Mana nak bajet rupanya nampak jelas gajah je yang besar tetapi kat bahagian ekor ngan belalai pun ada gak binatang. Apa-apapun kretif budak ini nak test pemikiran kita. Sebab kita hanya akan lihat apa yang kita nampak tetapi kita tak terfikir apa yang orang lain nampak.
Please share this. Jika tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kpd sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yg dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kpd kawan yg ada anak-anak dan cucu-cucu. Mahu berkongsi apa yg berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya, melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar! *copy and paste dr group lain. Real story dr kwn sy.. Sbb tu byk kes kehilangan kanak2 d Malaysia stp tahun..ada yg berjaya di selamatkan dn ada yg tdk d jumpai. Harga pasaran gelap utk sorg budak berusia 3 thn mencecah RM 20ribu..ini mengikut bangsa dn jantina. Grup ini merupakan sindiket penyeludupan yg terancang dn mpunyai network yg meluas..so bg yg mempunyai adik, kanak2, cucu ka..sila beri perhatian kpd mrk jika berada d luar spt pasaraya. Sila ambil perhatian yg serius..Sharing is caring ..
Tlg baca ni ye. Penting.
Tlg baca ni ye. Penting.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah dihari yang mulia ini berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.
Ya Allah ampunlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunlah dosa kedua ibubapa kami Ya Allah, ampunlah dosa anak istri kami Ya Allah dan ampunlah dosa seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat2 kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah jika mereka telah pergi mendahului kami, lepaskan mereka daripada seksa kubur.
Ya Allah Engkau luas dan lapangkan kubur mereka dan jadikan kubur mereka salah satu daripada taman syurga Mu Ya Allah.
Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami Ya Allah.
Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.
Ya Allah ingatkan kami bahawa Engkau sentiasa melihat apa yang kami lakukan, oleh itu jadilah ia penghalang bagi kami dari melakukan maksiat Ya Allah.
Ya Allah sedarkanlah kami bahawa kematian itu pasti, maka sempurnakanlah persiapan kami untuk berjumpa dengan Mu Ya Allah.
Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami
Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik.
Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.
Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.
Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya.
Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.
Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.
Ya Allah dorongkanlah kami untukk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.
Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.
Ya Allah masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.
Ya Allah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabu Muhamad SAW dan masukkan kami dalam golongan yang mendapat shafaatnya di padang mahshar nanti. َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابtyَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ
Banyak saya belajar bila saya kenal awak. Terima kasih kerana buat saya tersenyum. Mungkin saya tak seromantik lelaki lain kat luar sana.Tetapi percayalah saya ikhlas nak bersama awak. Saya janji akan bahagiakan awak. Nampak gaya nak update blog pun takde masa. Tanggungjawab saya lepas ini besar. Faham-faham la kalau saya tak updated blog.