Ame 2020

by - Disember 02, 2020





Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME’ ialah sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 15 buah kategori utama yang dipertandingkan. ‘AME 2020’ merupakan penganjuran edisi ketujuh sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014.
Untuk makluman, keputusan penuh penganjuran ‘AME 2020’ bagi setiap kategori sudahpun dikenal pasti setelah kiraan rasmi dibuat sejurus selepas talian undian fasa kedua ditutup pada 31 Mac yang lalu.
Buat pertama kalinya juga, ‘AME 2020’ bakal berlangsung mengikut norma baharu berdasarkan ketetapan SOP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.
Masih mengekalkan tema ‘Epik Glam’ dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’, ‘AME 2020’ bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Ahad, 20 Disember 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Manakala rakaman acara ‘Karpet Merah AME2020’ yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak.
Istimewa untuk pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, ‘AME 2020’ turut didatangkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘AME 2020’ turut boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0