ISI BORANG PENGELUARAN I-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

by - April 13, 2020




Kini, KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian.

Update terkini - link untuk memohon. Ini adalah link direct dari website kwsp.
https://ilestari.kwsp.gov.my
(JIKA MENGGUNAKAN TELEFON, SILA GUNA MOD DESKTOP)

Harap lepas ni jangan semua main serbu. Kalau rasa website "lag" atau "berat", cuba semula beberapa jam lepas tu. Jangan cuba dalam masa yang sama dengan kerap. Ini akan menyebabkan kesesakkan trafik dalam website.

#Update - Tak perlu Tag, Tak perlu iAkaun. Ini cara terbaru untuk memudahkan mereka yang tiada iAkaun dan Tag number.
Tapi lebih baik semak @ simpan number ahli. Pendaftaran melalui Email dan Nombor IC pemilik. Pastikan nombor akaun bank sama dengan nama dan number IC permohon.
- Bagi yang sudah mohon secara Email dan melalui iAkaun sebelum ini tidak perlu memohon lagi.

Cara untuk memohon -

Langkah pertama masuk ke laman web www.kwsp.gov.my. (guna desktop mod jika melalui telefon) Kemudian follow step seperti di dalam gambar.

1. Setelah masuk ke laman utama, tunggu 'banner' iLestari muncul melalui paparan slide header page. Kemudian tekan butang "FAQ"

2. Baca Term and Condition dan pergi ke bahagian no 8 (a) dan tekan butang "disini" yang berwarna biru. Ianya secara automatik akan pergi ke halaman utama pendaftaran. (rujuk gambar kedua terakhir)

3. Klik Permohonan baru dan isikan nama penuh, nombor kad pengenalan pemohon, nombor telefon pemohon, alamat terkini pemohon dan maklumat akaun pemohon . Pastikan nombor akaun yang berdaftar atas nama kita. KWSP berhak menolak permohonan yang mempunyai maklumat akaun yang didaftarkan atas nama berlainan dari maklumat pemohon.

Share kepada orang lain

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0