Haram juara anugerah juara lagu 33


Lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara 33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.
Lagu Bunga nyanyian Ara Johari berjaya mengungguli tempat naib juara manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga.
Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.
AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff.
Berikut merupakan keputusan penuh AJL 33:
 
Juara: Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Hael Husaini & Ezra Kong)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi.

Naib Juara: Bunga - Ara Johari (Hang Nadim, Laq & Kadok / Hang Nadim)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.

Tempat Ketiga: Sampai Bila - Misha Omar (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri)
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM20,000 bersama trofi.

Vokal Terbaik: Misha Omar - Sampai Bila
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.
 
Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi - Di Matamu
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi dan telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9.

Ulasan

  1. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. Great work.
    Digital Marketing Company in Delhi
    SEO Company in Delhi
    Mobile App Development Company in Lucknow

    BalasPadam
  2. Thank you for sharing valuable information. Nice post. I enjoyed reading this post...

    BalasPadam

Catat Ulasan