Diperkosa lelaki hos gas
Apabila mendengar cerita diperkosa oleh lelaki yang datang untuk memeriksa hos gas masak di rumah kediaman, membuat saya wajar mendedahkan cerita ini agar memberi peringatan kepada ibu bapa di luar sana agar berhati-hati.
Menurut ceritanya ketika membuat aduan polis, awal bulan Disember 2019, pukul 12.00 tengahari, di datangi oleh 2 orang lelaki untuk membuat pemeriksaan hos gas memasak. Seorang bos dan seorang pekerja. Mereka menunjukkan kad pekerja. Walaupun tidak ada ibu bapa di rumah, gadis ini telah membenarkan mereka masuk untuk memeriksa hos gas. Setelah siap, mereka pulang.
Tiba tiba minggu berikutnya, telah didatangi sekali lagi pekerja yang mahu memeriksa gas. Kali ini datang seorang sahaja. Oleh kerana gadis ini naif dan menyangka benar ada kerosakan pada hos gas memasak, dia membenarkan masuk. Pekerja itu terus ke dapur dan membuat pemeriksaan seperti minggu sebelumnya. Ini yang tidak menimbulkan syak wasangka buruk kepada pekerja lelaki itu.
Namun, setelah selesai membuat pemeriksaan gas, lelaki itu datang menghampiri gadis dan mencekup mulut. Gadis itu gagal untuk menjerit meminta pertolongan. Lelaki itu telah merogol gadis di dalam rumahnya sendiri apabila mengetahui gadis itu cuma sendirian sahaja berada di rumah ketika itu.
Setelah merogol, lelaki itu pergi menaiki motor,meninggalkan dia sendirian di dalam kebingungan. Kenaifan mengetahui kesan dan akibat mmebuatkan gadis ini tidak memaklumkan kejadian yang berlaku kepada ibu bapa. Dia cuma memaklumkan ada orang datang memerimsa hos gas.
Setelah 6 bulan berlalu, apabila menyedari perubahan tubuh dan perut tidak selesa, dia memaklumkan kepada ibu. Sebelumnya kedatangan haidnya memnag tidak normal. Kadang kadang 3,4 bulan tidak datang haid sebab itu dia tidak menyangka telah mengandung. Ibu membawa ke Klinik Pesakit Luar. Setelah menjalani pemeriksaan imbasan dia disahkan mengandung 24 minggu.
Sebaik mengetahui dia mengandung, terus ibu membawa ke Balai Polis untuk membuat laporan. Benda dah lama berlaku, sukar untuk pihak polis melakukan siasatan. Hanya pengakuan bagaimana dia boleh mengandung saja dapat dicatatkan.
Iktibar dari cerita ini ialah,
1. Ibu bapa mesti menerangkan kepada anak anak apabila mereka tidak ada, jangan membenarkan orang asing masuk ke rumah walau apa tujuan pun. Peringatkan anak anak untuk memaklumkan apa saja yang berlaku kepada sewaktu ketiadaan mereka.
2. Bercakaplah kepada anak tentang perhubungan intim antara lelaki dan perempuan. Sentuhan apa yang boleh dan tidak boleh. Akibat perhubungan intim yang akan mengakibatkan mengandung.
4. Jangan sebut perkataan zina atau rogol jika tidak diterangkan makna dan bagaimana perbuatan itu. Mereka yang naif memang tidak tahu dan mneyangka ia cuma setakat main pondok pondok.
5. Saya fikir anak ini tidak melayari internet dan tidak memiliki sebarang akaun media sosial.
Cerita dari fail peribadi,
Mak Liza
Nota : Jika cerita ini menjadi tular, penulisan saya ada bukti dari laporan polis yang telah dibuat. Bukan memburukkan mana mana syarikat yang mendapat konsesi membuat pemeriksa hos gas rumah ke rumah.
Tulisan saya ini hanya untuk memberi peringatan kepada semua orang untuk berhati hati walaupun seorang isteri berada di rumah ketika suami keluar bekerja, kepada nenek yang keseorangan sewaktu atok ke kedai kopi atau ke pasar.
10 comments
rasa macam pernah baca kisah ni tapi tak ingat kat mana. kesian si gadis tu
BalasPadamPengajaran dan ingatan buat semua...
BalasPadamSemua orang perlu sentiasa ada rasa curiga pada orang yang tidak dikenali.
BalasPadamSemoga kita semua saling menjaga dan menghormati. Pelik pelik je ada orang yang bernafsu binatang ni.
BalasPadambahaya betul,kena sentiasa berhati-hati
BalasPadamTakut bila jadi mcm ni. Memng dri kevik ajar anak jangan dekat drngan org tak dikenali..
BalasPadamBahayanya kan...bukan anak je kita pun kena beringat
BalasPadamBila anak berseorangan di rumah, ajar anak untuk tidak membenarkan sesiapa pun masuk kecuali selepas call mak ayah dan juga minta bantuan jiran tengokkan. Kalau wife pun sama. Call suami dulu, panggil jiran tlg tengokkan sama. Salah satu cara.elakkan kejadian begini.
BalasPadamAlahai kesiannya. marina pon selalu ingatkan anak2 pasal strangers.
BalasPadamBila duduk sendirian, nak buka pintu pun takut. Pura-pura tak ada orang kat dalam rumah.
BalasPadam