Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

BENDERA NEGARA APA INI

Imej
Salah satu perkara yang tidak masuk akal ialah berdera negara apa yang berada di atas ia seolah-olah bendera gabungan negara Singapura dan Indonesia. Apa yang membezakan ia adalah corak bintang 14 bucu yang hanya membezakan kedua-dua bendera tersebut. Bendera tersebut telah di bawa oleh beberapa golongan perhimpunan merdeka baru-baru ini janji demokrasi. 

Bagi yang tak pernah tengok lagi bendera singapura dan indonesia tengok bawah ini

 bendera singapura
bendera indonesia


Adakah disebabkan bendera Malaysia sama seperti bendera USA bendera Malaysia perlu di tukar. Aku tak pernah terfikir pulak. Aku rasa ok aje pakai bendera Malaysia korang rasa macam mana.

LAWAK MOTOSIKAL PERTAMA BERGERAK MENGGUNAKAN NAJIS

Imej
TOKYO - Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun semalam menyatakan ia boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan haiwan.

Ia dianggap sebagai motosikal pertama dijana dengan najis sebagai bahan bakar di dunia.

Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk tandas di tempat duduk.

Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia bergerak.

"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak dihasilkan daripada najis manusia.

"Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan," kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita.

Motosikal itu dipamerkan di bilik pameran syarikat tersebut di pinggir Tokyo.

Menurutnya, para pelanggan amat berminat dengan kenderaan tersebut dengan sebahagian mereka merakamkan gambar.

Setakat ini motosikal itu tidak akan dijual. - AFP

DILARANG NAIK PESAWAT BERPAKAIAN SEKSI

Imej
LAS VEGAS – Beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat membuat peraturan baru iaitu melarang penumpang berpakaian seksi dan berunsur provokasi dari menaiki pesawat mereka.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...KeK SEDAP-SEDAP DI SINI
“Penampilan penumpang memberi imej penting yang akan memberi reputasi baik kepada syarikat penerbangan,” kata Penasihat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika (FAA) Kenneth Quinn.

Menurutnya, krew pesawat juga berhak untuk mengusir penumpang yang tidak mematuhi etika berpakaian ditetapkan.

“Kami pernah mengusir seorang remaja lelaki yang mengenakan t-shirt memaparkan kata-kata lucah dan seluar londeh,” katanya.

Minggu lalu, seorang wanita berang apabila dia bersama seorang lagi rakan dilarang menaiki pesawat Southwest Amerika kerana memakai pakaian yang menampakkan lurah buah dada.

NEIL ARMSTRONG MATI UMUR 82 TAHUN

Imej
Neil Armstrong merupa orang Amerika pertama Nasa yang telah berjaya menjejaki ke bulan dan saya percaya anda mungkin kenal Neil Armstrong kan. Kenapa beliau boleh pergi ke bulan sebab nama pun strong(kuat) sebab itu pergi ke bulan. Tetapi apa yang sedihnya daripada sumber yang tidak boleh di percayai hampir 9% orang Nasa tidak percaya Neil Armstrong pergi ke bulan dan gambar yang kita lihat hari ini merupakan gambar studio kenapa tak nak percaya pulak. July 1969 adalah tarikh keramat Neil Armstrong jejakkan kaki ke bulan.
Ini aku ambil dari wikipedia beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Aeronautik pada tahun 1955. Armstrong kemudiannya menjadi seorang juruterbang ujian awam untuk NASA dan pandu mi 4,000 / h (6,400 km / h) X-15 pesawat roket. Armstrong telah dipilih oleh NASA sebagai angkasawan pada tahun 1962.
Beliau memerintahkan Gemini 8, yang mencapai dok pertama dua kapal angkasa mengorbit, pada tahun 1966. Beliau berkhidmat sebagai komander kru sandaran un…

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Imej
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sedar tak sedar dah 55 tahun kita merdeka lamakan. Dan 55 tahun juga kita dijajah oleh UMNO haha. Apa persiapan korang pada merdeka tahun ini ke korang memang tak pernah sambut merdeka setiap tahun. Apa yang korang buat untuk agama negara yang tercinta. Takkan duduk rumah tengok astro je main internet je. Tak pun korang tak dapat cuti kena paksa rela pergi perhimpunan janji ditepati kesian macam cerita kat bawah ini paksa rela terima ajela kitakan rakyat kena la ikut pemerintah apa yang dia cakap tak boleh lawan.
ambik dari page ameno world
gambar aku ambik kat kl

