SMK MUSIM 2

by - Oktober 06, 2020


Selepas mengungguli kategori ‘Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020* yang berlangsung pada Ogos lalu, jenama SMK di bawah naungan Astro Ceria kini kembali dengan drama bersiri untuk musim yang kedua. SMK, Jom saksikan gelagat mereka melaui norma baru dengan covid-19. Sebuah siri komedi generasi millennial menampilkan bakat-bakat muda popular seperti Wafiy Aan, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Arena Wan, Erissa Puteri, Fikry Kiki dan ramai lagi. Tambah menarik, rantaian siri kali ini turut menampilkan pelakon sensasi tanah air, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom bersama pengacara dan pelakon lelaki yang kian meningkat naik, Sean Lee. Elly Mazlein akan menyandang watak sebagai seorang guru disiplin, Cikgu Aini, manakala Sean Lee sebagai pelajar senior di sekolah tersebut bernama Zul! Mulai 7 Oktober ini, saksikan musim terbaharu SMK pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611)! Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand. Ikuti perkembangan terkini musim kedua SMK di laman web rasmihttps://www.astro.com.my/ceria

You May Also Like

3 comments

  1. Tak pernh lagi tgk cerita ni. Tapo tgk iklan mcam best.

    BalasPadam
  2. orang tua macam uncle sesuai tak cerita macam ni?

    BalasPadam
  3. Wafiy ni bila la nak besar. Asyik dapat watak budak sekolah je..hahah

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0