Apa itu kemurungan

Kes melibatkan depresi, anxiety dan macam² jenis penyakit mental dah makin menjadi-jadi sekarang. Ada yang melibatkan kematian anak kecik yang tak berdosa, ada yang sampai bunuh diri. Ada yang hilang berhari-hari..

Entah kenapa kan?
Curious. Adakah memang sakit ni semakin menjadi-jadi dalam masyarakat, atau liputan terhadap penyakit ni yang semakin banyak setelah kematian demi kematian jadi tular akibat dari sakit mental.

Tapi.
Masih, ramai lagi yang ambil ringan.
Yang tak endah kesihatan mental orang sekelilingnya
Orang terdekat yang patut jadi tempat sandaran bahkan kadang² cuma memburukkan keadaan.
Yang netizen pulak masih ramai duduk di level bawang busuk.

"Tak cukup iman"
"Ikutkan sangat perasaan"
"Menyusahkan orang"

Yang latest, penghidap depresi diberitakan lemas kat Pahang tu. Pernah kemalangan.
Again ada je pendek akal yang komen ala² islamik.

Sorang makcik aku meninggal dalam keadaan tragik. Dan ya memang arwah sakit, lama dan teruk.

Mak kata arwah pernah kemalangan.
Moga mereka yang menidakkan kesakitan pesakit mental ni tak diuji dengan kata² mereka satu hari nanti.

Setuju. Netizen yg bercakap nie macam mereka semua nie tidur sebantal, tinggal sebumbung, mandi setandas dan sebagainya. Ikutkan sangat lidah yang tak bertulang tu bercakap sesuka hati.. 🙄 Ye, memang bab agama kita tak boleh nak pertikai, tapi dalam agama pun ada sebut pasal "hilang akal@gila"..tak kena batang hidung sendiri mendabik dada bercakap pung pang pung pang.. Org cakap, lebih baik diam dr berkata2 yg mengguris hati org, kadang Allah uji kita ni melalui percakapan kita, kita ada keluarga jd fikir2kanlan.. lagi sebaiknya mendoakan mangsa..

#HateNetizenBawangBombay



Ulasan

  1. I am always eager to catch hold of the new posts being published on your website, because of this i use to updated, thanks for sharing this wonderful article.
    Digital Marketing Company in Delhi
    SEO Company in Delhi
    Mobile App Development Company in Lucknow

    BalasPadam

Catat Ulasan