Coretan keputusan spm 2016

by - Mac 16, 2017

CORETAN KEPUTUSAN SPM 2016.

A+ tidak ada kena mengena dengan kepandaian.

Siapa rajin baca buku dan buat latihan, maka dia akan dapat jawab semua soalan dengan betul. Siapa dapat jawab semua soalan dengan betul, maka dapatlah dia A+.

Habis, apa penentu kepandaian?

Orang yang pandai ialah orang yang berjaya dalam hidup sebagai manusia.

Siapa pula manusia?

Manusia ialah orang yang mempunyai nilai kemanusiaan dan mampu memberi manfaat kepada ramai manusia di sekelilingnya.

Tidak cukup dengan itu, Nabi SAWA kata; orang yang pandai ialah yang sentiasa menghitung dirinya (dosa dan pahala) dan melakukan sesuatu untuk kebahagiaan selepas matinya.

Tahniah kepada yang berjaya dalam SPM 2016.

Anda sudah pasti diingati pada hari ini, mungkin esok, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan.

Paling lama anda mampu diingati, tahun depan sebelum keputusan SPM 2017 keluar. Selepas itu, semua sudah lupakan anda dan keputusan SPM anda.

Habis, siapa yang akan diingati selama-namanya?

Manusia yang baik akhlaknya, cantik hubungan silaturrahminya dan banyak manfaatnya pada manusia.

Mereka ini bukan saja segar di minda semua tetapi hadir di dalam doa ramai di hadapan Pencipta.

Selamat menempuh alam baru selepas ini. Jika di zaman saya dahulu, alam yang tidak mungkin lagi akan tertemukan papan hitam dan kapur tulis (Cikgu SharifahAfidah SH).

Selamat belajar menjadi manusia yang benar-benar hidup di tengah manusia. Selamat beralih sedikit demi sedikit kepada alam yang punya tanggungjawab dan pertanggungjawaban.

Selamat menjadi matang dan memilih untuk berjaya dalam semua sudut kehidupan lebih awal. Selamat datang ke alam yang penuh dengan pilihan yang mesti dibuat keputusan.

Success is about attitude. Success is predictable.

Selamat... selamat.. selamat...

Khairul Anuar Basri
Gombak, Selangor.

16 Mac 2017.

#CoretanKeputusanSPM2016 #khairulanuarbasridotcom #SPM #muhasabahSPM #SPM2016

You May Also Like

1 comments

  1. Ini slip keputusan exam yang paling win .hehehe ..JPN pun tak keluarkan slip gini .hhehe

    Biar xda A ..Janji lulus semua subjek .kita dah buat terbaik

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0