SABAR DUHAI HATI

by - Januari 18, 2022


Faedah ayat 99-105, Surah As-Sofat. Tadabbur online DDAAM pada Rabu 19/1/22
1. Nabi Ibrahim telah mengisytiharkan utk berpindah kerana Allah. Ayat ini mengajar kita utk wajib berpegang kpd Allah. Allahlah penentu segalanya.
#Berdoa guna lafaz bahasa yg menunjukkan kita sangat bergantung kpd Allah. Merintihlah dan rasa dekat dgn Allah .
#Jika tak boleh beribadat dengan baik, wajib kita berhijrah ke tempat lebih baik dan selesa  utk kita beribadah kpd Allah
2. #Ilarabbi...berhijrah kpd rabbi@Tuhan
Nabi Ibrahim meminta dgn Allah, Rabb yg mengatur kehidupan.
#Asas utk berhijrah dan beruzlah supaya lebih selesa utk berdakwah
3. Allah anugerahkan kpd Nabi Ibrahim,anak yg sabar dan tenang. Sunat utk kita ucapkan tahniah beserta doa  kpd kawan yg dianugerahkan anak. Sertakan doa semoga menjadi anak yg soleh.
#Ayat ini sebagai dalil bahawa anak itu ialah Nabi Ismail bukannya Nabi Ishak.  Jelas dlm ayat ini tentang nabi itu Nabi Ismail yg sabar dan tenang.
4.
 I. Guna pendekatan yg lunak bila berkomunikasi dgn anak, gunakan bahasa yg lembut
Ii. Allah uji dgn sesuatu yg berat dlm hati(menyembelih anak)
Iii. Jangan salah guna mimpi dgn tindakan  bercanggah dgn syariat(alasan mimpi)
5. Nabi Ismail menerima perintah Allah dgn sabar. 
#Anak boleh menegur dan  mengingatkan ayah dgn bahasa yg lembut.
#Sentiasa gunakan kalimah InsyaAllah utk menunaikan janji kita.
*Jadilah kita orang yang sentiasa sabar dan tenang*
Catatan LMI190122
 

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0