KELAHIRAN SEORANG LELAKI

by - September 25, 2016


Kelahiran seorang 'lelaki'.

Ayuh telusuri kisah seorang lelaki...

Siapa LELAKI?

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata, "Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja adalah orang yang kuat, lagi amanah."" - Surah al-Qasas 28:ayat26

Lelaki yang bersifat kuat dan amanah adalah yang terbaik untuk kamu menjadi pendamping. Apa maksudnya? Kuat adalah berkompetensi dan amanah adalah berintegriti.

LELAKI

Lelaki adalah ciptaan Tuhan yang paling indah.

Dia mula untuk bertolak ansur sejak umur yang sangat muda.

Dia membelanjakan kesemua duitnya untuk membelikan hadiah untuk gadis yang dia cinta, hanya untuk melihat si gadis itu tersenyum.

Dia korbankan impian hanya untuk melihat isterinya tersenyum.

Dia korbankan coklatnya untuk adik-adik perempuannya.

Dia bina masa depan mereka sekeluarga dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.

Dia korbankan kehidupan masa mudanya hanya untuk isteri dan anak-anaknya, dengan bekerja sehingga lewat malam tanpa sebarang keluhan.

Dia telah pun bersusah payah, tetapi masih dimarahi ibu, isteri dan bos.

Kehidupannya berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain.

Kalau dia keluar rumah, dia jadi lalai.

Kalau dia duduk di rumah, dia jadi malas,

Kalau dia marah anak-anak, dia jadi raksasa.

Kalau dia tidak marah, dia jadi lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Kalau dia tidak benarkan isteri bekerja, dia jadi seorang yang mengongkong.

Kalau dia benarkan isteri bekerja, dia jadi orang yang hidup dengan pendapatan isteri.

Kalau dia dengar cakap emak, dia jadi anak emak.

Kalau dia dengar cakap isteri, dia jadi hamba isteri.

Hargai setiap lelaki dalam hidup kita. Kita tidak akan pernah tahu apa pengorbanan yang sudah dilakukan buat kita.

Lelaki.

Ayah, papa, abi, walid, abah.

Semua panggilan itu untuk seorang yang bergelar 'lelaki'.

Pada mereka, adalah bebanan 'amanah' yang bukan sedikit. Bebanan amanah sebagai anak, abang, suami dan ayah. Yang semuanya akan dibawa ke tempat persemadian 'liang lahad' nanti.

Sedikit peringatan buat kaum Adam...

Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya, wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan daripada Adam saat Adam terjaga, pasti Adam merasai sakit tatkala keluarnya Hawa daripada sulbinya, sehingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi, Hawa diciptakan daripada Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak berasa sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada di hadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan sanggup menebusnya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT menciptakan Hawa daripada tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi hati (jantung, hati nurani).

Oleh sebab itu, tugas Hawa adalah menjaga hati. Oleh sebab itu, Hawa diciptakan daripada tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan daripada tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedoktoran moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut, pasti pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Makan, Allah SWT menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga hati. Kemudian, Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi kalbu dari sisi yang kedua. Oleh sebab itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok !

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, jika seorang lelaki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya. Apa yang dimaksudkan dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Sesungguhnya kejadian lelaki dan perempuan adalah unik. Maka hargailah. Maka hormatilah. Carilah titik persamaan antara perbezaan, agar kelak mencipta keharmonian.

Carilah lelaki yang mampu mendampingimu pada saat susah dan senangmu.
Carilah lelaki yang mampu mencintaimu dengan kelemahan yang ada agar dia beruntung dengan kelebihan yang ada padamu.
Suami yang baik adalah yang berlembut dengan isterinya.
 Ayah yang baik adalah yang mengasihani anaknya.

You May Also Like

2 comments

  1. Rebecca Romijn Celebrity Profile - Check out the latest Rebecca Romijn photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Celebrity Ping!

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0