JANGAN BAGI TAU ISTERI ADIK KAKAK TENTANG ZALORA DOT COM DOT MY

Imej
Semua dah tengok kan iklan Zalora ini kat tv memang dahsyat Zalora adalah 1 perniagaan jual beli internet yang terbaik setakat ini. Maklumlah penjualan utamanya adalah internet. Sasaran utama ialah wanita sebab perempuan biasalah kalau beli-belah memang tak ingat dunia beli pastu belah haha.
Tetapi apa-apa pun saya minta anda berhati-hatilah ada orang kata Zalora ini menipu betul ke. Mana tak nyer  sistem perniagaan internet sekarangkan dah meluas ini di tambah sistem perbankkan online macam cimbclick dan maybank2u. Kalau ada sesiapa yang pernah beli di Zalora.com.my cerita la pengalaman anda nak tau lebih layan iklan kat bawah.

Lelaki ‘kaya’ disembelih

Imej
BALIK PULAU: Seorang lelaki tidak sempat membelanjakan wang hasil jualan tanahnya berjumlah ratusan ribu ringgit selepas dibunuh dengan kejam apabila disembelih dalam keadaan tangan terikat di rumahnya di Mukim A, Kampung Sungai Pinang, di sini, semalam.

Mayat Ghadzali Ahmad, 52, ditemui terbaring tanpa baju dan hanya berkain pelekat oleh seorang rakannya, di atas lantai bilik tidurnya, pada jam 10 pagi.

Rakannya itu dikatakan datang ke rumah mangsa yang masih bujang untuk membawanya ke sebuah hospital swasta bagi membantunya mendapatkan rawatan penyakit asma dihidapinya.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali memanggil, rakan mangsa hairan kerana tidak bersahut lalu meninjau ke dalam rumah melalui tingkap dan ternampak Ghadzali terbaring berlumuran darah lalu menghubungi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pisau dipercayai digunakan unt…

UMNO BOLEH LAKSANAKAN HUDUD KALAU PAS SERTAI UMNO

Imej
Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebu…

DIGIGIT BUAYA KETIKA LEPAS HAJAT

Imej
KUCHING – Kejadian serangan buaya di Sarawak berterusan apabila seorang lagi mangsa hampir dibaham reptilia ganas tersebut di Sungai Santubong, Pending Industrial Estate di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, seorang buruh binaan warga Indonesia yang dikenali sebagai Paie, 32, terpaksa bergelut selama satu minit dengan seekor buaya dipercayai daripada speses jejulong sebelum berjaya melepaskan diri.

Lebih malang, lelaki yang berasal dari Kepulauan Jawa itu dikatakan sedang mencangkung di tebing sungai untuk membuang air besar, namun belum sempat melepaskan ’hajat’, punggungnya telah digigit buaya sepanjang kira-kira dua meter.

Paie yang ditemui di Hospital Umum Sarawak memberitahu, sebelum kejadian, dia berseorangan turun ke tebing sungai berhampiran rumah kongsi untuk membuang air besar.

“Saya baru mencangkung dan tiba-tiba terasa ada sesuatu menerkam punggung saya dari arah belakang dengan begitu kasar sekali.

“Selepas menyedari ia seekor buaya, saya berpaut pada sebatang…

JANGAN KLIK KALAU DAH KAYA

Imej
Terima kasih kerana klik anda telah setapak menjadi jutawan. Saya akan dedahkan satu program buat duit yang mudah untuk anda dengan hanya modal RM30.00. Percayalah ini bukan scam ini adalah program buat duit untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan sama-samalah kita membantu insan yang memerlukan. Anda tidak akan bankrap dengan modal RM30.00, di bayar seumur hidup keahlian tetapi manfaat yang anda dapat pulangannya mungkin lebih. Bacalah pdf di bawah dan sebarkan untuk menjadi mimpi indah anda.

LELAKI GIGIT ULAR TEDUNG HINGGA MATI

Imej
KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.

Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.

Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.

"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.

"Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.

"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.

Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.

"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbar Annapurna P…

POKOK PUN MASIH ADA DARA

Imej
buah labu sayung
 batang pokok
bunga raya
Tak tahu kenapa dunia ini memang pelik banyak blog lucah di temui sekarang niat aku bukan nak post bab2 lucah tetapi cuma tertarik nak letak gambar lucah dalam blog dengan harapan rating blog naik. Maklumlah dah raya hantu syaitan dalam kepala dah naik minyak bila lagi nak buat jahatkan haha. 

KERANA RM30 SANGGUP BUNUH RAKAN

Imej
'
KUALA LUMPUR: Cuma RM30. Itulah nilai nyawa seorang tukang rumah apabila mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang itu.

Mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.

Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, ketika mangsa berehat di ruang tamu rumah, dia didatangi suspek, seorang daripadanya rakan sekerjanya berusia 55 tahun dan seorang lagi berusia 53 tahun yang tidak dikenalinya.

“Dua suspek yang bersenjatakan kayu itu terus menyerang dan memukul mangsa menggunakan kayu panjang sebaik menceroboh rumahnya.

“Suspek kemudian melarikan diri bersama senjata digunakan apabila melihat mangsa mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita …

Manchaster nak beli kaka pulak

Imej
Manchaster yang baru-baru ini membeli van Persie memasang niat untuk dapatkan khidmat Kaka. Tetapi keputusan ini masih dalam perbincangan. Maklumlah manchaster kelab terkaya di dunia semua pemain nak beli. Ini akan menimbulkan kerisawan semua pesaing Manchaster. Kaka juga tidak lagi berminat sambung kontrak dengan kelab lamanya Real Madrid. Kepala batu juga Kaka ini. Real Madrid pulak tawarkan Kaka kepada Manchaster ialah takut kalau barcelona beli hancurlah Real Madrid kan.

Walaubagaimanapun kaka akan pergi ke Manchaster untuk pinjaman. Lagipun Kaka dah tua usianya 30 tahun mungkin populiriti Kaka tidak sehebat dulu tetapi kita tunggu apa sahaja keputusan Manchaster. Ko belilah apa sahaja pemain ko Manchaster akan tetap kalah juga percayalah cakap aku haha.


PAS TERIMA HUDUD DITOLAK OLEH DAP TETAPI BUKAN UMNO

Imej
Pendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat diterima.

PAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud.

Apakah sikap PAS itu munafik?
Tidak. PAS telah membuat sikap yang betul. Sikap PAS itu dibuat mengikut kaedah siasah syariyah yang menjadi pegangannya dalam mengendalikan politik di negeri ini.

Berpandukan kepada sejarah hijrah Rasulallah SAW ke Madinah, dakwah baginda ditolak orang ahli kitab – Yahudi dan Nasrani. Bukan saja Islam yang baginda bawa mereka tolak, bahkan mereka tolak baginda sebagai Rasul sedang mereka tahu bahawa baginda adalah Rasul akhir zaman yang dirakam dalam Taurat dan Injil.

Tetapi ini tidak menghalang baginda mengikat perjanjian dengan Yahudi untuk hidup bersama di Madinah. Baginda dengan agamanya dan Yahudi dan Nasrani dengan agamanya. Baginda tidak …

Jom Main Counter Strike

Imej
Kalau korang nak tau aku memang hantu game counter stirike. Aku dah main game ini sejak aku sekolah lagi sampai sekarang. Aku memang minat games ini sebab boleh lawan online. Tetapi orang Malaysia tak berapa banyak orang main aku tengok orang Malaysia dah banyak yang bosan kot tetapi aku ada juga kenal orang Indonesia. Sekarang ini aku join server dengan budak Romania.

Sekarang ini ada game baru versi 2012 akan di lancarkan pada 21 Ogos tetapi tak tahu la sampai kat Malaysia bila mesti mahal kot. Antara kelebihan dia lebih banyak senjata lebih banyak map dan grafik lebih cantik dari cs1.6. pelancarannya untuk PC, PlayStation 3 dan juga Xbox 360.Sebab minat sangat games ini sampai banner aku pun letak games counter strike. Kalau kat US dia orang siap ada perlawanan world cup counter stike cuma kat Malaysia takde sambutan.. 


nak download cs1.6 {KLIK SINI}

MINTA MAAF SEBAB NAK RAYA

Imej
Hari ini saya penulis blog ingin minta maaf menyusun 10 jari andai kata ada yang terasa hati. Tetapi kenapa bila masa nak raya baru nak minta maaf hari lain tak boleh ke. Ia la kita selalu buat silap tanpa di duga. Jadi saya menyusun 10 jari memohon maaf la kalau ada terkasar bahasa yang boleh menyinggung mana-mana pihak semasa proses menaip di jalankan yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari saya sendiri. Tahun depan raya saya minta maaf balik.

Man: abu aku nak minta maaf sebab pinjam awek ko
Abu: xpe la aku halalkan lagipun nak raya
Man: betul ko tak marah ke
Abu: raya aku maafkan la
Man: aku ada rembat duit ko dalam almari ko tak marahkan
Abu: raya takpe la aku maafkan
Man: best la dapat kawan dengan ko ni abu
Abu: lepas raya habis ko boleh cari rumah sewa lain ye. Tak pe raya aku maafkan ko
Man: ???

