleh menyerahkan haiwan berkenaan di kaunter kami yang dibuka di Padang Negara Chabang Tiga dan Dewan Tunku Abdul Rahman bermula minggu depan.

"Ini sebagai galakan kepada orang ramai untuk sama-sama menjaga kebersihan bandaraya ini sekali gus dapat mengelak terkena penyakit leptospirosis," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata fasa pertama kempen bermula dari Oktober 2013 hingga awal Januari lepas, dan sepanjang tempoh itu, sejumlah 1,162 ekor tikus dijual kepada MBKT.

Adzlan berkata MBKT turut membeli beberapa peralatan bagi menjalankan kemp…

SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA 56 by INVISIBLE ME

Image
KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Bersempena dengan hari kemerdekaan yang bakal berkunjung tiba, ingin pemilik blog Invisible Note melaksanakan segmen yang julung-julung kali dibuat. Semua orang layak menyertainya. Bermula dari 24 Ogos 2013 sehingga 31 Ogos 2013 (11.59 p.m.)

Syaratnya : 1. Ada baiknya bagi Muslim, dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim :) 2. Follow blog Invisible Note ni, like fbpageInvisible Note yang baru ditubuhkan.
3. Buat entry yang bertajuk SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA 56 by INVISIBLE ME. 4. Copy code dalam entry dekat SINI, pastekan dekat ruangan HTML dekat New Post anda dan Publish. 5. Pastekan link entry anda dekat ruangan komen kat SINI. 6. Taraaaa siap~
Jangan lupa untuk jemput ramai-ramai orang untuk turut serta dalam segmen. Andai bilangan yang turut serta lebih dari 56, ada hadiah misteri untuk dua orang peserta :)

Sambil bersegmen, berblogwalking jangan lupa untuk doakan saudara kita di Mesir. Moga selamat semuanya.
24 Ogos 2013 - 31 Ogos 2013 Terima ka…

TIPS DAPAT NO1 DALAM RANKING GOOGLE

Image
Semua orang nak dapat no1 dalam google termasuklah blog aku. Mesti bangga bila blog dapat no1 dalam list google. Tetapi bagaimana caranya. Bukan mudah sebenarnya kena usaha la sikit. Macam aku malas nak update memang taklah dapat no1 google. Tetapi benda itu tak mustahil kalau kita usaha. Respek mat saleh ini buat business kad dia.




Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com

Image
Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.comBuat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.comCopy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INISenang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

SUHAILA ABU HASSAN

Image
Di minta individu bernama Suhaila Abu Hassan sila kemukankan bayaran hutang anda secepat mungkin sebelum 25/8/13. Jika anda gagal membuat pembayaran dengan segera saya tidak teragak-agak mencari anda hingga ke lubang cacing. Dah beli barang lepas itu liat nak bayar pulak. Mana kau nak lari nama dah blacklist kau ingat aku nak tolong bayar bil kau ke?

OHBlogger Blogger Baru

Image
Tentang Blog Saya 
Nama :
Tarmizi Bin Zamri

Nama Blog :
MIZI SEMPOI

Mengapa Saya Pilih Nama Blog Saya ? :
Sebenarnya saya pun tak tau macam mana saya dapat idea ini. Mungkin sebab mimpi lalu terfikir kot.

Link Blog :
www.mizisempoi.com

Bila Saya Mula Berblog ? :
30 / 3 /2012

Tujuan Saya Berblog :
Pada mulanya , saya takde kerja lalu susah nak cari kerja dah putus asa masa itu. Pastu search kat google terjumpa blogger otai buat duit dengan blog itu yang buat blog juga tu hehe.

Sebab Mengapa Anda Sertai Segmen Ini
Tujuan saya menyetai sagmen ini adalah untuk mencari jodoh haha takdelah gurau je untuk menambah pengalaman menceburi bidang blogger. Jeles tengok otai-otai blogger buat duit dengan blog dan menjadi sumber inspirasi untuk saya berkarya nampak macam poyo pulak. Apa-apa pun terima kasih kepada Hasrul Hassan kerana memberi peluang kepada blogger-blogger baru mempertengahkan diri dalam dunia blog. Nak join sagmen klik banner kat atas terima kasih.

