LELAKI GIGIT ULAR TEDUNG HINGGA MATI

KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.

Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.

Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.

"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.

"Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.

"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.

Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.

"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbar Annapurna Post.

"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam.

"Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.

Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa.

Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter.

Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. - Agensi

Ulasan

  1. In the western world how to find the most effective option for a innovative replica dior, you will see most the prices over the internet pretty ambitious. Several of the providers offer made use of plus production line refurbished merchandise which includes a make sure. Additionally you can uncover some terrific cartier replica sale acquisitions out of confidential gatherings internet, nonetheless often be ware. Hence find out how to get started looking for the best your timepiece for the ether? Initially don't forget what you wish. Make sure you begin with by way of believing around critical stipulations. Such as, identify your breitling replica sale and also contours. Quest by fabric included in a strap or even just a color of your face. This tends to take you going. Generate a boots and shoes less heavy and give extra fake rolex for sale shock reducing so sporting men currently have affect safeguards when its thighs and leg click ground level.

    BalasPadam

Catat Ulasan