Anak tabligh mangsa covid-19


Hari ni dapat telefon ibunya, dia tanya, “Ibu, abah dah takde ke?”

Badan dia sedikit panas. Agaknya hari ini baru dia faham yang abahnya dah meninggal & mula merindui. Berkali-kali dia tanya betul ka abahnya dah takda seolah-olah masih belum percaya sampai ibunya kena sebut nama perkuburan tempat persemadian abahnya. Saya tanya, kenapa semalam ok ja. Rupanya semalam dia faham ayahnya hanya keluar dari rumah, hari ni baru dia faham maksud meninggal.

Dia pesan pada ibunya, “Ibu jangan takda juga tau.” 😭😭😭

Moga Allah rahmati mereka sekeluarga.

Masih dibuka peluang kepada semua kenalan yang nak menyampaikan sumbangan kepada Izani. Semoga bantuan tuan2 dapat membantu mengurangkan beban pengajian dan kehidupan Izani yang sudah ketiadaan ayah.

Sumbangan disalurkan ke akaun Bank Islam
02048020502024
(Tetuan Teratak Ilmu Hj Abd Majid)
& whatsapp kepada saya amaun infaq yang dimasukkan untuk rekod.

U Azhar Ghazali
0194955800
Timb Pengetua (Pembangunan & Kebajikan)

Ulasan

Catat Komen