Sila betulkan

by - Mac 15, 2020


 Sila betulkan fahaman anda;

🐛 Covid-19 adalah VIRUS, bukan bakteria.
💁‍♀ Jadi hand sanitizer/tisu basah anti-bakteria tidak akan membunuh/merencat virus covid-19.

🐛 Virus Covid-19 boleh dibasmi dengan alkohol berkepekatan tinggi (70%+)
💁‍♀ Hand sanitizer mesra wudhu yang tidak mengandungi alkohol tidak akan membantu membunuh virus covid-19.
🌸 Hukum menggunakan hand sanitizer beralkohol semasa solat adalah dibolehkan, melainkan korang teguk sampai mabuk, baru jatuh haram.

🐛 Virus Covid-19 mempunyai lapisan lemak yang boleh dilarutkan dengan sabun dan air.
💁‍♀ Membasuh tangan dengan sabun dan air selama 20 saat adalah lebih baik dari menggunakan sanitizer, dan berwuduk sahaja tidak cukup. Pastikan tangan dibasuh dengan sabun sebelum mula berwuduk.
🌸 Apa jenis sabunpun boleh digunakan. Sabun antibakteria, sabun buku, sabun basuh baju pun boleh. Jangan guna softlan sudah la.

🐛 Virus Covid-19 merebak lebih cepat melalui sentuhan permukaan tercemar. Virus ini tidak boleh berpindah melalui udara.
💁‍♀ Pakai surgical mask hanya jika anda sakit dan berisiko (dalam kuarantin). Pemakaian penutup hidung dan mulut bagi orang sihat adalah tidak membantu mengekang penyebaran virus ini. Penggunaan surgical mask ini hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan ketika anda menyentuh kawasan muka.
🌸 Pemakaian surgical mask bagi orang sihat akan meningkatkan lagi risiko jangkitan bakteria di ruang pernafasan, terutama ketika nafas meruap kepada peluh.

🐛 Covid-19 adalah novel virus yang belum ada vaksin, sistem imuniti tubuh pesakit mencipta imuniti sendiri untuk melawan virus ini dengan bantuan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital.
💁‍♀ Vitamin tambahan boleh membantu menguatkan imuniti tubuh TAPI kekuatan sistem imuniti bergantung kepada banyak faktor, seperti genetik dan gaya hidup.
🌸 Pengambilan vitamin berlebihan/megadose terutama vitamin C, D dan Kalsium TIDAK akan membantu anda menjadi lebih kuat berbanding orang yang cuma makan buah oren 3 biji sehari. Malah, anda berisiko mengalami masalah hati/buah pinggang jika terus mengamalkan megadose pada jangka masa yang lama, ataupun air kencing anda kaya dengan segala nutrien yang tubuh anda tidak perlu. (Vitamin C yang diperlukan oleh badan cuma 100mg sehari)

🐛 Cecair antiseptic adalah bahan anti bakteria dan kuman, mungkin juga virus, tapi bukan berasaskan alkohol dan sabun.
💁‍♀ Kepekatan 2:8 untuk homemade sanitizer adalah sangat tidak praktikal.
🌸 Tanpa alkohol yang tinggi dan sabun, covid-19 masih mampu berdangdut atas permukaan kulit anda selama 10 minit. Tangan anda yang hancur kering merekah nanti.

HENTIKAN PROMOSI HAND SANITIZER TANPA ALKOHOL DAN PENGAMBILAN MEGADOSE VITAMIN.
JANGAN AMBIL KESEMPATAN PADA WAKTU KRITIKAL INI.



You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0