RETAK TAK SAMPAI SETAHUN
Kulim: Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan.
Nor Fazira Saad, 13, dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias, 20, pada 17 November tahun lalu sebelum pasangan berkenaan disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, di sini, pada 11 November lalu iaitu kurang setahun hubungan mereka disatukan.
Bapa kepada Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, walaupun pahit menerima kenyataan berkenaan, namun dia menerima keputusan dibuat pasangan terbabit dengan hati tenang dan menganggap bukan jodoh mereka untuk mengekalkan alam perkahwinan.
Menurutnya, apa yang berlaku mungkin suratan takdir atas ketentuan Allah dan semua kejadian pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Bagaimanapun, dia mengakui tidak mengetahui punca sebenar membawa keretakan rumah tangga mereka, malah tidak mahu mengambil tahu perkara yang sudah terjadi.
“Siapa yang tidak sayang anak apabila terjadi perkara sebegini terutama dalam usia masih muda, namun saya berpesan kepada Fazira supaya sentiasa tabahkan hati kerana usianya masih muda dan banyak yang dia perlu pelajari.
sumber
4 comments
kesian pd yg perempuan tu. takpe, pengalaman jadikan dia lebih matang :)
BalasPadamserius adik tu kesian, semoga dia kuat In sya Allah :D
BalasPadamSemoga dia tabah dh belajar menjadi lebih matang..
BalasPadammelayari rumahtangga ni perlukan kematangan . klu jiwa itu masih remaja , maka byk masalah pasti timbul . semoga jadi pengajaran baginya untuk mendapatkan yg lbh baik pada masa akan datang ...
BalasPadam