Anwar tetap yakin menang pru13

Imej
Sungguh menakjubkan sharifah shahidah sebagai hos membuat temu bual kepada anwar ibrahim selaku presiden pembangkang pakatan rakyat malaysia di google hang out semalam.

Sebanyak 539 subscibers dan 35852 video view. banyak soalan yang di ajukan antaranya pengingkatan kos sara hidup menjadi beban rakyat.

Semua jawapan di jawab dengan anwar ibrahim. Tak semua soalan berkitar politik ada juga soalan van persie masuk manchaster tak kena mengena.

Fa`izam tu allallah tawakaltu apapun kita kena yakin kita bukan pergi bawa parang untuk lawan tetapi bawa pen untuk pangkah antara amanat terakhir anwar yang cukup bermakna. Walaupun ada antara mereka rasa seolah-olah pakatan rakyat tidak mampu menumpaskan gergasi kerajaan tetapi Anwar masih tetap yakin untuk menang pilihan raya pru13.


Hampir aku terlupa Najib ada hantar kad raya kat aku semalam. Terima kasih Najib. Najib adalah merupakan salah satu kad raya yang aku terima sebab tahun ini aku memang tak dapat kad raya terharu sangat sayang gak Naji…

Penyanyi Fu Li dibunuh oleh seorang lelaki kurier

Imej
14 Ogos - Cina penyanyi Fu Li telah dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki kurier, yang percaya bahawa dia adalah wanita kaya kerana dia telah membuat pembelian banyak di online.

Menurut Bite Asia, Fu telah dirogol dan dibunuh di rumah Beijing beliau pada 30 Julai oleh kurier, Zhang Kunpeng, yang berbohong bahawa dia telah menyampaikan item bahawa dia yang dibeli di Internet. Zhang telah membuat banyak penghantaran sama ke rumahnya sebelum ini, dan memutuskan untuk merompak beliau. Beliau meneruskan untuk merogol dan membunuh dia supaya dia tidak akan memaklumkan kepada sesiapa pun.

Badan Fu dijumpai oleh keluarganya kemudian, tetapi Zhang telah melarikan diri dari Beijing.

Beliau telah ditangkap oleh polis ketika menaiki kereta api dan telah dimasukkan ke jenayah beliau.

Kematian fu datang sebagai satu kejutan kepada rakan-rakannya.

"Saya benar-benar dalam penafian. Saya segera dipanggil seorang kawan yang tinggal dalam masyarakat yang sama dan beliau mengesahkan berita," …

REKOD DUNIA SEBERANG LORI GUNA TALI

Imej
Rekod dunia-induk highliner Iman Dickey pertempuran angin untuk tiba ke garisan antara dua trak yang dipandu laju. Dia akan membuat ia sebelum trak mencapai terowong yang terletak di sebalik selekoh seterusnya? Sila berkongsi dan komen!


Lagak ngeri itu ditubuhkan untuk menunjukkan pengendalian tepat baru Volvo FH. Difilemkan terletak di jalan yang belum dibuka di Croatia kerjasama dengan Hollywood lagak ngeri pengarah Peter Pedrero (James Bond, Harry Potter, Pirates of the Caribbean.) Diarahkan oleh penama Anugerah Akademi Henry Alex Rubin.

Mereka Terpaksa Bekerja Di Hari Raya

Imej
Walaupun dalam suasana hari raya ramai umat islam mengambil peluang untuk bercuti tetapi kita harus ingat ada juga individu antara mereka terpaksa bekerja di hari raya atas menjalankan tugas dan berkhidmat kepada negara.


Inilah dia abang polis yang semestinya perlu manjalankan kerja mencari rezeki untuk memastikan jalan raya dalam keadaan selamat.

Abang bomba juga kena kerja mana tahu rumah terbakar budak-budak sibuk main mercun.

pemandu bas juga senasib dengan mereka hantar orang balik kampung tetapi dia sendiri tak balik kampung. Dan juga mereka yang nak beli tiket bas tetapi tiket bas dah habis.

kalau bos korang tak bagi balik raya jangan la bersedih laksanakan tugas dan tanggungjawab di berikan. Selamat hari raya


Motivasi bermula di minda

Imej
Fikirkan masa hadapan
Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan. Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.