NAK JADI BANDUAN ATAU JADI GRADUAN

Image
Kita bercakap pasal isu ptptn sekarang. Seperti yang kita tau ptptn akan dimasukkan ke dalam CCRIS. CCRIS adalah merupakan salah satu tempat dimana peminjam yang tak bayar akan di ishtihar muflis sama seperti orang yang tak bayar pinjaman bank tak bayar ansuran kereta atau rumah mereka yang tak bayar bil astro dan jangan terkejut syarikat perabut Courts lagi bayak orang muflis kalau korang nak tau sebab itu dia guna perkataan Courts haha padan muka.

Kalau jadi banduan lepas keluar penjara anda bebas dari hutang tetapi kalau anda jadi graduan anda akan dibebankan dengan hutang ptptn jadi anda tahu apa jawapan dia bukan. Sebab itu ramai graduan beralih arah untuk memilih kerjaya jadi banduan.

Sebab apa kau pinjam ptptn?
Sebab aku nak masuk universiti
Sebab apa kau nak masuk universiti?
Sebab aku nak dapat kerja.
Sebab apa kau nak kerja?
Sebab aku nak bayar ptptn.
Walaupun isu PTPTN hangat dibincangkan, mohon jangan libatkan dengan mana-mana parti politik. Kerana risau akan mengeruhkan…

KHALIL BERJAYA GODAM FACEBOOK

Image
Khalil salah seorang hackers dari Palestine memberitahu tentang kelemahan sistem facebook. Apa yang menariknya khalil dapat membuka wall sesiapa dan menjadi admin di facebook. Kalaulah facebook merupakan web no 1 alexa pun boleh digodam apatah lagi blog picisan haha. Khalil juga menghantar pesanan ke wall Mark Zuckerberg dan Khalil mendapat mesej dari e-mail memberitahu itu adalah salah satu kelemahan facebook dan meminta Khalil tidak menyebarkan apa-apa perisian atau password kepada orang awam. Hebat Khalil ini lalu Khalil minta duit 500us dolar sebagai habuan dan facebook menghantar satu pesanan e-mail akan melalukan tindakan kepada khalil jika melakukan sekali lagi haha. Jadi khalil hanya berdiam dan menceritakan pengalamannya di blog peribadinya entah betul ke tidak cerita dia. Facebook terus menukar perisian codenya serta merta. Sekian.


GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA

Image
Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
 Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

 Good Luck semua ^.^

BUAT DUIT DENGAN 8SHARE

Image
Cheers!

Yuna
8Share Team

SAYS Sdn. Bhd.
The Secret Hideout,
Lot 7.08B, Level 7,
1 Tech Park, Tanjung Bandar Utama, Bandar Utama 47800,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03 7731 7583 Fax: 03 7731 7683
Minggu lepas, mereka dapat menikmati cash out mereka sebelum raya :)

Baca testimonial daripada ahli 8Share :
Hebat 8share ini banyak bagi duit kat orang sesiapa belum join boleh klik kat bawah
Tahu tak? Duit Raya 8Share masih boleh dapat lagi!

>>>Dapatkan duit raya sekarang!

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com

Image
Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.
Hanya 4 langkah mudah diperlukan : Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.comBuat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.comCopy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.Pemilihan pemenang : 10 blog akan dipilih melalui random.orgPemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di revi…

LENGCAI SUDAH MARI MA

Image
Gangster punya bapak pun gua tak heran ini pulak cerita KL gangster 2. Lu nak gua mandi lu punya mayat ka. Seram beb cerita ini, cerita yang memang aku akan tengok. Samsul Yusof buat pengakuan kat youtube jangan sesekali mengutuk industri filem Malaysia support industri filem Malaysia tak kira apapun. Akan temui peminat pada 3 Oktober 2013 ini. Rosyam Nor hero tua Castello jom tengok trailer kat bawah:-

BEST GAK LAYAN DRAMA MELAYU

Image
Aku tak boleh terima semua ini adakah salah aku. Takpelah aku harap kau dapat terima aku balik Azura aku masih cintakan kau Azura.

