Hina sangatkah jadi badut

by - Julai 22, 2017

Seorang jejaka Terengganu meluahkan rasa kesal selepas tugasnya sebagai seorang penghibur yang menyarungkan kostum badut dan Ultraman dihina oleh seorang individu.
 
Menggunakan nama Badut Terengganu di laman Facebook, jejaka itu meluahkan rasa kecewa menerusi sebuah entri di laman sosial tersebut.
 
Dia memuat naik sekeping screen shot yang memaparkan komen seorang wanita yang menganggap pekerjaannya sebagai satu tindakan yang memalukan masyarakat Terengganu.
 
"Hina sangat ke kerja badut dengan Ultraman? Sampai dilabelkan buat malu orang Terengganu. Sedih mentaliti Terengganu masih begini," tulis jejaka tersebut.
 
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendapat wanita itu. Netizen juga menyeru agar jejaka tersebut tidak melayan komen pedas tersebut dan meneruskan kerjayanya kerana rezeki yang diperoleh adalah halal.
 
Ayie Anuar: Be strong bro... Mulut orang kita tak boleh jaga..
 
Salehuddin Muhmad: Tak payah layanlah orang gitu.. Kurang kasih sayang tu.
 
En Rayy: Teruskan usaha murni mencari rezeki yang halal..
 
Norfarayen Suhaimi: Teruskan ja asalkan kerja halal. Tak ada salahnya. Abaikan sis yang kata buat malu orang Terengganu tu. Dia kurang kasih sayang.
 
Malek Aziz: Saya salute spring kepada awak... Peduli ape orang nak kata.... Janji rezeki halal...Teruskan kejayaanmu...
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

You May Also Like

4 comments

  1. dia menghiburkan hati orang tau.. jangan kata gitu. janji sumber rezekinya halal.. adoi masyarakat ku..

    BalasPadam
  2. Thank you for sharing a post articles that are beneficial to the reader. I really enjoyed reading your blog, by reading blog made me become very inspired and gain knowledge


    noi that o to dep
    phu kien do choi xe hoi
    noi that o to ha noi

    BalasPadam
  3. biasa orang yang menghina tu tkpernah hidup susah sehingga perkelehkan pekerjaan sebagai badut

    BalasPadam
  4. ei.. tu namanya org tak pernah hidup susah.. asyik pandang pekerjaan org tu malu la.. eiii geram plk.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0