Perancangan asas membina blog.

by - September 01, 2015


Blogging adalah aktiviti yang memerlukan masa yang panjang, apabila kita menulis artikel, kita perlu meluangkan 10-30 minit untuk penulis mahir atau masa yang lebih panjang untuk penulis baru menyiapkan sesuatu artikel.

Proses yang panjang ini jika kita tidak lakukan secara terancang akan menyebabkan kita cepat lelah. beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan sebelum membina blog antaranya

[1] Kenal pasti topik yang kita suka
[2] Kenal pasti tabiat rutin harian kita selesa untuk menulis, ada yang selesa menulis di waktu pagi, tengahari, petang, malam atau bila-bila masa.
[3] Rancang kadar kekerapan menulis artikel, sekali sehari, 2hari sekali, seminggu sekali atau sebulan 2 kali.
[4] Apabila telah mendapat topik/niche pilihan, mulakan proses pencarian domain.
[5] Fikirkan nama dan warna yang akan digunakan untuk blog kita

Sekiranya kita tidak dapat mendaftar domain yang diingini, cuba cari nama lain yang sesuai dengan topik penulisan kita. Jangan membuta-tuli meneruskan nama tersebut, hanya kerana kita sukakan nama itu, kerana domain adalah perkara penting dalam proses penjenamaan jangka masa panjang.

Selepas selesai mendaftar domain, kita boleh buat pilihan platform yang ingin kita gunakan, sama ada WordPress, blogspot, tumblr atau apa juga platform yang kita gemari.

***Apabila kita suka dengan apa yang kita buat, nama, warna, kekerapan tadi, proses penulisan akan menjadi seronok dan bukannya menulis kerana terpaksa. ini salah satu kaedah untuk memberi self-motivation yang tinggi semasa melakukan aktiviti blogging.

Kemudian sebaiknya, kita buat perancangan 6 atau 12 bulan artikel-artikel yang kita akan tulis,

Perancangan ini saya akan jelaskan dengan lebih lanjut dalam tips seterusnya.

You May Also Like

5 comments

  1. Dan pengalaman akan mendewasakan seorang blogger..:)

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas perkongsian ini....

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0