Salam takziah Syafiq Ahmad

by - Disember 05, 2020




Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi.


Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.



Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.


“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi.

Sumber & Foto: UTUSAN ONLINE
Foto: Berita Harian


You May Also Like

2 comments

  1. Al Fatihah.Moga beliau tabah dgn dugaan yg maha besar ini

    BalasPadam
  2. salam takziah ujian yang berat buat beliau sekeluarga .

    BalasPadam