Posts

Showing posts from September, 2015

BILA KITA MATI

Image
Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi. Saing2 pun lupa kita.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warism…

keikhlasan bukan dari paksaan

Image
Manusia pasti mempunyai harapan dan impian tetapi adakah harapan dan impian yang ingin kita kecapi akan berjaya dan mungkin harapan yang kita inginkan akan memberi kesan yang dapat menghantui diri kita sendiri tanpa kita sedari. Sebagai contoh kita inginkan kehidupan yang lebih sempurna yang dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap kita tetapi sejauh mana harapan yang kita inginkan dapat terlaksana.
Janganlah kita terlalu berharap sesuatu yang kita tidak pasti balasannya. Kita boleh meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu tetapi kita harus ingat tentang apa sahaja kemungkinan yang mungkin berlaku tanpa kita sedari. Jujurlah dengan apa yang kita lakukan jangan harapkan sesuatu balasan nescaya keikhlasan yang kita lakukan pasti akan di balas suatu hari nanti.

RENUNGAN BERSAMA

Image
Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti …

Perancangan asas membina blog.

Image
Blogging adalah aktiviti yang memerlukan masa yang panjang, apabila kita menulis artikel, kita perlu meluangkan 10-30 minit untuk penulis mahir atau masa yang lebih panjang untuk penulis baru menyiapkan sesuatu artikel.

Proses yang panjang ini jika kita tidak lakukan secara terancang akan menyebabkan kita cepat lelah. beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan sebelum membina blog antaranya

[1] Kenal pasti topik yang kita suka
[2] Kenal pasti tabiat rutin harian kita selesa untuk menulis, ada yang selesa menulis di waktu pagi, tengahari, petang, malam atau bila-bila masa.
[3] Rancang kadar kekerapan menulis artikel, sekali sehari, 2hari sekali, seminggu sekali atau sebulan 2 kali.
[4] Apabila telah mendapat topik/niche pilihan, mulakan proses pencarian domain.
[5] Fikirkan nama dan warna yang akan digunakan untuk blog kita

Sekiranya kita tidak dapat mendaftar domain yang diingini, cuba cari nama lain yang sesuai dengan topik penulisan kita. Jangan membuta-tuli meneruskan nama te…