Sampai bila nak blog

Begitulah luahan hati nurani insan bernama blogger. Tak lepuk dik hujan tak lekang dik panas. Masih menulis mencerita kisah hidup yang tiada penghujung.

Bagi saya tulisan dan blog masih serasi dalam jiwa saya. Minat adalah sebab utama saya menulis. Idea mungkin sukar diperolehi. Alhamdulillah jika ada masa saya tetap teruskan hingga nafas saya yang terakhir.

Walaupun blog saya hanya segelintir yang membaca saya tak kisah dengan follower. Saya bukan ahli politik nak raih undi simpati. Cukuplah pada mereka yang mengerti perjalanan hidup ini. Terima kasih sudi membaca luahan ini.

Ulasan