Saya ini miskin

by - Oktober 23, 2017

Saya adalah wanita kampung yang miskin. Tetapi alhamdulillah saya berjaya dalam pelajaran dan ditawarkan kerja di Kuala Lumpur. Sedih untuk tinggalkan keluarga ibu dan ayah yang tercinta. Saya berjanji akan beli rumah baru untuk memperbaiki taraf hidup keluarga kami. Sebab saya kakak yang sulung.

Semasa saya bekerja saya berkenalan dengan seorang lelaki bos saya. Hansem tak pasti kenapa dia minat kat saya. Sedangkan saya ini gadis kampung. Dia siap cerita kisah hidup dia. Ibu dan ayah nyer bercerai dia hanya di besarkan oleh ibunya sendiri. Tanpa kasih sayang seorang bapa. Tetapi dia berjaya sampai tahap sekarang. 2 tahun kami berkenalan akhirnya.

Dia nak jumpa keluarga saya. Saya malu nak ceritakan sebab rumah kami yang tak seberapa. Saya pernah pergi rumahnya cantik besar. Saya pernah jumpa ibunya. Ibunya cakap kalau suka pada anak makcik takpelah tetapi jangan suka pada harta anak makcik dah la. Sedih hati saya tersentuh tetapi saya tak ceritakan pada dia. Takut dia marah pulak pada emak dia.

Betul ke awak nak kahwin dengan saya. Saya ini orang kampung miskin "ujar saya". Dia angguk dan terus mendesak. Apakan daya saya beritahu ibu bapa saya tentang dia dan akhirnya beliau datang rumah saya yang usang itu. Dia terkejut tengok rumah saya. Ibu bapa saya layan dia seperti anak raja. Sedangkan anak sendiri pun tak di layan macam tu.

Saya hantar watsup pada dia. Mesti awak kata buruk rumah sayakan. Dia balas watsup saya walaupun rumah buruk tetapi ada bunga yang cantik di dalam rumah itu. Hati saya cair pickup line la tu. Dia balas lagi watsup saya, nanti awak cek akaun bank awak saya nak awak bagi duit tu pada mak bapak awak baiki rumah atap bocor tu ye. Eh kenapa pulak terkejut saya ada rm5000 dalam akaun cimb saya. Saya balas saya tak boleh terima ini awak. Dia kata xpe itu duit tabung dia dia ikhlas tak payah bayar pun takpe.

Saya beri tahu keluarga saya bahawa teman lelaki saya bagi rm5000 pada saya untuk baiki rumah. Mak saya menangis sampai keluar air mata. Ayah saya berkeras tak nak terima. Sebab rm5000 terlalu besar sedangkan ayah saya tak mampu bayar balik duit itu. Setelah dipujuk berulang kali ayah saya kata dia terima kalau lelaki itu jadi menantu ayah. Saya hanya mampu tersemyum.

Kami akhirnya kahwin. Ya allah tak sangka syarikat kami semakin maju dan ramai pelanggan. Saya dapat naik pangkat jadi PA dia haha jangan jeles. Dulu tak terlintas langsung dapat kahwin orang kaya. Selepas kewangan kami kukuh akhirnya dia berjaya beli rumah. Saya bawa keluarga saya yang rumah buruk itu tinggal di Kuala Lumpur. Alhamdulillah walaupun hidup di KL perlukan kewangan yang banyak dengan cahaya mata baru ini. Kami sekeluarga akan berusaha lebih keras lagi.

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0