Semoga Imani berjaya berak di tandas

by - April 17, 2020


‘Bercerai lampin’ atau ‘toilet training’ anak adalah salah satu pencapaian yang penting dalam perkembangan anak-anak.  Ini merupakan salah sebuah pengalaman pertama mereka untuk belajar memikul tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Bila masa yang sesuai untuk ‘toilet training’ anak?
Sebenarnya tiada had waktu atau umur tertentu untuk mengajar anak ke tandas. Ada sesetengah ibu sudah mula ‘toilet training’ anak seawal 2 tahun. Ada juga yang masih memakai lampin sehingga umur 5 tahun.

Namun, ia terpulang kepada ibu bapa sendiri dan juga kesediaan mental dan fizikal anak untuk bercerai lampin. Selalunya, apabila anak-anak mula menghampiri saat dihantar ke tadika, mesti ramai ibu bapa yang terfikir untuk mulakan ‘toilet training’ anak.

Jika diikutkan, mereka boleh dilatih sebaik sahaja mereka pandai bercakap dan boleh memahami 1 arahan yang mudah.

1. Kenalkan anak dengan tandas seawal umur 1 tahun

2. Selalu bawa anak ke tandas. Kenalkan kepada mereka apa itu tandas dan fungsi-fungsi alatan di tandas.

3. Praktis anak memakai lampin kain, bukan lampin pakai buang. Lampin kain akan membuatkan anak rasa tak selesa apabila basah. Sekarang banyak ‘cloth diaper’ cantik-cantik di pasaran. Bukan sahaja dapat ajar anak cerai lampin awal, malah dapat jimat wang juga.

4. Ajar anak perkataan atau panggilan yang senang untuk mereka ingati contohnya jika nak kencing sebut “nak wiwi” atau “nak shishi”. Jika nak buang air besar “nak poo poo”.

5. Bawa anak anda ke bilik air setiap 30 minit dan kerap bertanya anak mahu buang air atau tidak.

6. Beri  ganjaran pada anak-anak sebagai galakan supaya mereka lulus dengan cemerlang dalam tempoh percubaan ini. Sudah tentu mereka akan lebih bersemangat.

Susah tak? Mungkin boleh cuba beberapa tips ini:

Eh, nampak macam mudah kan? Tapi, sebenarnya ia adalah proses yang agak menyukarkan. Antara tips yang mungkin dapat membantu memudahkan proses ini ialah:

Anda perlu bersedia untuk menahan marah sekiranya anak anda ‘terkucil’ dan ‘terbuang’ air besar di dalam seluar. Oleh itu, tolonglah lipat dan simpat dulu kalau ada karpet atau tikar yang mahal di rumah.

Carilah hari yang lapang untuk bermula. Lebih baik lagi jika pasangan anda turut ada supaya anda berdua boleh bergilir-gilir membawa anak ke tandas.

Pastikan anda tidak merancang untuk ‘travel‘ dalam masa terdekat. Ia mungkin saja akan menyebabkan proses ‘toilet training’ ini terganggu. Yalah, apabila anak mula pakai lampin semula, kemungkinan besar dia akan lupa apa yang diajar.

Cuba mulakan ‘toilet training’ anak pada waktu siang terlebih dahulu. Apabila anak sudah mula pandai, barulah ajarkannya untuk tidak memakai lampin sewaktu tidur malam.

Jangan dimarahi anak yang sedang belajar. Mengikut pengalaman, anak akan lambat belajar seandainya dia tertekan atau sedih.
Jika dilihat dalam masa 1-2 hari anak masih belum dapat ‘tangkap’ cara untuk ke tandas, tundakan dahulu. Mungkin dia belum bersedia.

Belikan alas tandas atau ‘potty‘ dengan warna kesukaan mereka. Ia salah satu cara untuk menarik minat mereka ke tandas.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0