Resepi kek coklat

MY FAVOURITE RESEPI BOOK:
RESEPI KEK COKLAT PRALINE

🍓6 biji telur
🍓150g gula castor
🍓1 sudu teh esen vanilla
🍓1 sudu teh ovalette
🍓50g susu full cream
🍓120g tepung self rising*
🍓6g baking powder*
🍓20g serbuk koko*
🍓85g minyak jagung
🍓50g serbuk kacang kisar (hazel/badam/pecan)

-bahan2 * diayak bersama trlebih dahulu.

Cara2:

🐝1. Pukul telur, gula, esen vanilla dn ovalette hingga kembang.

🐝2. Masukkn susu dn pukul lagi.

🐝3. Masukkn tepung (bahan *) dan pukul lg hingga adunan sebati.

🐝4. Tuang minyak dan kacang kisar, kaup balik hingga semua sebati.

🐝5. Tuang adunan dlm loyang beralas kertas minyak dan bakar suhu 180°c selama 40 mnt atau sehingga masak.

*Juga blh bakar guna 2 loyang klau nk buat cara kek komersial yg dibuat dlm bentuk 4segi kecil2... (yg kita selalu beli kt kdai kek, pasaraya atau kt pasar malam... )
Guna dulang saiz 14 inci x 14 inci x 2 inci tinggi. Klau bakar cara begini, blh pendekkn sikit masa mmbakar. Blh check samada kek dah masak slps 20 mnt. Klau belum baru tambah sikit masa hingga kek masak sempurna.

*Sementara menanti kek masak dn sejuk, blh lah kita sediakan KRIM COKLAT PRALINE.

---------------

KRIM COKLAT PRALINE

🍓150g krim tenusu
🍓300g dark coklat/coklat masakan (rincik kecil2)
🍓50g pes kacang hazel/badam/pecan
🍓500g krim bukan tenusu

Cara2:

🐝1. Panaskn krim tenusu dgn api perlahan, masukkn coklat masakan dan pes kacang. Kacau sebati. Ketepikan krim coklat kita ni biar sejuk.

🐝2. Putar krim bukan tenusu hingga kembang. Masukkn krim coklat yg telah kita biarkn sejuk tadi perlahan2 dan kaup balik hingga adunan sebati.

*Untuk kek komersial sapukan separuh krim atas kek pertama... Letakkn kek kedua di atsnya dn sapu habis semua krim.

----------------

RESEPI SOS COKLAT (utk toping)

🍓200g coklat masakan
🍓2 sudu besar minyak jagung

🐝Cairkn dgn kaedah double boile dan blh lah disiram di ats kek sebagai penutup permukaan.

*Kalau nk tabur parutan coklat sebagai penyudah hiasan pn boleh... ikut kreativiti.

Ulasan

Catat Komen