Azura: Tak Zak Azura yang cintakan Zak
Zak: Azura tipu Azura masih cintakan Zak kenapa Azura nak tipu pada Zak.
Azura: Tak Zak
Zak: Azura buat semua ini sebab Shilakan dia yang paksa Azura tinggalkan Zakkan. Zak tau anak yang bakal dalam perut itu anak Zakkan. Jawab Azura!!! Zak tak boleh kawin dengan Shila Zak tak cintakan dia Zak hanya cintakan Azura.
Azura: Tapi Shila cintakan Zak.
Zak: Keluarga Zak tak boleh tentukan hidup Zak. Zak berhak pilih siapa yang Zak nak. Zak hanya cintakan azura sorang.
Azura: Tapi Azura hanya pelacur di mata keluarga Zak. Keluarga zak tak akan dapat terima pelacur macam Azura biarlah Azura tengok Zak bahagia. Azura tak nak Zak putus dengan hubungan keluarga di sebabkan Azura. Anggaplah hubungan kita sebelum ini hanya sekadar mimpi sahaja. terima kasih kerana mengisi ruang hidup Azura. Selamat tinggal Zak.
Zak: Azuraaaaaaaaa…

TEKNIK PENANAMAN BENIH POKOK

Image
Bagi sesiapa yang mempunyai keyboard yang tak boleh digunakan atau rosak anda boleh cuba teknik penanaman ini. Pastikan penjagaan baja yang rapi untuk memastikan tanaman segar. Bahan-bahan keyboard, biji benih dan baja.







KELEBIHAN ANROID 4.3 JELLY BEAN

Image
Bersama-sama dengan sokongan untuk Bluetooth Profil Pintar dan Terhad Google telah menambah beberapa ciri-ciri keselamatan yang lebih kukuh untuk keluaran terbaru Android sistem operasi mudah alih. Android 4.3 Jelly Bean, yang mana Google sedang memanggil "a Jelly Bean manis", menambah sokongan untuk Wi-Fi konfigurasi pada rangkaian WPA2-Enterprise serta pelbagai perubahan dalaman yang membuat ia lebih sukar bagi hacker (dan NSA) untuk mengeksploitasi kelemahan keselamatan.

Perubahan yang paling kontroversi seolah-olah untuk Android 4.3 pengaktifan SELinux. Ia dilihat sebagai satu langkah kontroversi kerana hubungannya dengan NSA. Sejak NSA tidak mendapat akhbar yang lebih baik pada masa ini, orang yang tidak betul menghubungkan projek SELinux, NSA dan kebimbangan mengenai pengintipan. Ia adalah benar bahawa NSA adalah pemaju asal dan utama SELinux tetapi yang hampir tidak relevan hari ini. Beberapa perkara penting yang perlu diingat bahawa tompok SELinux adalah sumber terbu…

PESANAN PRESIDEN MORSI

Image
Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang.Kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dengan dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.
Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah
antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi.
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pada saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata pa…

Budak lelaki meninggal dunia kerana berpuasa

Image
Budak lelaki meninggal dunia kerana berpuasa? | Seorang budak lelaki menjadi warga pertama Oman meninggal dunia ketika berpuasa disebabkan kekurangan air, awal minggu ini. Budak itu dikejarkan ke hospital dua jam sebelum waktu berbuka puasa tetapi diisytiharkan mati sebaik tiba di wad kecemasan. Kanak-kanak itu tidur pada petangnya dan ibu bapanya lupa untuk menyedarkannya, kata sumber hospital kepada Times of Oman. Ia menyebabkan doktor di emiriyah itu mengingatkan ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka yang masih kecil supaya berpuasa. Ini bukan kali pertama kami merawat seorang kanak-kanak dalam keadaan kritikal di wad kecemasan kerana berpuasa.

Kali pertama

'Apa yang saya tahu, ini kali pertama kematian dicatat. Memang benar, ramai yang tiba di sini disebabkan kekurangan air hingga berkeadaan tenat. Ibu bapa tidak boleh paksa anak mereka berpuasa. Dari segi perubatan, usia 12 tahun adalah permulaan minimum untuk seorang kanak-kanak berpuasa sepenuhnya', kata seorang dok…

Giveaway Ramadhan & Hari raya datang lagi. syukur!

Image
lama dah tak join GA tarikh tamat 20th August 2013