Munafik 2

by - Julai 09, 2018


10 sebab 'MUNAFIK 2' filem MALAYSIA wajib tonton 2018!

1 - Munafik 2 yang bakal ditayangkan pada 30 OGOS 2018 ini adalah kesinambungan Munafik 1 yang mendapat kutipan BOX OFFICE 17 juta pada 2016!

2 - Munafik 2 menampilkan MAYA KARIN sebagai teraju utama yang terkenal dengan jolokan RATU FILEM SERAM. Melalui Munafik 2, Maya Karin akan membawa watak SAKINAH iaitu wanita yang diganggu mistik di dalam filem itu (mesti ada twist kan?)

3 - Munafik 1 mendapat tempat di arena perfileman Indonesia dan masih diingati sehingga kini, mereka akan menyebut filem MUNAFIK selain Upin Ipin. Good branding!

4 - Munafik 2 juga turut menampilkan MAWI bekas Juara Akademi Fantasia 3 yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dulu selain pernah menyandang gelaran Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) selama 2 tahun berturut-turut mengalahkan Dato Siti Nurhaliza dan nama besar industri.

5 - Munafik 2 merupakan buah tangan terbaru pengarah muda kreatif Syamsul Yusof yang selalu berani bereksperimentasi dengan semua genre filem selain mencabar dirinya sendiri dalam pengarahan dan filem tempatan.

6 - Munafik 2 diinspirasikan daripada kisah NABI dan NEGARA ISLAM yang ditindas. Diakui oleh pengarahnya, ia bukan kisah seram semata selain berdakwah melalui cerita dan wataknya.

7 - Munafik 2 memperkenalkan lagu tema KERANA DUNIA yang dinyanyikan oleh Syamsul Yusof dan Mawi. Moga bakal ke AJL sekali lagi!

8 - Munafik 2 menuai kontroversi apabila Nabila Huda menarik diri daripada filem ini dengan alasan jadual padat lalu menimbulkan pelbagai spekulasi. Maya Karin menyatakan watak Nabila Huda pula sebenarnya sudah mati di Munafik 1 dan dia bukan pelakon pengganti Nabila Huda. Isu berakhir dengan bermulanya penggambaran Munafik 2 apabila Syamsul Yusof memberi gambar teaser beliau, Mawi dan Fizz Fairuz sedang menaiki sebuah bot menuju ke satu kawasan pedalaman membuatkan semua tidak sabar!

9- Munafik 2 dikhabarkan bakal melibatkan DIAN SASTROWARDOYO bagi  membintangi MUNAFIK 2 bagi pasaran Indonesia. Tapi masih belum diketahui apa yang berlaku kerana ia dicanangkan sebelum penggambaran bermula.

10-Munafik 2 dijangka bakal ditayangkan di kesemua 130 pawagam seluruh negara dan dijangka mencapai kutipan BOX OFFICE dalam masa beberapa hari tayangan seperti filem Munafik 1 dan ini barulah filem SERAM yang membuatkan penonton BERTERIAK tak macam filem DUKUN hari tu! 

Selamat menanti.  Majulah filem seram untuk negara!

You May Also Like

2 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0