Punyai matlamat dalam minda
Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas dan tuliskan dengan spesifik apa, bila dan bagaimana anda ingin men…

Coca-cola Hina Islam

Imej
Coca-cola adalah minuman bergas seperti pepsi, 7up, F&N, 100plus tetapi mungkin ada yang sudah tahu atau buat tak tahu sememangnya coca-cola adalah minuman yang menghina islam. Coca-cola juga tidak baik untuk kesihatan kita sebagai manusia.
Cuba perhatikan betul-betul gambar di atas. Gambar di atas di ambil sekitar tahun 2009 apa motif gambar di atas selain menghina hukum Allah seolah-seolah kita bersujud pada coca-cola. Saya menyeru mereka yang beragama islam supaya tidak minum coca-cola kerana coca-cola adalah syarikat terkaya di US banyak lagi minuman bergas yang anda boleh minum selain coca-cola. Ini satu lagi contoh jelas memaparkan no muhammad no makkah. Walaupun coca-cola minuman yang sedap untuk di minum tak mati pun kita nak boikot produk Israel ini.

Kesalahan Berhari Raya Yang Kita Tidak Sedar

Imej
Di sini adalah post yang kadang kala kita sebagai manusia tidak sedar dengan perbuatan kita menjelang hari raya lebaran yang mulia. Saya tertarik kepada rakan saya yang post kat facebook taip mampukah kita berhari raya lagi pada tahun hadapan? Antara kesalahan yang ketara ialah wujudnya pembaziran di hari raya, bersalaman lelaki dan perempuan bukan muhrim dan banyak lagi sebenarnya mungkin gambar ini dapat menjelaskan segalanya. klik untuk paparan lebih besar.


Nak lagi sempoi >>>LETAK LAGU RAYA DI BLOG >>>BAJU RAYA AKU TAHUN INI

Mana Hak Kebebasan Bersuara Kami

Imej
Jom! Bantah Seksyen 114A! Tahukah anda akta ini boleh mengancam kebebasan berinternet di Malaysia?

Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950? Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.

Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis ole…

TEMBIKAI WARNA BIRU DI JEPUN

Imej
Buah ini tumbuh di beberapa bahagian Jepun, ia yang dikenali untuk warna pelik biru itu apa yang anda mungkin tidak tidak tahu mengenai buah ini, adalah bahawa ia boleh bertukar rasa selepas anda makan itu, semua masam akan merasai manis, dan semua masin akan merasai pahit dan ia memberikan air oren seperti rasa yang kuat, buah-buahan ini adalah Sangat mahal, dan harganya kira-kira ¥ 16000 Edo (yang kira-kira 200 dolar) "- internet

Malangnya, ini adalah tembikai palsu! jika anda jenis orang suka membaca memang ketara, maka anda adalah jenis orang yang mungkin mencari dan MAHU ia LAPUK (sama seperti bagaimana saya lakukan). Malangnya, tembikai biru lazat ini hanya kerja photoshop, TETAPI jika anda adalah seorang saintis, sila membuat nota bahawa beribu-ribu orang mahu ini menjadi melayan musim panas yang sebenar.

Saya suka penipuan yang baik T.T

Alasan Wanita Tak Tutup Aurat

Imej
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]. Dan inilah alasan yang popular kenapa tak tutup aurat :- 1. Semua yang tutup aurat boleh masuk syurga ke? 2. Pakai ketat ke jarang ke itu hak kami korang jangan tengok? 3. Kami rasa kami pakai tak seksi terpulang pada individu yang memandang? 4. Walaupun kami tak bertudung kami tetap sembahyang dan puasa? 5. Suka hati kamilah pakai macam ini kami tak susahkan orang lain? 6. Apa yang kami pakai antara kami dengan tuhan? 7. Kami pakai macam ini sebab tuntutan kerja bukan korang bayar gaji kami? 8. Bukan kami tak mahu tutup aurat sebab belum sa…

Patutkah Bunuh isteri kerana Isteri Curang

Imej
PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruv…

FAKTA PENTING LETAK PATUNG BAWAH KERETA

Imej
Gantung patung di bawah kereta...BACA NI...

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagi…

GAMBAR ACARA OLIMPIK YANG GILA

Imej
Belum lagi dalam sejarah sesiapa yang masuk olimpik mereka yang kalah akan mati. Kalau ada yang mati lepas kalah mesti ramai orang tak nak masuk olimpik. Tetapi aku rasa pencipta gambar di bawah memang kretif sebab boleh imiginasi tahap gila macam ini tengok sendiri.

 acara lawan pedang 
 acara terjun atas tiang elektrik
 acara karate
 lompat tinggi
lompat jauh
amacam ada berani nak masuk olimpik haha :)