Jangan ulang kesalahan yang sama

by - Ogos 19, 2020


Seorang makcik menjual nasi lemak di warung tepi jalan. Jualan perniagaan beliau saya percaya tidak sampai RM1 juta. Tetapi jualannya memudahkan pekerja untuk bersarapan dengan kos murah.


Seorang pengasuh kanak-kanak menjaga anak-anak di kampung. Khidmat asuhan beliau juga setahu saya tidak sampai RM1 juta. Tetapi dia memudahkan ibu bapa bekerja mencari rezeki.


Bukan semua perniagaan atau khidmat perlu juta-juta. Bukan semua perniagaan dianggap gagal bila tidak capai juta-juta. Tetapi jika dapat juta-juta dengan jujur dan tidak menipu, alhamdulillah ia rezeki dari Allah yang perlu disyukuri.


Satu saja pesanan Nabi sallallah alaih wasallam perlu diingati oleh orang kaya tentang orang miskin:


هل تنصرون وترزقون إلا بضعفائكم؟


Maksudnya: Adakah kamu menyangka kamu akan dibantu dan diberikan rezeki melainkan dengan orang lemah di kalangan kamu? [HR al-Bukhari, no hadis: 2896]


Moga nasihat ini menjadi pengajaran buat yang kaya dan juga yang miskin.


Dr Rozaimi Ramle


 

You May Also Like

2 comments

  1. Betul juga kan.. Tak semua lerniagaan mmpu caoai 1 juta tapi membantu orang lain

    BalasPadam
  2. Kerja dengan gaji yang berkat pun dah macam berjuta2 nilainya.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0